Apakah 3M itu? Lupakah kita dulu-dulu di zaman Tun Dr Mahathir menerajui kepimpinan negara beliau pernah melancarkan satu kempen yang diberi nama 3M iaitu Mendengar, Menulis dan Membaca. Kejayaan daripada kempen itu sehingga ke hari ini amatlah jelas sekali. Ramai juga golongan tua yang buta huruf pada asalnya telah berjaya digarab melalui konsep mendengar sehingga pandai menulis dan membaca.
Generasi rakyat yang lahir daripada kesinambungan pentadbiran Tun dulu adalah golongan yang lebih peka dan prihatin terhadap apa jua perkembangan semasa. Boleh dibanggakan kerana penerapan nilai-nilai 3M itu telah banyak memberi kesan yang positif kepada majoriti rakyat berbilang kaum pada hari ini. Maka tidaklah sia-sia kempen itu dilancarkan dahulu. Itulah pemimpin yang layak dimartabatkan sebagai pemimpin "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang" sebenarnya kerana Tun berpandangan jauh di dalam apa jua usaha-usahanya. Tiada yang tidak berjaya dilakukan Tun malahan semuanya menepati kejayaan.
Bunyinya begitu mudah 3M sahaja, seolah-olah tiada membawa apa-apa makna pun tetapi kesannya amatlah hebat sekali. Hasilnya hari ini rakyat berbilang kaum tidak kira apa jantina, bangsa dan agama, baik tua mahupun muda semuanya peka terhadap segala perkara dan tidak mudah diperbodoh-bodohkan atau diperdaya oleh pemimpin pemusnah. Cerdik pandai kian melata di bumi Malaysia pada hari ini dan sebab itulah rakyat bangkit memberi satu pengajaran dan tamparan yang cukup hebat kepada kerajaan pimpinan DS Abdullah pada PRU12 yang lalu.
Apakah isyarat pengajaran pada 8 Mac 2008 itu masih tetap tidak mahu diendahkan oleh DS Abdullah serta barisan kepimpinannya sehingga ke saat ini? Jika begitulah hajat di hati DS Abdullah untuk terus berdegil dan masih berangan-angan untuk terus bertakhta maka tidaklah salah untuk rakyat melabelkan beliau sebagai pemimpin yang tamak haloba dan gila kuasa yang hanya tahu Mengaut untung, Menipu rakyat dan Merompak harta negara. Itulah agaknya istilah 3M di sudut penjenamaan semula dan pandangan DS Abdullah. Selain daripada itu beliau juga seorang pemimpin yang Malas, selalu Mengantuk dan suka Mimpi di siang hari kerana masih menganggap rakyat terus menyokongnya walhal sangkaan beliau itu jauh meleset.
Kalau dibandingkan DS Abdullah dengan Tun Dr Mahathir amatlah jauh "panggang dengan api" atau bagaikan "langit dengan bumi" perbezaannya. Jika Mahathir Memajukan Malaysia Abdullah pula Makhluk Memusnahkan Malaysia.
Oleh itu DS Abdullah haruslah sedar diri bagaimana beliau dapat bertapak di jawatan PM jika tidak diberi laluan oleh Tun Dr Mahathir. Dari sudut kewibawaan dan kecemerlangan langsung tiada pada DS Abdullah cuma takdir sahaja yang menyebelahi beliau. Maka itu apabila sudah diberi rasa dan nikmat, berpada-padalah jangan sampai mengundang seluruh rakyat bangkit bertindak secara kekerasan. Jangan sekali-kali lupa rakyat Malaysia semakin hari semakin cerdik dan tidak kurang pula yang semakin berani. Kini DS Abdullah bagaikan cacing kepanasan kerana adanya Mukhriz Mewarisi Mahathir yang terus mendesak supaya beliau segera berundur meskipun Mukhriz telah beberapa kali diancam dengan pelbagai tindakan namun anakanda Tun itu tetap tabah dan tenang menghadapi apa jua kemungkinan sepertimana ayahandanya juga.
Sebelumnya Mokhzani didesak meninggalkan SIC, Mukhriz diancam tindakan oleh parti dan Mahathir diserang dengan pelbagai isu-isu lapuk dan fitnah, nampaknya satu pun masih belum lut lagi. Andaikata DS Abdullah dan barisannya terus ego mahu berusaha menunjuk jaguh terhadap 3M anak-beranak ini nescaya buruklah padahnya. Abdullah harus mengukur baju di badan sendiri. Sekali penangan Tun Dr Mahathir, singgahnya bagaikan petir. Berhati-hatilah!
ABDULLAH HARUS INGAT ASAL-USUL DIRI DAN KEMBALI KE PANGKAL JALAN.

Salam Pemuda..
Nice analogy...izinkan saya link kan blog anda ke blog saya
www.pilihananda08.blogspot.com
Salam kembali Desperado,
Terima kasih kerana sudi dan teruskan apa saja usaha menggulingkan Pak Lah dan barisan pengkhianatnya. Bagi saya tiada masalah.
Pemuda-pelapis;
gambar tu saya dapat atas ikhsan desperado. Dia yang tolong buatkan. Itulah hikmahnya kita berkawan walaupun tak sebulu dari segi pendapat. Jangan jadi macam politikus kita.
