Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Politik pembangkang berkisarkan politik lembu dan politik babi. Kedua-dua kes lembu dan babi ini telah menjadi tajuk bualan masyarakat. Kes lembu ditemui di Perak dan kes babi pula di Selangor.

Kisah di Perak, bekas MB Lembu baru terjumpa jalan keluar untuk balik semula ke kandang asalnya setelah hampir setahun termenginap di kandang yang salah iaitu di kediaman rasmi Menteri Besar Perak.

Walau pun kerajaannya telah dikorbankan pada 5 Februari 2009 lalu tapi beliau enggan beredar dari situ kerana dihidapi sindrom penyakit "mental terlampau" yang menganggap dirinya masih sebagai MB Perak yang sah. Kesian...


Akhirnya beliau terpaksa akur dengan sendirinya untuk keluar mencari kandang lain. Harapan bekas MB Lembu ini untuk menarik perhatian kerajaan baru BN Perak agar menggunakan kekerasan menghalau beliau tidak diendahkan.


Tanggapan bekas MB Lembu ini meleset setelah umpan untuk meraih simpati rakyat sekiranya terjadi kekerasan itu gagal kerana tidak langsung mahu dilayan oleh kerajaan baru BN Perak pimpinan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir. Syabas orang BN lebih berakal...


Kita berharap semoga sindrom penyakit "mental terlampau" bekas MB Lembu Perak ini akan beransur pulih dengan segera dan semoga beliau redha menerima qada' dan qadar ketentuan Ilahi.

Sementara di Selangor pula, MB Babi dalam kebimbangan setelah dihambat kereta... lembu... akibat kerakusannya menyondol wang rakyat untuk tujuan bersedekah. Mungkin beliau tidak diajar erti-maksud sedekah yang sebenar-benarnya oleh Tuan Guru N.Ajis.


Beliau turut dilaporkan menyalahguna wang rakyat negeri Selangor untuk menyelenggara kenderaan pacuan empat roda peribadinya yang saban hari digunakan untuk melawat kandang projek babinya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) difahamkan telah mempunyai bukti-bukti kukuh untuk mendakwa salahlaku MB Babi di Selangor ini dalam masa yang terdekat tetapi khabarnya beliau tidak gentar dihambat kereta... lembu...


Walaupun tidak gentar sepertimana dinyatakan beliau namun jelas kelihatan MB Babi ini berterusan gementar dan gagap ketika menjawab soalan wartawan.


Sama-samalah kita ikuti kesudahan kisah lembu dan babi ini nanti.

9 Responses
  1. Unknown Says:

    teman idak la penyokong PR atau umno..tp bila baca tulisan ni, teman teringat2 ayat yg ada dlm surah Yassin..
    fikirlah..
    teman idak le rase kome tu pelapis..


  2. Fakrul,

    Elok ler mika baca Yaasin tu sampai faham. Jangan tak baca.

    Lepaih tu mika tolong ler ajor budak-budak Pakatan Rakyat sama bagi deme tu faham budi bahasa. Jangan duduk nampak keras bahasa orang-orang UMNO je. Sekali-sekala pun teman nak juga libaih bahasa pedas dan menyengat sikit, dah nampak deme tu tak reti-reti bahasa sangat.

    Mika ingat deme aje ke yang layak terjah dengan bahasa cantik molek? Kan peribahasa udah kata, "ORANG MEMBERI KITA MERASA, ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA". Alahai tak faham-faham ke lagi?

    Jom masuk sekolah tadika semula, bior anak teman je yang ngajor mika sampai faham. Anak teman jauh lagi cerdik dari mika.


  3. Anonymous Says:

    Yg satu lembu yg satu babi
    Tepat dan setuju sesangat
    Bubuh kaw2 jgn tak bubuh


  4. mr.donut Says:

    20 Kes Salahguna Kuasa Khir Toyo - malaysiakini
    1. Meluluskan projek membina jalan merentasi bendang termahal di Sekinchan, Selangor sejauh 20.5 km bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenarai hitamkan iaitu Meram Holdings.

    Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan iaitu Cabaran Wangsa, di miliki oleh Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat iaitu Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

    2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam pada 20hb. Disember, 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/Tirai Gemilang/Samasys dan Usahasewa Sdn.Bhd.) dan setiap daripada syarikat tersebut salah seorang dari pengarahnya adalah Samsuri Rahmat. seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

    Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

    3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa yang singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20hb November, 2000 dan 4hb. Julai, 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

    4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri). Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

    5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun Menteri Besarnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu. Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

    6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31hb. Oktober, 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

    7. Khir memberi sumbangan peribadi berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25hb. Disember, 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15hb. Januari, 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn.Bhd. sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan sahaja ayam, malah reban pun tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

    8. Pada 17hb. -18hb. April, 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn.Bhd. seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

    9. Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km bernilai RM82,385,182. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

    10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn.Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip, jadi berapakah keuntungan JAKS?

    11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km) merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

    12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50%. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk menyelesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

    13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuarters kakitangan SUK di Shah Alam.

