Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Salam sejahtera saudara-saudari rakan-rakan blogger dan pengunjung blog Pemuda Pelapis sekalian. Saya baru sahaja pulang dari Ipoh dan Kuala Kangsar setelah mengikuti perkembangan secara langsung di lokasi.

Maaf kerana tidak dapat memuatkan apa-apa maklumat perkembangan semasa ketika berada di lokasi kerana masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan serta masa yang begitu terhad dan juga terlalu kepenatan membuat liputan untuk mendapatkan pandangan ramai ketika berada di sana.

Sebagaimana yang dijanjikan sebelumnya maka liputan tertunda tetap akan dimuatkan secepat mungkin di blog Pemuda Pelapis. Bahan-bahan yang bakal dimuatkan nanti meliputi pendapat dan pandangan ramai, gambar-gambar dan video-video yang sempat dirakamkan ketika berada di lokasi.

Apa pun saya memerlukan sedikit masa untuk "upload" kesemua gambar dan video tersebut ke dalam "laptop @ desktop pc" terlebih dahulu dan juga memilih sebahagian daripadanya sahaja sebelum disiarkan kerana agak banyak juga bahan-bahan yang telah dirakamkan.

Insya'Allah selewat-lewatnya tengah malam ini atau setidak-tidaknya sehingga esok maka dapatlah ianya disiarkan untuk rujukan. Sekian dimaklumkan.

0 Responses