Template 3 row...saya ada tengok di pautan/links blog kudatrojan...website u buntu atau joomla..ada kat links kudatrojan.
Cuba tengok kot ada yang sesuai tak..
Salam....
kebetulan saya melayari internet dan kebetulan jugak saya ternampak blog saudara dicelah2 ribuan bloogger yg tersenarai...
Pertamanya saya bukan penyokong mana-mana pihak... saya bebas.. RAKYAT BERJIWA MERDEKA
Dan sepintas lalu saya dah membaca serba sedikit kandungan blog saudara dan perkiraan pertama yang terdetik di minda saya ialah saudara TERKONGKONG DAN DIKONGKONG dgn satu sindrom penyakit iaitu 'SOKONG MEMBAWA REBAH'.
Bukan apa saudara, seolah-olah anda menganggap yang hanya boleh memimpin dunia ini ialh Tun MAHAthir...MAHAthir..MAHAthir. Dan orang lain semuanya pemusnah, penipu, BODOH...Bahlul dan sebagainya....
Sepatutnya saudara tidak boleh menghukum orang lain tanpa kesahihan yang dah terbukti...jgn hanya pandai mengkritik kekurangan org lain berdasarkan permerhatian kita yg begitu terbatas,saudara kena selidik,teliti,bergaul dgn semua pihak.
Ingat saudara, jangan sekali-kali kita mencerca dan menghina keperibadian orang lain...sepatutnya kita kena muhasabah diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum kita mengkritik atau membuat cercaan yang bersifat memfitnah terhadap orang lain...
WASSALAM
www.cucumatsalleh.blogspot.com
Salam kembali Cucu MatSalleh,
Terima kasih kerana sudi singgah melayari laman blog Pemuda Pelapis. Saya terbuka menerima segala teguran atau kritikan asalkan ianya berhemah.
Dengan menganggap artikel penulisan saya sebagai satu cercaan atau bersifat memfitnah adalah pandangan yang silap. Saya kira saudara harus mentelaah daripada awal semua artikel-artikel yang ditulis oleh saya sebelumnya di blog ini maka barulah saudara boleh menilai dengan baik.
Memang kita harus menegur dengan baik dan sopan, adakalanya sedikit keras apabila tidak diambil peduli atau tidak diendahkan langsung sehinggalah kita harus bertindak dengan lebih keras dan pedas di dalam keadaan keterpaksaan demi memberi penekanan agar orang yang ditegur itu mampu tersentak dari lamunan.
Saya juga tidak terkongkong hanya dengan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad seorang tetapi asas perjuangan saya adalah jelas berpegang kepada HAK dan KEBENARAN semata-mata. Kita harus mengukur secara adil sebelum bersuara atau bertindak di mana kekuatan sesuatu itu haruslah diletakkan pada kecenderungan kebaikan seseorang pemimpin. Buat perbandingan berteraskan fakta kemanfaatan yang lebih daripada keburukan. Adalah amat jelas impaknya menyebelahi Tun Dr Mahathir dan tidak boleh dipertikaikan melainkan manusia yang tidak waras sahaja yang tidak nampak.
Contohnya, jika lebih daripada 50% ianya sudah memadai untuk dibuat penilaian tetapi sekiranya kurang daripada itu maka kewibawaan seseorang pemimpin itu amatlah lemah sekali sehingga menjejaskan majoriti rakyat berbilang kaum di Malaysia. Jejas yang bagaimana? Saya mohon saudara membuat sedikit homework dan selidiki dahulu 22 tahun di zaman Tun Dr Mahathir mentadbir dan bandingkan baru cuma 5 tahun DS Abdullah menerajui kerajaan. Bahagikan fakta kepada 2 bahagian iaitu kebaikan dan keburukan maka barulah saudara memperolehi jawapannya dengan tepat.
Selain daripada itu kita juga harus menilai berlandaskan kepada banyak fakta-fakta lain yang sahih untuk diambilkira. Dalam penulisan saya sebelumnya yang mungkin saudara belum lagi merujuknya, saya ada menekankan bahawa saya hanya bersuara terhadap apa yang saya tahu dan tidak akan bercakap apa yang saya tidak tahu. Saya menjelaskan sedikit panjang ini memandangkan saudara orang baru di blog ini. Untuk lebih mengenali siapa Pemuda Pelapis sebenarnya, luangkanlah sedikit masa merujuk semua artikel yang saya tuliskan sebelumnya daripada awal.
Apa pun saya sedia mendengar atau membaca sesiapa sahaja memberi pendapat secara terbuka kerana itu dari sudut persepsi masing-masing tetapi saya adalah tetap saya dengan pendirian saya tanpa goyah. Yang HAK adalah tetap HAK dan yang BATIL itu tetap BATIL. Saudara mungkin dengan cara saudara dan saya dengan ketrampilan saya sendiri. Hanya satu perkara sahaja yang dapat menukar pendirian saya iaitu apabila HAK dan KEBENARAN telah mula bertakhta dengan jelas dan terang.
Wassalam!