Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Isnin, 6 April 2009: Lebih kurang jam 10:45 pagi tadi Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Padang PPP, Batu 2 1/2 Jalan Simpang, Bukit Gantang, Perak sebagai usaha sulung beliau turun padang berkempen untuk calon BN (Ismail Safian) setelah kembali semula menyertai UMNO pada 4 April Sabtu lalu secara rasmi.

Ketibaan Tun Dr Mahathir diberi sambutan luarbiasa oleh masyarakat pengundi Bukit Gantang. Turut kelihatan menyambut ketibaan beliau ialah para pemimpin tertinggi UMNO, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Muhyiddin Yassin termasuklah Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan beberapa lagi Ahli Parlimen serta ADUN Barisan Nasional.

Tun Dr Mahathir mengambil peluang menyampaikan ucapan beliau selama 40 minit yang juga turut dibuat siaran lintas langsung oleh TV1 - RTM bermula jam 11:00 pagi tadi. Beliau menyeru kepada ahli-ahli dan penyokong UMNO yang telah meninggalkan parti itu agar kembali bersama parti untuk meneruskan perjuangan membela rakyat dan negara.

Kata Tun (Dr Mahathir), BN-lah sebenarnya kerajaan rakyat selama ini yang bekerja untuk kepentingan rakyat. Ucapan beliau penuh bersahaja, sinikal dan mencuit hati tetapi meninggalkan kesan yang mendalam kepada para pengundi Bukit Gantang yang diselangi sindiran tajam menempelak ketua pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan calon PAS untuk Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin.

Tun Dr Mahathir juga menyatakan keyakinannya kepada kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri baru, sambil menceritakan bagaimana suatu masa dulu bapa Presiden UMNO itu pernah menerima borang keahliannya pada awal 1970-an selepas dipecat oleh Tunku Abdul Rahman. Kini anaknya pula yang menerima borang keahliannya untuk menyertai semula UMNO. Dengan nada berseloroh Tun (Dr Mahathir) menambah, "tak mungkinlah nak sampai kepada cucu pulak".

Bekas Presiden UMNO itu juga meminta rakyat agar menolak demonstrasi jalanan dengan alasan ianya tidak membawa apa-apa faedah dan tidak memberi sebarang manfaat kepada kita.

Sentuhan Tun (Dr Mahathir) di Bukit Gantang tadi diyakini kuat mampu menarik para pengundi atas pagar dan para penyokong BN yang telah berubah arah semasa pilihanraya umum ke-12 lalu. Peluang kemenangan Barisan Nasional (BN) di Bukit Gantang dilihat lebih cerah.

Terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

4 Responses
  1. Anonymous Says:

    Sentuhan Tun Mahathir memang tiada tolok bandingannya..kalah Anuar,Nik Aziz,kapal. Selamat kembali seorang Wira!!!!!


  2. Salam Tuan,

    Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang sayangkan Tun Mahathir. Kegagalan Tun Abdullah mentadbir negara seperti mana yang diharap-harapkan menyebabkan rakyat lebih cenderung menjadikan Tun Mahathir sebagai ikon mereka.

    Kehadiran Tun Mahathir akan memberi suntikan semangat kepada jentera dan juga pengundi.


  3. Ex-UMNO Says:

    Tak de ke foto untuk tunjuk orang yang ramai ber ratus2 ribu tu?


  4. Anonymous,

    Terima kasih meninggalkan komentar sokongan anda tapi lain kali harap baca pesanan sebelum menulis komentar. Nama samaran @ nama sebenar perlu disertakan.

    Harap maklum!