Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Bagaikan dikejutkan dengan rencatan kuasa elektrik sedang kesemua mereka masih dalam keseronokan meraikan wira baru mereka (ADUN Bota pengkhianat Umno/BN) tiba-tiba dua ADUN dari PKR dikatakan hilang selama beberapa hari dan dihidu bakal menyertai Barisan Nasional.

Isu dua ADUN mereka menghilangkan diri sejak 26 Januari '09 lalu dan dikatakan meletakkan jawatan sebagai ahli PKR telah menggusarkan kepimpinan part-parti di dalam Pakatan Rakyat khususnya pimpinan PKR.

ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu dikhabarkan telah menyatakan hasrat untuk menjadi ADUN Bebas dengan keluar daripada PKR sebelum melompat masuk ke Umno/BN seterusnya.

Kenyataan kedua-dua ADUN ini jelas bukannya meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat tetapi keluar daripada menjadi ahli PKR serta meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak. Ia sebagaimana yang dilakukan oleh ADUN Bota yang melompat parti tanpa melepaskan jawatan ADUN-nya.

Ternyata perkara yang serupa dengan apa yang menimpa Umno/BN akhirnya sukar diterima oleh kepimpinan PR di Perak bahkan oleh seluruh kepimpinan mereka di semua negeri-negeri yang dikuasai mereka. Kepimpinan PR begitu jelas dilihat memutarbelitkan kenyataan kedua-dua ADUN tersebut.

EDISI SIASAT


Mengikut sumber yang boleh dipercayai, sebenarnya selepas berjaya memenangi pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu, ADUN dan AP Pakatan Rakyat dikatakan diarah menandatangani surat perletakan jawatan kosong tanpa tarikh sebagai persediaan awal kepimpinan PR untuk mengelakkan ADUN dan AP mereka melompat parti.

Dengan maksud lebih mudah difahami ialah jika sekiranya ini terjadi maka surat kosong yang telah ditandatangani mereka tadi hanya diletakkan tarikh sahaja maka senang untuk kepimpinan PR mengisytiharkan kononnya mereka yang keluar mana-mana parti dalam PR dianggap turut meletakkan jawatan sebagai ADUN atau AP di kawasan masing-masing bagi tujuan memudahkan kepimpinan mereka membawa usul tersebut kepada SPR supaya diadakan pilihanraya kecil di kawasan-kawasan berkenaan.

Hari ini perkara yang amat ditakuti oleh barisan kepimpinan PR akhirnya menjadi kenyataan dan secara langsungnya tembelang busuk mereka pecah dan wabak bau pekongnya merebak ke serata negara. Apakah masih mahu menolak realiti?

Apalah malangnya nasib mereka yang bermain kotor akhirnya menjerat leher sendiri. Kini rakyat dapat melihat betapa kotornya politik Pakatan Rakyat yang dikuasai oleh puak-puak DAP kafir harbi yang menarik hidung pemimpin Melayu bangsat seperti Nizar, MB Perak yang langsung tidak faham apa-apa tentang politik kerana sanggup dibalacikan oleh pemimpin Cina (DAP) Perak.

Semoga perkhabaran ini tidak akan ada penafian lagi oleh mana-mana penyokong buta dan tuli dari Pakatan Rakyat. Sumber dalaman PKR dan PAS sendiri telah mengesahkan perkara ini dengan sebenar-benarnya. Turut diberitakan semakin hari semakin ramai ahli-ahli PKR dan PAS akan keluar parti untuk menyertai Umno. Tidak mustahil akan adanya lagi beberapa orang ADUN dan AP dari PR akan turut melompat masuk Barisan Nasional.

Sekian. Bravo! Bravo! Bravo!

3 Responses
  1. WARIS PAHANG Says:

    Inilah masa sesuai rakyat Perak bangkit membantah segala tindak tanduk yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Pembangkang terutamanya isu tanah melayu digadai.

    “Kita Tidak Mahu Kerajaan Boneka DAP”


  2. Anonymous Says:

    wahai orang2 perak....bangkitlah dan jangan sampai sejarah si KITOL berulang....


  3. Terima kasih Waris Pahang dan Anak Pahang kerana mengambil bahagian dan sudi meninggalkan sepatah dua komentar untuk topik yang hangat diperbincangkan ini.

    Kita nampak jelas sekarang kepimpinan PR di Perak Darul Ridzuan bagaikan cacing kepanasan cuba berbuat apa sahaja untuk menghalalkan cara mengatasi kemelut yang melanda pakatan mereka.

    Cara pakatan mereka bertindak dilihat tidak profesional malahan menggunakan taktik kotor terhadap kedua-dua ADUN mereka itu dengan paksaan mengisytiharkan perletakan jawatan palsu kepada umum.

    Mereka amat terdesak dan sanggup hilang maruah diri kerana turut mempersendakan Kesultanan Perak apabila MB dan Speaker DUN mereka mempersembahkan berita palsu dan fitnah semasa dipanggil menghadap baginda DYMM Sultan Perak di Istana Kinta pagi tadi (2 Januari '09 - 10:00 AM).

    Posting terbaru mengenai perkembangan lanjut akan saya muatkan di blog ini dalam masa yang terdekat setelah menerima maklumat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai nanti. Juga diharapkan saudara berdua turut dapat berkongsi info yang diperolehi (sekiranya ada).

    Wassalam!