Jumaat, 10 April 2009: Petang semalam YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak secara sah telah pun melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri berserta anggota kabinetnya yang pertama.
Empat jawatan menteri penuh kabinet beliau telah diisi oleh senator melalui pelantikan baru. Berikut ini ialah senarai menteri penuh yang memegang portfolio masing-masing. Beberapa kementerian telah dibubarkan dan digabungkan di bawah kementerian baru dan lama.
JAWATAN MENTERI PENUH KABINET 2009
Salam,
Saya berharap kajian semula dibuat terhadap pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kperasi (MeCD) yang banyak berjasa kepada pembangunan ekonomi Bumiputra dan menyumbang kepada kesuburan ekonomi negara.
http://c-bok.blogspot.com
Kabinet DS Najib telahpun dibentuk. Najib telah membuat pilihan yang terbaik berdasarkan apa yang ada dan kekangan yang dihadapinya. Barisan kabinet ini lebih baik daripada kabinet Pak Lah sebelumnya. Tetapi itu cerita lama. Diyakini Najib telah mengambilkira komen-komen yang dilontarkan terhadap kabinet Pak Lah dahulu dan saranan-saranan dan ingatan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak. Yang pasti, tak mungkin dapat memuaskan hati setiap orang. Tanggungjawab dan cabaran yang mendepani barisan kabinet baru ini amat mencabar. Isu-isu seperti isu ekonomi, isu perpaduan, isu sosial dan isu persepsi perlu ditangani segera.
Apapun, kita kena beri ruang dan peluang kepada barisan kabinet ini untuk melaksanakan tugas-tugasnya. Kemudian kita teliti dan kita terjemahkannya dalam pilihanraya nanti.