Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Sudah lebih seminggu kita mendengar kepimpinan Pakatan Rakyat mahu bertindak menyaman DYMM Sultan Perak dan Barisan Nasional tetapi sehingga hari ini masih tiada sebarang tindakan daripada mereka.

Bermula dengan Karpal Singh yang begitu bersungguh-sungguh sejak beberapa hari lalu yang mahu bertindak memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Ipoh tetapi tidak muncul pada tarikh dan waktu yang dijanjikannya.

Seterusnya bekas MB Perak, Ir. Nizar Jamaluddin yang menyatakan hasratnya untuk menyaman kerajaan baru Barisan Nasional negeri Perak, juga tidak muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagaimana tarikh dan waktu yang dimaklumkannya.

Jika merasa berada di pihak yang benar dan yakin boleh memenangi kes tersebut, kenapa perlu bertangguh-tangguh? Bertindaklah dengan segera kerana seluruh rakyat negara mahu mengikuti perkembangannya dan menyaksikan kebenarannya.

Setelah itu barulah semua orang boleh membuat penilaian terkini siapa Barisan Nasional dan siapa pula Pakatan Rakyat. Bertindaklah atas dasar "berani kerana benar" dan jangan teragak-agak.

Kami di pihak Barisan Nasional sudah muak dengan segala tindak-tanduk bodoh dan bangang kepimpinan Pakatan Rakyat sebagai "pakatan haram" yang tidak berdaftar. Fahamilah bahawasanya asas @ platform anda sendiri pun sudah ternyata sebuah pertubuhan yang tidak sah mengikut undang-undang.

Maka ramalan saya, semudah itu jugalah pihak kehakiman akan menolak kes yang difailkan nanti. Percaya tidak percaya, sama-samalah kita tunggu jika kata benar tindakan saman itu diteruskan mereka yang tidak bermaruah itu kerana tidak bersedia menerima hakikat kekalahan.

4 Responses
  1. Anonymous Says:

    Mengikut tinjauan yg dibuat Merdeka Center di Perak, 74% setuju sepatutnya DUN dibubarkan


  2. Anonymous Says:

    lagi banggang pr nih
    merdeka centre tu bulih pera ker.dasar kalau dah bahalol tu bahalol juga....pas tu ikut lagi peminpin banggang.jadilah banggang ganda sepuloh.sedor sedor sikit ler yoeb...cukup lah.pengundi pengikut bn pun rakyat juga..malah lebih berhak atas negara ini.taat setia kami hanya pada negara ini..tak macam kome.satu paling ke india satu paling ke cina.yang satu tu plak berangan nak jadi arab.berenti dulu makn tempoyak dan budu baru bileh jadi arab...........ARAB JAHILLIYAH


  3. Mr Joker Says:

    ape la bingai kau ni...

    kalau kau tak puas hati... kau pegi la saman sultan sendiri... apa nak tunggu-tunggu PR lak?

    buduh...!!!


  4. Anonymous Says:

    pas ni pengikut2nya majoriti bahalol tahap world..ade ke patut lepas solat pergi merusuh..dia faham tak makna yg dia orang baca ketika solat tu..ketayap kat kepala tguk pakai dh sampai berkarat tp islam luar sahaja..ini lah kalau islam tu setakat kulit sahaja..pemimpin tak habis2 mengumpat! mana nk dpt rahmat Allah..malu kat bangsa lain sahaja..protes tak habis2..cuba lah terima satu2 perkara yg tak sehaluan dgn rasa hati tu dgn berishtirfar, mengucap, sebut nama Allah byk2..ini tak..masa merusuh tu bertakbir..salah guna takbir! Pegi lah ke Gaza tu kalau berani sangat..kat sana bertakbir puas2 harukkan yahudi tu..mmg mereka ni tak sedar yg pas skg dh jd tunggangan pkr dan dap..yg hilang kuasa dap tp yg jd bangang org pas..melaluk sana sini..korang ni mmg tak cukup tarbiah dgn tok guru korang..atau pun otak tak boleh terima sbb tuhan dh jem kan otak tu sbb dh bnyk sgat mengumpat..bawak2 ngucap penyokong pas totok..korang dpt angin busuk sahaja..yg angin wanginya sapr dpt? Ha, fikirlah sendiri..