Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Dari petang semalam sehinggalah tengah malam tadi (sebelum masuk awal pagi ini 12.01AM - 5 Jun 2008) berpusu-pusu kenderaan beratur panjang di mana-mana sahaja stesen minyak untuk memenuhkan tangki kenderaan masing-masing akibat pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel setelah sedaya-upaya dipertahankan oleh kerajaan (konon-kononnya). Rata-rata jalan di sekitar Lembah Kelang dilihat berlaku kesesakan lalulintas yang sungguh luarbiasa.

Kenaikan harga sehingga 78 sen seliter bagi petrol dan RM1 seliter bagi diesel bukanlah satu kenaikan yang sedikit sebenarnya. Ia ternyata memberi "impak maksima" yang terlalu besar kepada majoriti rakyat berpendapatan sederhana apatah lagi mereka yang berpendapatan kecil.

Ia juga merupakan satu kenaikan harga yang paling tinggi dalam sejarah. Betul apa yang dikatakan atas sebab krisis harga minyak dunia, tetapi keadaan akan lebih buruk lagi jika sekiranya kita bukan salah sebuah negara pengeluar minyak di dunia. Dengan kenaikan harga bahan bakar utama ini, yang kaya akan bertambah kaya dan yang miskin semakin papa kedana.

Isu kenaikan harga minyak pastinya akan membabitkan kenaikan harga barang-barang keperluan lain dalam jangkamasa yang terdekat ini. Perkara ini satu kelaziman yang sememangnya mudah diramalkan oleh semua pihak kerana peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab sudah tentunya tidak akan melepaskan peluang ini untuk menaikkan harga bahan-bahan mentah makanan dan sebagainya dengan alasan bahawa semua barang-barang diagihkan menggunakan kenderaan pengangkutan. Oleh itu ia terlibat secara langsung dan secara tidak langsung.

Bagi golongan yang tidak berpendapatan tetap pula khususnya golongan yang bekerja sendiri serta golongan miskin, sudah tentulah akan terlebih-lebih lagi membebankan mereka dengan situasi ini. Adalah dipercayai akan ada si miskin menjadi lebih fakir dan berlakunya peningkatan terhadap statistik kemiskinan di kala kerajaan juga masih gagal membasmi kemiskinan sepenuhnya.
Apakah mekanisme terbaik di pihak kerajaan di dalam menyalurkan bantuan kepada golongan-golongan ini selain daripada subsidi? Cukupkah hanya sekadar menasihatkan supaya rakyat berjimat-cermat? Bagaimana pula dengan para pemimpin yang terus bersikap boros-memborosi perbelanjaan negara? Cakap begitu mudah tetapi yang bercakap sendiri tidak mengikut apa yang disarankan.

Tempohari Perdana Menteri begitu bangga mengumumkan berjaya membuat kutipan sejumlah RM20 juta untuk membantu mangsa-mangsa gempa bumi di China. Apakah ianya turut akan dilaksanakan bagi membantu golongan miskin di negara sendiri setelah berlakunya krisis kenaikan harga bahan bakar utama pada situasi semasa ini? Semoga ianya turut digagah-usahakan tanpa sebarang alasan-alasan yang menjelekkan rakyat seluruhnya.

Setiap kali harga barangan naik maka alasan-alasan sumbang yang cukup popular sering kita dengar seperti "masih lagi rendah..." dan disambung ayat "jika dibandingkan...". Tidak adakah modal lain untuk dijadikan alasan? Semua orang seperti membaca satu skrip yang hampir sama antara satu sama lain. Rakyat sudah terlalu bosan dengan "alasan-alasan lapok" seperti itu.

Petikan sebahagian kenyataan Pak Lah...

...rakyat Malaysia jangan berdemonstrasi untuk melepaskan kemarahan mereka berikutan dengan kenaikan harga minyak.

