Saya percaya isu kenaikan harga minyak 40% adalah punca utama kenaikan segala harga barang-barang keperluan harian. Boleh dikatakan majoriti rakyat tanpa mengira golongan pendapatan mana pun pasti terasa ianya amatlah membebankan. Daripada keseluruhannya, yang mungkin tidak terlalu terasa kemungkinan golongan berada dan korporat yang sering boros berbelanja (kerana terdedah dengan lubuk-lubuk buat duit) atau jenis golongan yang tidak berapa kisah.
Bagi PM, TPM, semua Menteri dan Timbalan Menteri adalah dipercayai mereka tidak mungkin terasa beban dengan situasi yang berlaku kerana mereka tidak rugi apa-apa pun. Masing-masing mempunyai elaun tetap, elaun perjalanan, elaun keraian, elaun lain-lain dan mungkin juga tuntutan-tuntutan elaun yang direka-reka bagi memperolehi pendapatan tambahan yang tidak mungkin dihalusi. Apa yang dituntut selalunya tidak dipertikaikan pun sebaliknya diluluskan sahaja untuk pembayaran.
Maka dengan pemotongan 10% elaun keraian (sebahagian kecil daripada elaun tetap sahaja) yang diumumkan oleh PM tempohari sebenarnya satu gimik dan pembohongan kepada rakyat sahaja. Untuk mencukupkan semula sejumlah 10% itu atau mungkin lebih lagi, akan timbul pula elaun-elaun rekaan lain yang tidak mustahil diada-adakan tanpa diketahui rakyat. Sesiapa yang pernah duduk menjawat atau sedang berada di sektor kerajaan pasti memahami perkara ini khususnya jika anda bertugas di bahagian pentadbiran dan kewangan.
Saya bercakap berpandukan pengalaman diri sendiri dari apa yang pernah saya lalui sebagai bekas kakitangan awam pada suatu masa dahulu (di bhg pentadbiran dan kewangan). Pegawai-pegawai bawahan (ikan bilis) nak menuntut elaun perjalanan dan apa-apa sahaja elaun meskipun benar, bermacam-macam kerenah terpaksa dilalui dan mungkin dipanggil untuk ditemuduga oleh ketua jabatan sehingga membawa kepada siasatan terperinci tetapi bagi pegawai-pegawai tinggi (jerung) selalunya amat mudah sekali diluluskan.
Malahan tuntutan-tuntutan elaun yang tidak benar pun tidak akan dihalusi sebagaimana pegawai-pegawai "ikan bilis" di mana-mana jabatan kerajaan pun. Janganlah ada yang tidak mahu mengakui kebenaran ini. Kepada mereka yang turut melalui pengalaman yang serupa, inilah masanya kita patut tampil mendedahkan kebenaran penyelewengan supaya seluruh rakyat memahami keadaan sebenar. Sama-samalah kita semua menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara di dalam mencari berkat kehidupan.
Bayangkanlah pada zaman tersebut, jumlah pegawai dan kakitangan awam baru cuma 800 ribu orang sahaja dan kini sudah mencecah 1.2 juta orang. Anda sendiri boleh mencongak dengan kira-kira "campur-tolak-kali-bahagi" berapa banyakkah kewangan rakyat telah dibazirkan oleh sektor kerajaan untuk pembayaran elaun sahaja jika hanya setiap seorang membuat tuntutan elaun palsu pada kadar RM1,000 hingga RM2,000 seorang setiap bulan?
Katakan hanya 30% daripada sejumlah 800 ribu itu adalah pegawai tinggi kerajaan, bersamaan 240 ribu orang. Jumlahnya RM240 Juta hingga RM480 Juta sebulan atau melebihi RM2.8 Bilion hingga RM5.7 Bilion setahun telah dirompak dengan cara yang licik. Hakikat sebenarnya adalah lebih daripada itu. Tapi adakah ini semua benar-benar dihalusi dan diperhatikan? Tidakkah BPR benar-benar arif tentang situasi ini? Jika ada yang tertangkap pun, berapa kerat sangat?
Cuba anda buat kira-kira sendiri dengan pertambahan pegawai dan kakitangan awam pada keadaan semasa hari ini. Sudah tentulah jumlahnya berkali ganda besarnya penyelewengan wang rakyat. Alangkah bagusnya wang-wang penyelewengan ini diagihkan kepada golongan miskin untuk membantu kehidupan mereka dan memberi pelajaran yang sempurna kepada anak-anak golongan miskin yang benar-benar memerlukan. Wang penyelewengan ini jika dapat diselamatkan, sebenarnya mampu untuk menangani masalah kemiskinan tegar di negara kita yang sepatutnya sudah lama dapat dibasmikan.
