Selepas dua tiga bukit bakal diadakan pilihanraya kecil, kini timbul pula satu batang menyusuli kesemua bukit-bukit berkenaan. Sahut-menyahut nampaknya.
Batang yang muncul ini ialah Batang Ai dan bukannya Batang You. He...he...he...!
DUN N.25 - Bukit Selambau di Kedah dan Parlimen P.59 - Bukit Gantang di Perak telah disahkan pilihanraya kecilnya pada 7 April 2009, manakala DUN N.37 - Bukit Lanjan di Selangor masih belum diputuskan secara muktamad lagi kerana PKR masih teragak-agak dan masih dalam dilema.
Terbaru hari ini, DUN N.29 - Batang Ai, di bawah Parlimen P.203 - Lubok Antu di Sarawak juga bakal menyaksikan pilihanraya kecil yang bakal diumumkan SPR nanti apabila ADUN-nya, YB Datuk Dublin Unting A/K Ingkot (PRS), meninggal dunia awal pagi tadi pada jam 1:25 AM, akibat diserang angin ahmar.
Takziah saya ucapkan kepada keluarga mendiang serta penyokong-penyokong mendiang.
Pada era kali ini menyaksikan kekalutan dunia politik tanahair begitu ketara sekali. Apakah semua ini dilihat sebagai satu rahmat atau malapetaka daripada Allah SWT? Nilai-nilailah sendiri dan carilah jawapannya.

Bila BUKIT teLANJANg nampak BUKIT besar GANTANG diuli-uli BUKIT SELAMBAU aje (selamba loghat Melaka) sampai terjulur BATANG AI tak tertahan dan tak sabar2 nak ikut dua bukit 7 April ni. Untung2 semua BUKIT SELAMBAK depan mata. Jangan pulak BATANG BERJUNTAI ikut sekali nanti rosak program. Huhuhu!!!