Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Salam bahagia dan selamat sejahtera kepada seluruh pengunjung blog Pemuda Pelapis yang saban hari menjenguk di laman ini khususnya kepada tetamu-tetamu setia yang tidak pernah jemu singgah di laman ini. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah sudi meluangkan masa di sini.

Juga terima kasih kepada pengirim-pengirim e-mel yang ada bertanya secara peribadi, ke mana saya menghilang kerana tidak nampak apa-apa topik baru yang dikemaskini di blog Pemuda Pelapis sejak sehari dua ini. Perjalanan saya agak jauh ke selatan dan juga ke utara semenanjung atas urusan-urusan perniagaan kerana perlu berusaha dengan lebih gigih disebabkan situasi semasa yang mendesak akibat kekangan ekonomi yang tidak diundang.

Kebelakangan ini, saya tidak berkesempatan mengemaskini blog Pemuda Pelapis bagi dimuatkan dengan artikel-artikel penulisan yang baru disebabkan kesuntukan masa dari pagi hingga ke lewat malam. Apa pun saya tetap mengikuti segala berita-berita dan isu-isu semasa melalui media arus perdana mahupun media alternatif baru (blog) di internet.

Jika mahu diulas rasanya sudah tentulah banyak topik-topik baru yang panas yang boleh ditulis. Namun demi masa saya telah membuat catatan semasa yang mungkin akan dirumuskan secara am dalam sedikit masa nanti setelah semua urusan penting dapat diselesaikan dengan seberapa segera dengan izin yang maha esa.

Untuk keadaan hari ini, saya mahu anda semua berfikir akan kewajaran tindakan yang perlu dilakukan oleh seluruh rakyat Malaysia terhadap kerajaan pimpinan DS Abdullah dan DS Najib yang telah banyak membebankan rakyat dan amat mengecewakan.

Rujuklah beberapa topik terakhir yang saya tulis dan renungkan sejenak sambil berfikir terhadap apa yang saya sarankan tersebut jika kita semua mahukan sesuatu perubahan yang lebih drastik. Suara tanpa tindakan tidak membawa apa-apa kemajuan dan tidak akan sampai ke mana-mana. Selagi kita berdiam diri, selagi itulah kita tetap duduk di takuk lama sampai bila-bila selagi tidak memberi impak balas terhadap kerajaan hari ini.

Andaikata jika ianya mampu dilakukan segera untuk sekali sahaja, nescaya sampai bila-bila kerajaan pimpinan sesiapa pun tidak mungkin akan melupainya. Kesannya amatlah hebat jika majoriti rakyat bergabung dan bersatu hati melaksanakan tindakan itu. Apa kata mulakan percubaan dengan hanya satu jabatan yang paling penting (frontline) bagi negara iaitu Jabatan Imigresen Malaysia dahulu. Mogoklah dan tengoklah kesannya apa yang bakal terjadi.

Berfikirlah! Bersatulah! Bertindaklah! Selamat maju jaya!

2 Responses
  1. Didoakan saudara berjaya dalam perniagaan saudara.


  2. Salam! Terima kasih atas doa yang diiringi.

    Semoga saudara juga telah sihat seperti sediakala.