Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Kenyataan sulung Perdana Menteri baru Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak di TV1 sebentar tadi mengenai pembebasan 13 tahanan ISA dan membatalkan larangan sementara penerbitan dua akhbar tabloid pembangkang (Harakah dan Suara Keadilan) yang berkuatkuasa serta-merta itu merupakan usaha dan jasa murni beliau ke arah kepimpinan demokratik.

Ianya tiada sebarang kaitan atau tiada kena-mengena dengan desakan mana-mana pihak atau kononnya selari dengan desakan oleh ketua pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengikut apa yang dilaporkan dalam perenggan ke-8 oleh portal media Malaysiakini yang lebih pro pembangkang itu atau petikannya seperti berikut;

Petikan kenyataan dari Malaysiakini...

Pengumuman Najib itu dilihat selari dengan desakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini supaya Perdana Menteri baru itu bertindak lebih demokratik termasuk menarik larangan ke atas dua penerbitan berkenaan dan membebaskan tahanan ISA.

Samada mahu membebaskan atau tidak membebaskan kesemua 13 tahanan ISA dan membatalkan larangan sementara kedua-dua buah penerbitan akhbar pembangkang itu adalah hak mutlak Perdana Menteri dan menurut budibicara beliau tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Janganlah dijadikan kenyataan Perdana Menteri itu sebagai "lembu punya susu tapi sapi yang mendapat nama". Dato' Seri Anwar Ibrahim tiada apa-apa jasa di dalam perkara ini selain hak mutlak Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri sahaja yang membuat keputusannya.

Oleh yang demikian Malaysiakini dinasihatkan janganlah perasan atau mengada-adakan cerita bodoh yang boleh mengelirukan masyarakat umum. Jadilah sebuah portal media profesional yang lebih bertanggungjawab. Carilah publisiti secara lebih bermaruah dan bukan secara murahan.

0 Responses