Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Alasan kenapa DS Anwar terpaksa bersembunyi dan meminta dilindungi di Kedutaan Turki kononnya beliau dikatakan menerima ancaman bunuh oleh pembunuh upahan yang diaturkan pihak-pihak tertentu. Benarkah dakwaan ini atau satu tanggapan kosong semata-mata yang hanya khayalan DS Anwar sahaja? Kalau benar siapa yang bersungguh-sungguh sangat nak bunuh DS Anwar ni?

Kepoh satu negara memukul gendang, lebih-lebih lagi di blog pemimpin PR serta penyokong PR. Diberitakan konon pembunuh upahan telah masuk ke negara ini untuk bertindak ke atas DS Anwar. Macam-macam cerita dan macam-macam helah baik di barisan PR mahupun kerajaan yang memerintah. Huru-hara dan bercelaru dibuatnya. Banyak sungguh bala dan malapetaka di zaman pentadbiran DS Abdullah.

Pada pandangan saya, jika betul DS Anwar mahu dibunuh dah lama pun beliau duduk 6 kaki bawah tanah. Bukanlah sekarang masanya pun. Banyak lagi waktu-waktu lain di mana beliau sedang leka ke hulu dan ke hilir. Apakah bodoh sangat pakatan pembunuh memberitahu kepada orang yang hendak dibunuhnya? Anwar! Aku nak bunuh kamu. Aku dah "hire" pembunuh upahan. Siaplah kamu! Baik kamu cari tempat perlindungan! Begitu ke bunyinya? Oh ye ke? Sebab itulah agaknya dia menyorok di Kedutaan Turki?

Ini lawak jenaka atau apa? Apa sebenarnya yang cuba didalangi lagi oleh DS Anwar, ahli-ahli keluarganya dan konco-konconya? Rasanya dah tak ada suara garau lagi dah saya nak ketawa terbahak-bahak. Cukup-cukuplah buat lawak bodoh! Semua orang dah bosan... Carilah publisiti secara lebih profesional sikit. Biarlah nampak diri tu lebih mahal. Ini betul-betul "cokiau" punya gaya pemimpin tapi bercita-cita tinggi nak jadi PM. Hentikanlah!

Tapi sungguh pun kita kata dia buat lawak bodoh, yang hairannya ada jugak pemimpin bengap dari kelompok Umno/BN bagi respon. Yang hendak dilayan sangat tu kenapa? Kalau masing-masing nak sangat berlakon menipu rakyat, pergilah jumpa pengarah drama/filem mohon jadi aktor dan hentikan saja berpolitik bodoh. Kiri kanan semuanya hanya tahu membuang masa rakyat tak sudah-sudah.

Benarkah menggegarkan?

Dalam masa yang sama beliau tetap lantang juga menjawab tohmahan kes liwat di samping menyuarakan hasrat beliau tetap akan bertanding pada pilihanraya kecil nanti dan turut meyakinkan rakyat kononnya 4 Ahli Parlimen BN akan keluar meninggalkan BN dan masuk ke kelompok PR. Eh...! Eh...! betul ke ni pun? Tak sudah-sudah duduk kelentong rakyat. Sampai bila...? Sampai mati kena bunuh ke pun...? Yang lepas-lepas duduk kata soal lompat parti tak jugak berlaku. Dah banyak kali dah...

Rasionalnya di sini jika mahu difikirkan, tak ada sesiapa pun yang nak bunuh DS Anwar. Itu semua rekaan atau hanya khabar-khabar angin lalu sahaja. Kalau betul ada, masa dia berdiri keluar kepala dari bumbung kereta SUV dia naik tu dah meletup dah dua tiga das tembakan macam Allahyarahamah Benazir Bhutto di Pakistan kena dulu. Semua orang tolong bukalah sikit mata dan minda. Jangan mudah percaya perkara karut-marut yang bukan-bukan. DS Anwar dan keluarganya ni sakit jiwa ke apa?

PKR: Parti Kelentong Rakyat

5 Responses
  1. Desperado Says:

    Kita edit lagi sikit

    PKR

    Punggung
    Kena
    Robek

    apa-apa jela...


  2. redbox Says:

    salam semua..

    memang terencat otak semua org..dah la politik melayu tgh kucar kacir..tetiba dtg pulak kes liwat anwar..

    dkm kes ni aku merayau2 kat dlm internet , bg fresh balik otak aku time drama 97/98..homework dr merata alam maya ni..

    ok..aku rasa utk die hard fan anwar mesti diorg kata BN, najib or pak lah yg buat semua ni pasal nak jtuhkan politik anwar yg nak rampas kuasa september ni.

    kat sini kita mesti fikir dgn seluas2 nya..perlu diingat anwar politician yg sgt opportunist.. mana tak nya dgn ulamak2 negara lain pun dia rapat apatah lagi dgn pemimpin amerika dan israel..sampai boleh puji2 bagai nak rak dalam paper diorg..bayangkan lah.."ape ke hei nye?"

