Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Jam 8:30 PM sebentar tadi (26 Jun 2008) saya baru pulang ke rumah dan 15 minit kemudiannya saya sambungkan komputer saya lalu mengakses ke blog Pemuda Pelapis. Terpinga-pinga saya melihat seseorang telah cuba mengakses blog ini dan sedang berusaha memadamkan gambar-gambar di atas tetapi sempat saya menukar "password" dan "signed-out" untuk menghentikan aktiviti pencerobohan itu.

Baru-baru ini semua orang tahu blog asal www.chedet.com milik Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah turut diceroboh sehingga beliau terpaksa menyediakan sebuah laman baru. Ini diyakini bukan kerja orang lain tetapi konco-konco Abdullah dan menantunya atau mungkin juga kroni-kroninya yang takut pada bayang-bayang sendiri. Tidak mustahil juga mungkin puak-puak penyokong "Najib and the gang" kerana kebelakangan ini ada beberapa topik yang menyentuh diri beliau telah saya paparkan. Mereka cukup takut dengan serangan media alternatif (blog) dalam keadaan sekarang untuk menjamin kedudukan politik mereka.

Oleh itu kepada seluruh rakan-rakan bloggers yang budiman, dinasihatkan agar anda sentiasa menukarkan "password" dari semasa ke semasa bagi mengelakkan aktiviti-aktiviti pengkhianatan seperti ini. Apa pun kepada seluruh penyokong-penyokong setia Tun Dr Mahathir yang menentang keras pengkhianatan Abdullah sekeluarga dan kroni-kroninya, teruskan usaha anda menyebarkan maklumat ini dan jangan sekali-kali gentar untuk terus menulis apa sahaja. Pergi jahanam dengan mereka! Sedaya-upaya mereka cuba berusaha menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara.

Dengan kejadian demi kejadian kebelakangan ini saya menyeru agar Tun Dr Mahathir segera membongkarkan segala-gala salahlaku pucuk pimpinan serta seluruh barisan kepimpinan Abdullah dan Timbalannya Najib agar diketahui umum sebelum lebih banyak lagi usaha-usaha jahat yang cuba menyekat kumpulan Tun Dr Mahathir. Saya percaya senjata dan pelurunya terlalu banyak ada pada Tun maka sebab itulah mereka semua amat takut.

Sekian dimaklumkan, semoga Tun mempertimbangkan untuk menyiarkannya dengan lebih banyak lagi.

HIDUP TUN DR MAHATHIR!
HIDUP TUN DR MAHATHIR!
HIDUP TUN DR MAHATHIR!

5 Responses
  1. Ingatan yang bagus..terima kasih.

    Saya akan war-warkan juga.


  2. Desperado Says:

    Wow! this is very dangerous! macam mana you boleh perasan ada orang tengah akses blog you?

    www.pilihananda08.blogspot.com


  3. Saudara desperado...

    Ia berlaku secara kebetulan ketika mahu mengakses "setting" dan terlihat gambar hilang. Bila klik "refresh atau reload" 2 kali sekaligus dapat mengesahkan keadaan sebenar. Sebelumnya yang disangkakan masalah teknikal pada CPU itu rupanya telah cuba diceroboh sehingga fail-fail simpanan habis hilang. Mujurlah tiada apa-apa yang terlalu rahsia.

    Untuk itu semua rakan-rakan bloggers dinasihatkan sering-seringlah menukarkan "password" dari semasa ke semasa supaya tidak mudah diceroboh. Ini juga nasihat daripada pakar IT. Gabungkan "alphanumeric" agar tidak mudah dicuba atau dikesan oleh pakar-pakar penceroboh.


    Saudara harimau-menaip...

    Terima kasih membuka tajuk khas Satu Mati, Seribu Hidup! di blog saudara serta berhasrat "berkabung" selama 2 hari untuk tidak menulis bagi tujuan memanjangkan pemberitahuan agar topik itu berada di atas dan dibaca oleh semua pengunjung blog saudara.


  4. Wandy Says:

    Wow! memang hebat. Hebat 3M -Megampu Memuji Membodek. Jangan terlalu memuji & mengagungkan Tun Mahathir. Nanti orang kata saudara kena bayar. Cukuplah kita mengenang jasanya & menghargainya. kalau nak pujipun agak-agak le.
    Anyway, saya sokong Pak Lah perlu undur.


  5. Saudara Wandy,

    3M banyak maknanya. Mengampu... jauh sekali kerana apa untung saya mengampu Tun Dr Mahathir? Lebih baik saya mengampu DS Abdullah yang masih lagi berkuasa sudah tentulah boleh juga mengharapkan sesuatu daripadanya. Memuji... memang benar kerana dengan menjadikan seseorang yang cendekiawan dan banyak jasa sebagai idola adalah amat tepat sekali. Sekurang-kurangnya keINTELEKTUALan itu mampu kita teladani di mana ianya memberi banyak manfaat kepada diri kita serta generasi kita. Membodek... ini adalah adik-beradik atau mungkin sepupu kepada mengampu jugak. Tak jauh bezanya pun, masih dalam satu kelompok.

    Soal dibayar? Rasanya apa untung kepada Tun Dr Mahathir untuk membayar sesiapa sedangkan beliau kena "attack" teruk daripada pelbagai pihak pun dia masih mampu membela diri berlandaskan fakta-fakta sahih sehingga si pemfitnah memutarbelit menukar tuduhan satu demi satu. Tetapi jika DS Abdullah yang membayar individu-individu tertentu memang ada. Saya ada menerima ajakan supaya mentaati pemerintah di mana individu tersebut saya nilai sebagai pendusta agama kerana memutarbelit fakta agama dan hadis (untuk orang Islam). Sila rujuk RUANGAN KOMEN AM saya ada mengulas. Hanya KLIK papan tanda kuning dan masuk baca.

    Memuji agak-agak le itu betul pada sesetengah orang tetapi mungkin tidak betul pada sesetengah yang lain. Ia mungkin dinilai pada sudut ikhlas atau kepura-puraan. Tun Dr Mahathir memang sesuai serta layak dipuji rakyat kerana budi dan jasanya tidak terbalas oleh sesiapa. Dia telah membuktikan kewibawaannya secara jelas dan nyata. Negara maju dan membangun sementara rakyat memperolehi banyak manfaat sebaliknya DS Abdullah memusnahkan, menghancurkan, menipu, membohong, merompak, mengaut, memfitnah, menggadai dan macam-macam lagi kalau nak disebutkan kerana banyak fakta-fakta jelas yang mana kita semua tahu dan nampak.

    Apa pun pujian saya buat saudara Wandy kerana menyokong supaya DS Abdullah wajib berundur segera daripada terus menyusahkan rakyat dan negara.

    Yang terakhir, saya cuma mahu menasihati saudara agar lain kali jika mahu mengulas atau meninggalkan komen, harap masuk pada topik yang berkenaan. Untuk kali ini saya sedia memaafkan tetapi jika selalu-selalu buat silap mungkin komen yang tidak berkaitan dengan tajuk akan saya padamkan.

    Sekian, semoga berjumpa lagi dengan komen-komen yang jujur.