Salam kepada semua sahabat-sahabat blogger yang dihormati yang sering berhubung dengan memberi segala pandangan serta berkongsi maklumat.
Saya kini berada di Ipoh, Perak bersama rakan-rakan dan kenalan lama bagi mengikuti perkembangan lanjut serta meraikan kejayaan Barisan Nasional merampas kembali takhta kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan.
Cuaca di Ipoh di dalam keadaan hujan rahmat dari Allah SWT sejak awal petang tadi seolah-olah menyambut dan merestui kemenangan Barisan Nasional yang telah berjaya menawan kembali negeri Perak Darul Ridzuan dengan menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Pengumuman penubuhan kerajaan baru Barisan Nasional di Perak telah dibuat dengan rasminya petang tadi oleh TPM, Dato' Seri Najib yang juga Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dan juga selaku Pengerusi Barisan Nasional Perak Darul Ridzuan setelah mendapat perkenan baginda Sultan Azlan Shah.
Dengan pengumuman tersebut petang tadi dilihat para penyokong Pakatan Rakyat Perak berkumpul beramai-ramai seolah-olah tidak berpuashati dengan perkenan baginda Sultan yang menolak cadangan Ir Mohd Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak (PAS) untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.
Baginda DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah menggunakan budi bicara baginda mengikut perkara 16(6) dan 18(2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan menyatakan tidak berkenan pembubaran DUN Perak dilakukan tetapi sebaliknya merestui penubuhan kerajaan baru Barisan Nasional.
Perhimpunan haram oleh para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat dijangka berlangsung malam ini untuk membantah titah perintah baginda Sultan Perak. Ketua Polis Negara dan Polis negeri Perak telah memberi amaran untuk tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada mereka yang berdegil meneruskan perhimpunan dan perarakan tanpa permit itu di samping telah bersiap-sedia dan berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan.
Ikutilah liputan langsung dari Ipoh, Perak yang akan saya muatkan di blog ini dari masa ke semasa nanti.

Pure UMNO...
Itulah Pemuda Pelapis.
Teruskan PP.
Tahniah Dato’ Seri IR Nizar!..
Assalammualaikum,,
Aku bangga DS IR Nizar selaku Adun tempat aku telah menunjukkan sikap anak jantan.. gentleman.. jangan letak jawatan.. Kita orang PAS kena berani…. bukan macam mana UMNO nak memerintah guna cara bacul..tak ada telok.. guna polis.. guna SPR.. gunalah seberapa banyak apa yang hangpa nak guna..
Dato’ Seri.. Tunjukkan kan Semangat anak Jantan Dato agar dapat dicontohi oleh golongan muda yang akan mewarisi pimpinan PAS..
Wahai Pak Lah, Wahai Najib.. Wahai Hamid Albar.. Wahai Musa Hasan.. Hangpa bernasib baik kerana pimpinan PAS tidak mengarahkan ahli-ahlinya buat demontrasi.. hangpa patut mau ucapkan terima kasih kepada pimpinan PAS.. kalau tidak malaysia akan menjadi macam Thailand.. rakyat membangun memberontak..demontarsi..
Tahniah Dato Seri IR Nizar.. sekurang-kurangnya Dato Seri telah memperomosi negara Malaysia di mata dunia.. Ya telah mencipta rekod dunia ” world record” seorang bekas ketua hakim negara yang merlanggar undang-undang.. Biar Amerika tahu.. biar Barack Obama tahu.. yang Malaysia telah mencipta rekord ada seorang Perdana Menteri dengan Timbalan Perdana Menteri yang mengambil alih negeri dengan cara pertolongan SPR.. dengan pertolongan Polis.. dengan pertolongan Sultan.. bukan dengan cara demokraksi.. biar dunia luar tahu Malaysia telah menghumban demokraksi rakyat ke kandang babi…
Daripada blog Manjung Mari (rentap revolusi.com)
HM tengok macam mana? Pure ke? Bukan apa tapi terkejut beruk apabila telahan dan ramalan benar-benar terjadi. Kini cempedak dah jadi nangka. Senjata dah makan tuan akibat kerakusan mereka (PR) untuk berkuasa. Ini satu peringatan dan pengajaran buat yang tamak haloba.