Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang huru-hara sesama sendiri, balik-balik Najib jugak yang kome kaitkan ye! Pening kepala Tok Jib dikaitkan itu dan ini.
"Deme bergaduh sesama deme dalam pakatan deme tapi teman jugak yang tak pasal-pasal kena tuduh macam-macam. Pelik! Pelik! Apa yang deme sakit hati sangat dengan teman ni?" Mungkin itulah agaknya yang bermain di fikiran Dato' Seri Najib.
Setahu teman selama ni Najib cuma Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional sahaja. Sejak bila pula Najib dilantik merangkap Presiden PKR dan Pengerusi Pakatan Rakyat? Kalau masalah dalam BN munasabahlah jugak jika Najib dikaitkan.
Lagi pun setahu teman Pakatan Rakyat masih lagi pakatan haram sebab belum didaftarkan lagi macam Barisan Nasional yang sememangnya sudah diiktiraf. Dahlah tu tak pasal-pasal pulak Najib harus bertanggungjawab ke atas kedua-dua ADUN dari PKR yang bermasalah tu.
Ni timbul pulak surat akuan bersumpah baru apa hal pulak ni? Kenapa baru sekarang? Kenapa tidak ditimbulkan bulan Mac selepas PRU-12 dulu? Isu dua ADUN PKR dikatakan lesap hilang beberapa hari, tiba-tiba timbul nama Najib kononnya kedua-dua ADUN mereka itu diculik oleh orang-orang Najib dan dikuarantinkan di Pekan, Pahang. Betul ke?
ADUN PKR dua orang tu biol sangat ke pun? Dah tua-tua bangka tak reti-reti ke nak melawan bila ada orang nak culik? Bior bebeno yeop! Fitnah kome dah melarat jadi darah daging ni. Tak cuak ke kena jilat dengan api neraka akhirat kelak? Nak berpolitik pun bior ler cara terhormat sikit. Kot ye bodoh sekali pun, jangan ler tunjuk-tunjukkan sangat. Nampak sangat kelemahan puak-puak kome.
Takkanlah deme tu tak boleh nak pergi ke Pekan untuk bercuti atau saja-saja makan angin nak berehat? Mentang-mentanglah Najib tu orang Pekan dan AP Pekan maka kome kaitkan dia. Kalau deme tu pergi ke Pekan kerana menjenguk saudara-mara atau kenalan di sana tak ke saja-saja kome semua yang menabur fitnah tu dapat dosa kerin?
Takkanlah sebegitu terbatas sekali kawalan atau kongkongan dikenakan ke atas wakil-wakil rakyat PR oleh kepimpinan kome? Apa yang ditakutkan sangat oleh kepimpinan PR Perak? Rasa tak berapa nak teguh mana ke pun kerajaan PR kome di Perak?
Kalau macam tu tak bebaslah ADUN dan AP Pakatan Rakyat nak bergerak ke mana-mana. Padanlah pun kedua-dua ADUN kome tu dah mula bosan nak duduk lama dalam PKR sebab tak "freely" nak bergerak ke mana-mana sedangkan Malaysia dah pun 51 tahun merdeka. Ada ke lagi perintah berkurung zaman sekarang ni?
Oh! Mungkin Pakatan Rakyat belum merdeka lagi selagi tak dapat perintah Malaysia. Kome semua masih lagi 51 tahun ke belakang, sedang berusaha keras untuk memerdekakan diri kome. Kesian kat kome semua ye! Masih duduk mentekedarah ubi kayu lagi ke kome semua yeop?
"No wonder" lah kome pilih Ketua Bahagian PKR Ipoh Barat yang macam otak kayu tu pasal otak kome semua pun memang macam kayu jugak. Kalau nak tabur fitnah nak mengenakan Najib pun bior ler berpada-pada sikit. Pikior ler yang logik-logik sikit jangan duk ikut perangai blogger RPK dengan P.I Balasubramaniam tu buat surat akuan bersumpah tipu.
Budak sekolah rendah pun reti taip surat bodoh macam tu. Cop segera (instant rubber stamp) sekarang kat mana-mana pun boleh tempah, setengah jam boleh siap. Kot ye pun nak kelentong orangramai bior ler pro sikit yeop!
Ni dah macam cerita kartun animasi pulak. Kome semua duduk main politik jamban ke pun? Kesian kat kome tak ada modal lain ke? Lagi lama dibiorkan kome melalut merapu dah makin bahlol pulak kome semua ye! Ideologi politik Ala Pak Pandir ke yang kepimpinan kome didik? Kesian kat kome udah macam katak bawah tempurung.
Nasihat teman macam ni aje ler, kalau kome semua nak bahlol udah-udah ler heret semua orang jadi bahlol macam puak-puak kome. Teman dah naik muak dan jijik dengan gelagat bodoh tak habis-habis yang puak-puak kome lakonkan.
Udah-udah ler tu... semua orang dah tahu geng-geng kome semuanya pendusta dan penipu besor. Sampai bila nak jadi munafik yeop! Kita ni sama-sama makin hari makin tua bukannya makin budak-budak. Pandai-pandailah bezakan yang hak dan yang batil. Jangan duk main terjun lubang tahi tak tentu pasal.
mcm haram je blog ni....
x berpikiran jauh....
ade otak ALLAH bagi xnak gune sebaik-baiknye....
tulisla elok-elok...
bende yang betol...
lu pikir la sendiri....
dah tua dah....
bagi contoh sket kat anak-anak muda melayu kita....
jangan pecah belah kan lagi....
org luar memerhati kita....
x yah jauh2...
indonesia kutuk kita
saudara tahu ke?
http://id-top.blogspot.com/2007/12/malaysia-malingsialan-merusak-budaya.html
Yeop Anonymous,
PAS dan PKR sebenarnya pemecahbelah bangsa Melayu. Kalau bab cerita dari Indonesia tolong rujuk Anwar Ibrahim dewa pujaan anda semua kerana dia yang bina semangat mengutuk kepimpinan Malaysia di sana setelah dilepaskan daripada penjara.
Di negara-negara lain juga beliau bertanggungjawab membina semangat songsang bencikan terhadap negara sendiri. Sama juga songsang seperti perilakunya. Rujuk arkib dalam blog ni dan tonton semua video-video berkaitan agenda Anwar.
Semoga Allah SWT membuka minda dan hati kamu yeop. Lihat pada realiti dan tentang perjuangan yang merosakkan bangsa Melayu. PAS dan PKR memperalatkan Islam, Al-Quran dan Hadis demi kepentingan politik untuk mengejar kuasa tetapi dalam masa yang sama sanggup dibalacikan oleh kaum kafir harbi DAP.
Semoga Allah SWT meletakkan kembali akal kamu di tempat yang sebenarnya tanpa lari atau senget walau seinci pun. Amin!
sape pecahbelahkan melayu???
sape yang tedang PAS dr parti perikatan dulu???
sape yang tendang anwar ibrahim yg buat rakyat marah???
X UMNO yg pecahbelahkan melayu???
mmg anwar cakap...kepimpinan kat mcm haram,sana sini rasuah dr JKKK sampai PM...
ape nak jadik dgn malaysia ni...
PAS dan PKR xmemperalatkan islam,AL_QURAN dan HADIS sebaliknya UMNO yang permainkan sume tu...
memerintah selama 51 tahun,ade hukum ALLAH dilaksanakan???
meagong2kan undang2 kafir adela...
pesongkan anak2 mude melayu
Saya sentiasa bersama ALLAH SWT,sikit pun tak lari ajaranNYA