Jumaat, 13 Februari 2009: Hari ini SPR melalui Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, telah pun mengumumkan tarikh pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi P.59 - Bukit Gantang, Perak dan kerusi N.25 - Bukit Selambau, Kedah diadakan serentak pada tanggal 7 April 2009.
Sementara tarikh penamaan calon pula telah ditetapkan pada 29 Mac 2009.
Tarikh penamaan calon dan pilihanraya kecil bagi kedua-dua kawasan tersebut dirasakan bersesuaian setelah selesainya Persidangan Umno di PWTC dari 24 Mac 2009 hingga 27 Mac 2009.
Ketetapan tarikh ini tidak perlulah dipertikaikan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat dan para penyokongnya yang senantiasa tidak pernah berpuashati dan tidak tahu bersyukur.
Ini dirasakan adil dan saksama bagi kedua-dua pihak memandangkan Umno bakal mengadakan pemilihan parti pada tahun ini. Maka janganlah ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan pelbagai spekulasi liar yang tidak sepatutnya.
Pakatan Rakyat tidak harus memikirkan kepentingan peribadi mereka sendiri di dalam menghadapi pilihanraya kecil ini kerana Barisan Nasional juga perlu mempunyai masa yang secukupnya di dalam membuat persiapan dan persediaan bagi menghadapi pilihanraya kecil berkenaan.
sihat?
Anonymous,
Saya sihat. Harap dapat sertakan nama samaran @ nama sebenar jika menggunakan "Anonymous" pada masa akan datang dan juga harap tidak membuat posting komentar yang sama melebihi sekali.
Terima kasih.