    14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn.Bhd. Ini bercanggah dengan surat aku janji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

    15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27hb. September, 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

    16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25 tahun 2001 pada 26hb. September, 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

    17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."

    18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn.Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

    19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1hb. Feb, 16hb. Mac, 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

    20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.


  5. Family5,

    Saya tidak "bias" dalam soal rasuah sebegini dan tidak menyokong membuta-tuli. Saya syorkan jika anda mempunyai bukti-bukti kukuh untuk mendakwa Dr Khir Toyo mengenai 20 isu salahguna kuasa beliau ini, sila buat laporan polis agar dapat dirujukkan perkara ini kepada SPRM.

    Hari ini ramai orang hanya banyak bercakap soal kesalahan orang lain sahaja tetapi kenapa khuatir untuk bertindak membuat dakwaan sekiranya bukti nyata telah ada di tangan? Saya harap saudara lebih "gentleman" untuk tampil ke hadapan. Bab ini saya bersedia memberi sokongan kepada saudara.

    Saya juga tahu beberapa kes rasuah politik Dr Khir Toyo khususnya tentang pemilihan Ketua Pemuda UMNO Mac 2009 nanti, cuma saya tiada bukti yang kukuh untuk tampil membuat dakwaan. Difahamkan Dr Khir Toyo telah menghabiskan puluhan juta RM dalam usahanya untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO nanti.

    Kita faham bahawa perundangan memerlukan segala bukti yang kukuh dan bukan sekadar bukti yang samar-samar, apatah lagi kalau sekadar beralasan mengatakan mendengar cakap-cakap orang lain.

    Maju ke depan dan tegakkan kebenaran jika segala bukti telah ada di tangan.



  6. Anonymous Says:

    Saudara Fakrul..
    Mike jgn kecik ati dgn dia ni...nama dia ni sebenonya kuih lapis...
    Inilah mentaliti org umno...deme ni dah tak buleh berubah dah...pekat-melekat karat umnonya wehhh...


  7. Life2110 Says:

    Bro,
    ko ni memang typical orang UMNO la. Masih tak sedar2 lagi. Dulu masa UMNO perintah selangor, berlagak macam Raja. Tidak boleh disentuh. Semua projek kena ada undertable money.
    Ko tengok apa dah jadi kat negara kita. Sibuk berpolitik sampai lupa orang ramai dah kena buang keje. Singapore dah declared recession in October 2008, your leader said that our country insulated.
    Latest news, toll hike postponed. semalam baru cakap nak naik, hari ni cakap ditangguhkan. Benda macam ni pun tak boleh nak buat decision apatah lagi nak run the country.
    Then, what happen in KT, sewa khemah utk PDRM sebanyk RM6M (reported in parliment)..
    Semua ni yang ko banggakan..
    Satu soalan lagi..ko pernah isi Borang B/BE tak? kalau tak pernah,jangan nak mencarut..

    salam sayang,
    pillkills


  8. Salam kembali Pill not Kills,

    Anda dengan ideologi anda dan saya dengan ideologi saya. Jangan nak timbulkan masalah soal "typical" atau apa sahaja.

    Masing-masing ada prinsip, ada pendirian dan ada pandangan. Hidup jangan hanya reti nak cari salah orang lain sahaja. Apa kurangnya dengan Pakatan Rakyat? Penuh dengan pemimpin-pemimpin hipokrit dan bersifat munafik yang amat ketara.

    Sudahlah dosa menipu, berselindung pula di sebalik nama suci Allah SWT dan kitab suciNya. Kalau benarlah memegang erat pada hukum Allah SWT, apa susahnya untuk menerima ketentuan qada' dan qadar? Kenapa tidak redha menerimanya? Cukuplah dah naik muak dengan PAS-PKR-DAP. Anda nak sokong itu hak anda.

    Adat manusia suka menuding jari pada orang lain. Salah sendiri tak nampak tapi suka baca dosa orang lain.

    Tolong faham di sini, orang-orang UMNO tidak menyokong membuta-tuli macam orang-orang Pakatan Rakyat. Kalau nak faham lebih lagi tolong rajin baca lain-lain tajuk di blog ini, ada ke tak ada teguran atau kecaman yang dibuat kepada kepimpinan UMNO. Jangan jadi manusia buta mata, buta hati dan buta akal.

    Seperkara terakhir nak tolong peringatkan kepada saudara. Sebelum kita bertabligh pada orang lain, adalah lebih afdhal bertabligh pada orang-orang di sekeliling anda yang lebih rapat dengan anda terlebih dahulu. Juga jangan nak membicarakan soal hidup bertamaddun yang ada peraturan serta undang-undang kerana kaum-kaum anda di dalam Pakatan Rakyat lebih tidak bertamaddun. Aktiviti menjerit, melalak dan merusuh di jalanan sudah menjadi satu tuntutan kewajipan. Apakah itu bertamaddun namanya?

    Muhasabahlah diri sendiri sebelum nak mengajar orang lain bermuahasabah.