Rasionalnya dengan keadaan ini, secara tidak langsung bakal menjuruskan lebih banyak kegiatan penyelewengan wang rakyat oleh pegawai dan kakitangan kerajaan. Di samping itu, saya juga percaya bahawa dengan kekangan ekonomi yang melampau ini masalah jenayah akan bertambah dari hari ke hari akibat desakan kehidupan. Sejak peralihan kuasa daripada Tun Dr Mahathir kepada DS Abdullah dan Timbalannya DS Najib, rakyat nampak jelas kegiatan jenayah semakin menjadi-jadi di negara kita kerana kemasukan pendatang tanpa izin tidak terkawal dengan baik dan tiadanya langkah yang lebih praktikal diambil ke arah menanganinya. Kesimpulannya, Abdullah dan Najib bukanlah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyat dan negara tetapi lebih mementingkan temolok sendiri sahaja.
Kepada seluruh pemimpin yang ada, anda dinasihatkan turun ke padang mendapatkan maklumat daripada rakyat. Rata-rata akan menjawab bahawa jenayah akan bertambah dengan keadaan ekonomi pada hari ini. Yang selama ini tidak pandai mencuri akan mula mencuri dan merompak, yang tidak pernah menipu wang orang akan pandai menipu kerana keperluan desakan hidup meskipun ada di antaranya tidak berniat untuk berbuat demikian. Adakah dosa-dosa mereka itu sudi ditanggung oleh Abdullah dan Najib?
Jika sekiranya tidak dipantau dengan baik oleh kerajaan atau tidak mahu dipertimbangankan semula secara lebih wajar oleh pucuk kepimpinan hari ini, nescaya masalah besar akan kian bertambah dari semasa ke semasa dan gejala-gejala buruk akan terus berleluasa sehingga menyukarkan pengawalan di kemudian hari nanti.
Subsidi Minyak Untuk Rakyat Dengan Pelaksanaan 2 Pam
Baru-baru ini DS Najib bercakap soal subsidi minyak kepada rakyat yang tidak harus dibiarkan untuk dinikmati oleh kenderaan-kenderaan jiran seperti Thailand dan Singapura dengan mencadangkan pelaksanaan 2 pam minyak berbeza di semua stesen-stesen minyak di seluruh negara khususnya di kawasan-kawasan berhampiran sempadan. Itupun setelah diharuk dan diasak teruk oleh rakyat berbilang kaum. Jika tidak, idea ini tak mungkin akan ditimbulkan oleh beliau.
Cuma di sini, saya merasakan buah fikiran Najib itu amatlah bodoh dan dangkal sekali sebagai seorang yang menjawat jawatan TPM iaitu pemimpin kedua tertinggi negara jika hanya berlandaskan nombor plat kenderaan semata-mata. Penipuan tetap akan berlaku sepertimana yang dituliskan oleh sahabat-sahabat bloggers yang ada saya terbaca. Sepatutnya Najib kena mengesyorkan kepada semua pemilik stesen minyak supaya mengemukakan MyKad serentak dengan nombor plat kenderaan bagi mengesahkan identiti sebenar. Sekadar MyKad ianya belum memadai.
Di sini pun ianya masih boleh dipertikaikan lagi kerana mungkin ada rakyat Malaysia di negeri-negeri sempadan menggunakan kenderaan bernombor plat asing khususnya Thailand kerana harga, cukai dan penyelenggaraannya masih murah. Saya menimbulkannya kerana saya ada beberapa kenalan yang menggunakan kenderaan yang didaftarkan di negara jiran Thailand dan Singapura. Bagaimana pula keadaannya?
Jika MyKad juga tidak boleh menyelesaikan masalah ini, apakah kaedah terbaik yang harus dilaksanakan? Sebab itulah sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan cadangan, fikirkanlah masak-masak terlebih dahulu. Hajat di hati bukan main besar mahu naik menjadi PM menggantikan Abdullah tetapi otak masih berpemikiran korup mengalahkan budak-budak nakal yang tidak berpelajaran.
Carilah jalan penyelesaian terbaik yang lebih konkrit. Jika Najib pening nak menyelesaikannya, sila email Pemuda Pelapis kerana saya mempunyai beberapa idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Janganlah buat-buat malu nak menghubungi saya untuk perkara-perkara yang bermanfaat. Kalau terus nak tunjuk ego dalam kebodohan, takkan sampai ke mana pun.