Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Semakin hangat, semakin menarik kegilaan yang berlaku di Perak. Akhirnya lanskap politik negeri Perak Darul Ridzuan benar-benar berubah secara drastik. BN kembali lega mampu merampas semula kerajaan negeri Perak melalui majoriti mudah hari ini (4 Februari 2009).

Walaupun terkini kedudukan kerusi DUN negeri Perak antara PR dan BN berkedudukan seri dengan masing-masing mempunyai 28 kerusi DUN setelah ADUN Bota mengesahkan kembali kepangkuan Umno hari ini dan PR pula terus ditimpa malang dengan kehilangan seorang lagi ADUN Jelapang dari DAP, Hee Yit Foong yang mengesahkan keluar dari DAP untuk menjadi calon Bebas hari ini.

Ketiga-tiga wakil rakyat Bebas itu kini telah menyatakan sokongan kepada BN termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar daripada kalangan anggota BN. Najib berkata beliau akan menghadap Sultan Azlan Shah secepat mungkin dan nama calon Menteri Besar akan diumumkan dalam masa terdekat. Baca berita penuh di sini...

Sebelum ini kita ada mendengar ura-ura Hee Yit Foong sedikit bermasalah dengan DAP Perak tetapi semalam di dalam mesyuarat tergempar, Nizar Jamaluddin (MB Perak - PAS) cuba melindungi situasi itu dengan mengatakan ADUN Jelapang itu tetap terus bersama mereka. Oleh itu dengan apa yang berlaku ini jelaslah Nizar dan kepimpinan PR Perak suka berbohong kepada umum.

Apa sudah jadi dengan kerajaan PR di Perak ni? Baru cuma 10 bulan memerintah sudah kelam kabut dan lintang pukang. Apakah isu wakil rakyat ini sama kesnya dengan kedua-dua ADUN Changkat Jering dan ADUN Behrang?

Alahai semakin tertekan dan peninglah kepala "De Facto Leader" Anwar Ibrahim dan barisan balaci-balaci PR di Perak yang tak berkesempatan membubarkan DUN negeri Perak bagi membolehkan pilihanraya mengejut diadakan.

Itulah pasal, siapa suruh mulakan main taktik kotor? Kini umpan sudah makan tuan.

Terima kasih kepada ADUN Changkat Jering, ADUN Behrang dan ADUN Jelapang yang meletakkan keyakinan semula kepada Barisan Nasional. Jasa anda dikenang. Juga tahniah kepada BN kerana bijak melayan kerenah kotor Anwar dan kepimpinan PR yang menjerat leher mereka sendiri.

Gelihati teman! Jangan marah ye yeop! Suruh pemimpin-pemimpin kome belajar lagi selok-belok berpolitik kalau rasa nak berjaya semula di masa akan datang.

4 Responses
  1. Tumbang dengan tidak bermaruah dan mengharapkan bantuan daripada 3 ADUN bebas...

    Takkan BN/ UMNO sahaja yang tahu memerintah...kita kan demokrasi...


  2. BN wujudkan kerajaan dengan tidak bermaruah...


  3. Anonymous Says:

    It looks as if the Perak DUN Speaker has more power over and above his own Sultan in that he could even nullify the appointment made by the Sultan by suspending the new MB and his EXCO. Whatever is the DUN Speaker’s interpretation or whoever is advising him, it is ludicrous and absurd.

    DUN Speaker Siva even thinks that he too has the power to declare a DUN seat vacant and to command SPR to hold a by election on an unsigned letter purported to be the resignation letters of two DUN members.

    By the look of it, he thinks that he is above not only the Sultan but also the chairman of the election Commission.

    My view of his recent act of suspending the new MB and his EXCO is a direct challenge against the authority of the Sultan and he could be liable to be detained under the ISA for undermining national security if not charged under section 121A of the Penal Code.

    Assoc Prof Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Law lecturer IIUM

    Bahasa Malaysia
    Speaker DUN Perak seolah-olahnya mempunyai kuasa mengatasi dan melebihi Sultannya sendiri sehingga boleh menggantungkan MB Dato Zambri dan Exconya yang dilantik Sultan. Apapun tafsirannya dan siapapun penasihat undang2nya, ianya tafsiran yang peilk dan janggal.

    Speaker DUN Perak Siva juga berfahaman bahawa dia juga berkuasa mengistiharkan mana-mana kerusi DUN kosong dan juga berhak mengarahkan SPR mengadakan pilihanraya kecil berdasarkan surat yang tiada bertarikh kononnya dua kerusi DUN adalah kosong.

    Nampaknya, Speaker DUN Perak bukan sahaja mengatasi kuasa Sultan bahkan mengatasi kuasa pengerusi SPR juga.

    Pada pandangan saya, tindakan Speaker Dun Perak menggantungkan MB baru dan EXCOnya adalah suatu tindakan mencabar kedaulatan dan titah Sultan dan suatu perbuatan yang membolehkannya ditangkap dan ditahan dibawah ISA kerana menggangu gugat keselamatan negara dan atau didakwa dibawah seksyen 121A Kanun Keseksaan.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM


  4. Terima saya ucapkan kepada Prof di atas kesudian berkongsi pandangan mengenai isu ini.

    Untuk makluman Prof, saya telah blogkan ia menjadi satu topik baru untuk dikongsikan kepada umum. Diharapkan kita terus dapat bertukar-tukar idea dan pandangan di masa-masa akan datang dalam segala isu-isu semasa.

    Jika tidak keberatan, saya pohon dapatlah sekiranya Prof meninggalkan email Prof untuk saya berhubung dengan Prof di lain kali sekiranya memerlukan sedikit nasihat berkaitan perundangan. Prof boleh menghubungi saya secara peribadi dengan mengisi borang "HUBUNGI" di atas.

    Kerjasama Prof saya dahului ucapan ribuan terima kasih.

    Wassalam.