Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Petua kemenangan pakatan pembangkang di dua kerusi pilihanraya kecil N.25 - Bukit Selambau dan P.59 - Bukit Gantang mencerminkan pengundi-pengundi di sana gemar bersubahat soal-soal pembohongan yang dibawa pemimpin pembangkang yang merosakkan minda serta aqidah daripada ketelusan dan kejujuran membela nasib rakyat.

Ini khusus ditujukan kepada pengundi Melayu Islam terutamanya golongan muda-mudi yang amat mudah tertipu dan diperdaya.

UMNO/BN harus belajar petua ini daripada pakatan pembangkang, insya'Allah dalam pilihanraya umum akan datang kita mampu meraih kemenangan lebih besar melebihi dua pertiga sehingga mampu menenggelamkan suara pembangkang di Dewan Negeri mahupun Dewan Rakyat.

Berbohong janji, memanipulasi isu, berpropaganda, menabur spekulasi buta dan liar, melemparkan fitnah serta adu-domba untuk menyerang keperibadian calon yang bertanding adalah strategi yang menjayakan misi pakatan pembangkang jika diamati dengan baik sejak beberapa pilihanraya kecil diadakan bermula di Permatang Pauh sehingga ke saat 7 April 2009 kelmarin.

Rakyat tidak lagi mahu mendengar apa-apa janji pembangunan terhadap kawasan dan janji-janji membela nasib mereka tetapi pengundi lebih suka kepada sentimen pembohongan tegar sebagaimana dilakukan oleh DS Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Nizar dan lain-lain. Janji-janji manis BN hanya diibaratkan halua telinga sahaja.

Maka itu BN mulai dari sekarang kena ikut rentak pembangkang dengan membawa segala cerita dongeng dan episod-episod khayalan yang mampu mengasyikkan pengundi dan rakyat. Ini dilihat akan mampu menjayakan misi BN ke arah menumbangkan pakatan pembangkang. Nampak semacam tak masuk akal tapi itulah hakikatnya.

Kalau diteliti, insiden di Perak telah berjaya membuatkan BN kembali berkuasa setelah menumbangkan pakatan pembangkang dengan majoriti mudah melalui lompatan ADUN-ADUN mereka yang mengisytiharkan keluar parti menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN secara terbuka.

Bukankah strategi ini telah diakui sendiri oleh DS Najib? Seingat saya DS Najib kata kita hanya ikut rentak ketua pembangkang DS Anwar yang cuba memikat wakil rakyat DUN dan Parlimen dari BN agar menyeberang masuk pakatan pembangkang demi mencapai matlamatnya menubuhkan kerajaan baru.

Berkat kesabaran BN umpama "ular menyusur akar takkan hilang bisanya" akhirnya, BN membuktikan keberhasilan sebenar apabila berjaya menjejak langkah pembangkang sehingga senjatanya memakan diri mereka sendiri. Jadi sekali lagi kita harus ikut langkah dan pendekatan mereka.

Kali ini saya nasihatkan perkara yang serupa supaya BN turut mengikut jejak pakatan pembangkang agar ikut serta berbohong, memfitnah, membuat spekulasi liar dan sebagainya sebagai usaha menawan kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang.

Saya kira tindakan ini sebenarnya yang disukai oleh golongan pengundi muda yang tidak berakal waras. Mereka mudah diperdaya oleh dakyah-dakyah jahat pembangkang yang tidak berasas.

Oleh itu BN harus membawa sentimen yang menyerupai pakatan pembangkang yang sukakan ceritera dan segala unsur-unsur dongeng kerana ia diyakini mampu melekakan golongan muda yang lebih kepada emosi daripada logikal.

Dahulunya UMNO/BN sedia dicop sebagai kerajaan yang berbohong dan sebab itulah kita kuat. Berbohong adalah satu trend yang sebenarnya disukai ramai. Apabila UMNO/BN mahu berubah maka rakyat seolah-olah tidak percaya dan tidak suka.

Bermakna rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang masih dahagakan pembohongan. Kini pembohongan telah diambil-alih oleh pakatan pembangkang sebagai strategi baru mereka.

Mereka belajar daripada UMNO/BN yang selama ini dikecam hebat suka berbohong kepada rakyat. Tidak harus kita lupakan bahawa DS Anwar ialah bekas pemimpin UMNO/BN yang meneruskan agenda pembohongan besar.

Nampaknya DS Anwar berjaya dalam misinya dengan kaedah berbohong, maka peluang ini tidak harus dilepaskan oleh UMNO/BN disebabkan cara ini dilihat menjadi minat kepada rakyat golongan muda.

Fikir-fikirkanlah!

0 Responses