Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Setelah tumbangnya kerajaan pakatan haram (PR) Perak yang sudah hilang kepercayaan dan majoriti disebabkan 3 ADUN mereka mengisytiharkan keluar parti masing-masing ditambah dengan kemasukan semula ADUN Bota ke dalam Umno/BN, kepimpinan PR Perak kian berkecamuk.

Kenyataan demi kenyataan bodoh yang dikeluarkan oleh pemimpin mereka (PR) umpama orang "gila talak". Apa tidaknya, mereka bagaikan "murai tercabut ekor" melatah mengalahkan orang tua nyanyuk apabila Nizar a.k.a Lembu DAP mengadakan sidang media tergempar memaklumkan pembubaran DUN negeri Perak dengan membelakangkan DYMM Tuanku Sultan Perak sebelum memperolehi perkenan baginda.

Ternyata Nizar mempamerkan kebodohannya lagi apabila tidak mengikut prosedur pembubaran DUN negeri Perak sebagaimana yang termaktub di bawah undang-undang tubuh kerajaan Perak. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa Nizar tidak faham apa-apa tentang politik dan juga membuktikan beliau memang dilembukan dan dibalacikan oleh pemimpin DAP selama 10 bulan menjadi MB boneka negeri Perak.

Selepas ini Nizar harus berhijrah ke Selangor pula bagi membantu kerajaan PR Selangor menjadi gembala babi untuk menjayakan projek mega kerajaan PR Selangor sebelum turut ditumbangkan oleh BN Selangor.

Selepas mendengar pengumuman Najib untuk menghadap Tuanku Sultan Perak bagi memaklumkan penubuhan kerajaan baru BN di Perak dengan majoriti mudah maka Nizar tergesa-gesa mengadakan sidang media bagi mengisytiharkan DUN negeri Perak akan dibubarkan sedangkan ianya tidak memenuhi prosedur serta telah terlambat bertindak.

Cara dan tindak-tanduk Nizar itu sudah tentulah mengundang murka baginda Sultan Azlan Shah yang sedia maklum dan lebih arif tentang undang-undang kerana baginda ialah bekas Ketua Hakim Negara. Apalah nasib kamu wahai Nizar, "sudah jatuh ditimpa tangga".

Seorang lagi pemimpin PR yang juga bagaikan orang "gila talak" dan "murai tercabut ekor" ialah Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan PR Perak, Khalil Idham Lim melalui kenyataannya "Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak masih sah". Alahai kesiannya deme ni tak dapat nak menerima hakikat apa yang sedang berlaku dengan redha.

Sementara itu pula ada beberapa blogger dan penyokong PR (tak perlulah teman sebutkan siapa takut nanti ada pulak yang tersinggung) yang masih kebingungan sehingga hilang punca dan tidak tahu mengira kerusi DUN yang masih tinggal di pihak kerajaan PR negeri Perak.

Masing-masing masih menghitung kerusi DUN milik PR Perak sejumlah 29 kerusi walhal cuma tinggal 28 kerusi sahaja apabila Hee Yit Foong yang juga merangkap Timbalan Speaker DUN Perak dari DAP telah mengesahkan turut keluar parti hari ini. Aduhai sedihnya nak membaca. Lemah lutut teman menengok telatah "murai tercabut ekor" semuanya.

Itu pun baru segelintir sahaja yang teman sempat jenguk, tapi jika ada masa terluang tentu banyak lagi blogger PR yang tersalah hitung kerusi DUN milik PR negeri Perak.

Agaknya semua sudah mamai @ mamun dengan beranggapan pakatan tidak berdaftar mereka itu masih mendahului kerusi DUN sebab itulah agaknya Si Cina Islam tadi mengatakan kerajaan PR Perak masih sah. Masya'Allah, masalah betul dengan deme ni.


3 Responses
  1. Anonymous Says:

    BAGUS TOPIK INI PUN ADA KREDIT


  2. Anonymous Says:

    dia ni mmg darah cina chin peng sama gak mcm nizar ada sikit campuran. kalo dah cina tu cina gak la. pakatan rakyat perak si mangkuk dua ekor ni la kaki provok.


  3. Salam semua,

    Jika BN dapat menubuhkan kerajaan negeri sekalipun, mereka menubuhkan kerajaan dengan sokongan SULTAN dan bukannya mendapat mandat daripada rakyat kerajaan negeri perak...ingat kerusi DUN ialah seim bang... 28:28 dan 3 DUN BEBAS tersebut menang atas tiket PR so mungkin mereka akan menyokong PR pulak.., So saya kira SULTAN perlu membaca syarat dan peraturan SPR...BN bukannya mendapat mandat RAKYAT sebaliknya mendapat MANDAT DARIPADA SULTAN...

    INGAT JIKA INI BOLEH BERLAKU KEPADA PERAK... MAKA JAGA2 BN JANGAN FIKIR TIDAK BOLEH BERLAKU DI NEGERI LAIN...