    katalah najib punya konspirasi..najib pooon tau dia bukannya disukai sgt oleh org2 melayu skrg ni dek penakootnya dia dgn pak lah..so apa pasal dia nak sibuk2 nak jadikan diri dia sebagai objek kebencian? lagi lah susah utk dia survive..

    dlm kes najib samalah juga dgn BN n pak lah..diorg semua takkan jadik sebodoh tu utk jerut leher masing2 masa ni..

    tapi lain lah kalau anwar sendiri yg terbitkan konspirasi ni..

    cam ne yg kita tau..bau2 anwar jadik proxy yahudi n amerika mmg jelas lagi nyata skrg..based on homework yg aku buat anwar ni mmg berkuasa tapi dek kerana pendedahan2 ni..ramai org yg dah beralih pandangan dr tok nuar ni..

    jadi jalan dia menuju ke SINGGAHSANA putrajaya tak lah begitu senang..

    dia kan mmg teramat sgt nak jadik PM..ye lah smpai setuju nak merdekakan sabah n bagi pada filipina..ajak YB2 BN lompat parti...dgn bongkaknya dia kata dia akan jadik PM september ni..

    aku tgk ramai yg sokong n ramai yg betul2 rasa jelak dgn anwar ni..jadi utk alihkan pandangan dan nak tarik perhatian utk sokong dia balik dia pooon buat lah cerita baru..

    agak2 nya kan di adaptasi dr cerita telenovela spanyol dan sinetron indonesia..mix kan jadik lah cerita novela lawak karton anwar.

    kenapa aku kata lawak karton? kita amik crita skrg. dia kan kata ejen perisik kata ada org nak bunuh dia..maka larilah dia berlindung di kedutaan turki..

    alah2 nuar..aku nak muntah lah..crita basik wei..kita tgk pulak balik time drama 97/98..dia kata dgn hebatnya dia diracun dgn arsenik dan diracun dgn HIV...wah2 boleh pulak dia hidoooppp sampai skrg siap kempen2 dgn meriahnya masa PRU12..

    perlu kita igt gak..masa dia buat rawatan kat singapore..doctor dah sahkan dia tak dek mengalami apa2 keracunan..azizah masa tu bukan main bersyukur..

    tapi kita kena igt balik mcmana pihak wan azizah gembar gemburkan cerita keracunan arsenik dan HIV ni..sedap bukan main dia bawak fitnah sana sini

    kalau betooooollll..dah mati dah si nuar tu..tak sempat nak kempen pru12..

    mmg nyata anwar ni proxy yahudi..so..apa lah sgt dgn duit..dia boleh tadah tgn dgn pertubuhan israel n US tu..NED n the gang..

    hari ni aku baca brita dia nak saman macam2 kat budak saiful tu..

    ye lah anwar sgt yakin..kenapa dia yakin..sbb kali ni mmg dia tak buat..mmg tak salah..tapi apa yg berlaku dia suruh lah budak saiful tu buat angkara..buat tuduhan...

    nanti bila dia menang kes budak saiful tu kena baya saman..tapi mana budak tu dapat duit baya saman? senang jek..anwar lah bagi..sapa pulak bagi?? anwar dpt duit dr israel, us n the gang..

    jadi tak susah lah budak saiful ni nak baya saman..kuang2

    oh ya..menurut komen yg ada dlm blog ni "tapi pelik kan SM,dalam paper beritau Saiful report dia diliwat pd 26 Jun 2008, sedangkan ketika itu 25 Jun 2008 Anwar masih di Madinah...
    Saiful-Saiful-Saiful.....
    shazra | 06.30.08 - 3:37 pm "

    ha nampak sgt lah..alibi utk anwar sgt bagus..secerah matahari..

    bila anwar menang kes..dia pun dgn suka hati tunjukkan pd semua dia org suci bukan aljuburi spti label yg diberi oleh seorang pemimpin pas..

    maka senang lah dia nak jadi PM BONEKA malaysia..tak pon..dia balik pada UMNO, jadik PM dgn lebih senang aman makmur..tak dek halangan..ye lah diri dah bersih tak dek org boleh tolak dia masuk ahli dan dia pon bleh kata pemecatan dia tak sah oleh tok det..

    maka tu lah lawak otromen oleh anwar..

    p/s : kita perlu ingat macmana anwar lepas..ada sumber kata pak lah lepaskan dia sbb kena ugut dgn US sbb hal kamaludin pasal ecm libra..pak lah yg dah terjerut leher tu terpaksalah kata "ya" kalau dilihat sgt logik..sbb masa tu pak lah gi US..n kita pun tau hal2 ecm libra n scomi kan..

    perlu jugak tgk apa wan azizah kata..lebih kurang bunyiknya..dia tak percaya dgn kehakiman malaysia..tu sampai menyorok kat kedutaan turki..