Beliau berkata sungguhpun harga minyak dan barangan sudah naik di negara ini, ia masih lagi yang terendah di Asia.

Baca laporan penuh di sini...

Sementara bagi pihak-pihak pengikut bontot Pak Lah yang juga kemungkinan besar kaki ampu Pak Lah turut memberi alasan yang serupa di dalam kenyataan-kenyataan mereka yang kononnya mahu meredakan rakyat.

Petikan sebahagian kenyataan lain...

Penasihat Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk Hamdan Adnan sudah menjangka kenaikan harga minyak petrol dan diesel akan berlaku rentetan kenaikan harga barang keperluan sebelum pilihan raya awal tahun ini.

Apa yang penting sekarang ini pengguna perlu menerima hakikat sebenar kenaikan harga baru minyak walaupun ia merupakan masalah global, tetapi ia masih baik berbanding dengan negara-negara membangun yang lain.

Baca laporan penuh di sini...

Sesetengah alasan lain pula telah begitu popular menjadi ejekan parti lawan terhadap kerajaan sejak zaman berzaman lagi. Kata mereka Barisan Nasional (BN) yang sinonim dimaknakan sebagai Barang Naik (BN). Ertikata "barang" di sini banyak juga maksud lain yang tersirat yang sengaja disiratkan oleh golongan pemimpin "berotak biru" tertentu.

Bila ditempelak parti lawan maka ada golongan pemimpin "ala-ala lucah BN" menjawab, katanya "eloklah barang naik daripada langsung tak naik" nanti isteri pun lari keluar pintu belakang. Ada sesetengah yang "eksterimis pada kelucahan" pula menjawab, baguslah "barang naik" boleh menjadi penawar kepada ramai "mak jan-mak jan" atau yang "solo-solo" sepi. Macam-macam maksud tersirat yang dijenaka-maksiatkan.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Samad pula menunjukkan sikap tidak peka kepada implikasi "mencadangkan larangan..." dan kemudiannya mudah "menarik balik larangan..." tanpa berfikir dengan lebih teliti soal subsidi kerajaan hanya untuk rakyat Malaysia sahaja sekalipun bernilai 5 sen.

Apakah nilai 30 sen seliter sebagai subsidi kerajaan yang diberikan kepada rakyat negara ini tidak perlu diambilkira oleh beliau? Kenapa mudah sangat menarik balik larangan menjual minyak petrol dan diesel kepada kenderaan jiran? Larangan itu patut dikekalkan dan pengusaha-pengusaha stesen minyak harus terus akur kepada arahan kerajaan.

Inilah pemikiran tanpa merujuk implikasi jangkamasa panjang. Yang naik terus naik tak turun-turun tetapi yang sepatutnya dinaikkan tak juga naik-naik seperti harga bekalan air mentah kepada Singapura yang masih juga lagi di tahap 3 sen per 1000 gelen sejak zaman 1927. Kata Tun Dr Mahathir, hanya lekat di celah gigi buat beli nasi lemak pun baru cuma dapat 3 biji sahaja.

Benarlah DS Abdullah amat takut dan tunduk kepada Singapura sebab itulah beliau tidak mahu mengkaji semula meskipun setelah diasak teruk dengan ke"samseng"an negara jiran itu. Takut yang tidak bertempat sehingga turun kepada anak-anak buahnya yang turut takut bersuara kepada beliau.

Yang tergadai itu, sudah pun tergadai. Yang bakal tergadai pun sedang menunggu masa sahaja. Tak tahulah pula jika apa yang tergadai itu mengenyangkan Pak Lah seisi keluarga dan kroni-kroni semua. Sama-samalah rakyat semua siasat sebelum BPR diarahkan menyiasat.

Pemuda Pelapis: Nak tanya Pak Lah sikit, Pak Lah terus naik ke turun? Ada makna dalam makna. Walau macam mana pun tetap tak boleh lawan "Tun Dr M yang sememangnya POWER segala POWER".

0 Responses