Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Samada kebetulan atau seakan bersetuju dengan wajah-wajah penderhaka yang disiarkan di blog Pemuda Pelapis, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Hishammuddin menyarankan agar tindakan tegas diambil ke atas mereka. He! He! He!

Berikut adalah kenyataan beliau sebagaimana tersiar di Utusan Malaysia semalam.



KUALA LUMPUR 14 Feb. – Pihak berkuasa perlu bertindak tegas termasuk mengheret ke muka pengadilan para penderhaka yang bertindak secara terang-terangan atau berselindung di sebalik mana-mana pihak.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, reaksi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah isyarat jelas untuk memberitahu semua pihak yang membuat onar supaya berfikir dan memberhentikan terus segala penderhakaan.

Menurut beliau, bersesuaian dengan peringatan baginda supaya mana-mana pihak tidak terlajak perbuatan, adalah amat wajar bagi pihak berkuasa menguatkuasakan langkah-langkah pencegahan dan pembendungan dengan segera.

‘‘Kita tidak mahu rakyat terus terperangkap dengan permainan politik persepsi sebegini. Mereka yang salah, sama ada mereka yang di belakang tabir atau pun yang jelas tingkah lakunya perlu dibawa ke muka pengadilan.

‘‘Kita tidak mahu rakyat fikir bahawa perkara ini dipandang mudah atau dijadikan mainan politik, perkara ini serius,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Isu wajah-wajah penderhaka ini telah menaikkan angin seluruh penjuak dan pencacai Pakatan Rakyat. Tekanan darah tinggi mereka melonjak naik bagaikan saham mewah yang untung di papan utama BSKL jika dilihat kepada statistik "statcounter" blog Pemuda Pelapis.

Ini bukanlah sebagai provokasi semata-mata malahan itulah di antara wajah-wajah penderhaka yang sebenarnya tanpa syak lagi. Terdapat beberapa lagi wajah "wanted" penderhaka yang tidak disertakan iaitu V.Sivakumar, Lim Kit Siang @ Lim Kit Malam dan beberapa yang lainnnya.

4 Responses
  1. Anonymous Says:

    Beritahu pada Hishamuddin suruh cakap pada sultan selangor jgn sibuk jaga tepi kain org perak...
    Makan pun rakyat yg tanggung nak cakap banyak.
    Aku nak tengok org yg kata sultan t'ganu "natang" tu diheret kemuka pengadilan baru aku respect dgn apa yg dia nak buat kpd "penderhaka" seperti yg didakwanya tu...
    Sudahlah...semangat bukan main bila tunjuk keris..lepas itu lembik mcm keladi minta maaf...pirahhhh..


  2. Anonymous Says:

    alahai kalau setakat ayor sejuk je teman nak melayan pun rasa maleh tak semangat langsung. kurang2 fresh orange ke baru ler semangat teman nak layan berdebat.


  3. Anonymous Says:

    fresh orange,
    ayor sejuk le bagus...sebab dia belum bercampur ngan lain-lain bahan lagi...
    Mcm mike tak buleh pakai...dah tambah gula, tambah perisa..tak ori...


  4. PEMBERITAHUAN

    Komen dari Anonymous (tanpa nama) pada 16 Februari - jam 5:32 PM untuk topik ini tidak disiarkan kerana:

    1) Tidak mematuhi peringatan yang telah dimaklumkan supaya menyertakan nama betul @ nama samaran pada awal komen atau di penghujung komen.

    2) Komentar berkenaan telah menghina mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mana tidak ada kena mengena dalam isu ini.

    Dari sini kita mampu menilai tahap kualiti daya pemikiran serta kefahaman budak-budak penyokong Pakatan Rakyat yang lebih banyak merapu, melalut dan suka mencarut. Ini jelas mencerminkan keperibadian mereka yang hina.

    Kesimpulannya, apa jua pun keadaan samada dianggap relevan atau pun tidak relevan, Umno tetap jauh lebih baik di sudut kualiti daya pemikiran serta adab kesopanan dan kesusilaan. Perbandingannya jelas bila mana golongan PERUSUH adalah golongan Pakatan Rakyat.