    cuba fikir..maka nyatalah azizah mengiyakan satu fakta..dia tau laki dia bukan dilepaskan sbb tak bersalah tapi disebabkan oleh ugutan US pd pak lah yg tak berdaya lemah longlai tu..

    ha ..betul lah sistem kehakiman tak leh dipercayai kerana wan azizah n nuar sendiri yg main2 kan sistem kehakiman dgn guna US uk lepaskan anwar..

    perlu ingat jugak apa kata hakim2..hakim kata anwar lepas sbb maslah teknikal tapi ke tiga2 hakim percaya bahawa anwar adalah seorang peliwat..

    sudah2 lah tu..kita sepatutnya tumpu utk betulkan ekonomi malaysia skrg ni bukannya dgn lawak otromen anwar tu..

    anwar kan mmg terkenal dgn pidato2 nya ..sapa tak fikir lebih mendalam dia lah tersesat dgn kata2 mamat tu..


  3. Salam kembali saudara red,

    Terima kasih banyak2 atas hujah saudara yang panjang berjela tu. Dalam pada saya terpaksa berjaga malam ini kerana menyediakan sebuah blog peralihan baru (akibat blog ini kadang-kadang sedikit bermasalah kerana terus cuba diganggu) yang akan disiarkan nanti, saya terlihat topik ini disinggahi satu komen baru lalu saya berhenti membaca seketika.

    Syabas! saudara red... anda kata anda telah buat sedikit "homework" sebelum melepaskan komen di sini. Saya menerima baik komen saudara di antara komen-komen yang pernah saya terima sebelumnya pada lain-lain topik. Saya memuji "homework" yang telah saudara buat untuk dikongsikan dengan semua pengunjung blog Pemuda Pelapis. Memang bernas dan menarik perhatian pembaca yang masih kabur dan juga terus dikelirukan dengan pelbagai WAYANG KULIT dan MAKYONG permainan tradisi lama yang tak berkesudahan.

    Teruskan usaha saudara membuat lebih banyak lagi "homework" agar dapat kita kongsikan bersama bagi dimanfaatkan oleh semua pencinta agama, bangsa dan negara seperti kita. Demi HAK dan KEBENARAN marilah sama-sama kita perjuangkannya bermati-matian. Biar putih tulang, jangan putih mata. Semua pemimpin-pemimpin pengkhianat tidak kira daripada kerajaan mahupun pembangkang wajib kita gulingkan dengan apa cara sekali pun tanpa rasa goyah.

    BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH.

    Ingatlah bahawasanya kekuatan negara sebenarnya berada di tangan rakyat untuk hanya menggulingkan barisan kepimpinan di kedua-dua pihak hanya beberapa kerat sahaja jika dibandingkan sejumlah besar rakyat yang puluhan juta.

    Sama-samalah kita berganding bahu menggembeling tenaga dan minda memerangi seluruh pemimpin pengkhianat daripada terus "BERTAKHTA DI MATA, BERAJA DI HATI".

    Kumpulkan lebih banyak fakta-fakta dan kongsikan bersama.

    Wassalam!


  4. Salam Perjuangan,

    Bro aku baru dapat artikel berkaitan pengesahan pemeriksaan pada mangsa liwat Anwar di HKL...

    Sah dia (mohd saiful) diliwat Anwar. Kesian mamat tu patut frust giler idolanya rupanya benar seperti tomahan org... pehhh

    layari blog...
    http://www.idealismalaysia.blogspot.com

    moga dapat saling bertukar pandangan n pendapat

    Salam Perjuangan


  5. Salam kepada penulis blog Idealis Malaysia (Salam Perjuangan),

    Terima kasih di atas penyampaian maklumat terkini. Saya telah merujuk artikel saudara di blog saudara dan akan memautkan pengulasan terbaru saya kepada artikel-artikel tersebut bagi dapat dibaca ramai untuk dinilaikan bersama berlandaskan beberapa sudut pandangan rakyat berbilang kaum khususnya daripada alim-ulamak negara kita terutamanya pihak PAS yang bersekongkol dengan DS Anwar selama ini.

    Apa pun saya tidak mahu menilai secara terburu-buru mengikut keghairahan nafsu sebagaimana DS Anwar yang lebih mementingkan NAFSU GILA BABI itu. Kes lama tahun 1998 memang sahih saya tahu tapi yang terkini berlaku, saya masih lagi mengumpulkan banyak maklumat dan fakta sebelum dibuat ulasan menyeluruh yang muktamad terhadap DS Anwar.

    Yang HAK TETAP HAK dan yang BATIL TETAP BATIL. Sama-samalah kita tunggu banyak lagi bukti siasatan yang akan diumumkan oleh pihak berkuasa. Kita juga harus adil untuk memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

    Sepertimana sebelumnya saya ada sebutkan, umat Islam sejati diharuskan bersolat Istikharah sekerap mungkin untuk mendapatkan petunjuk lebih tepat daripada Allah swt. Itu memang sah tak boleh nak lari walau menyorok ceruk mana pun. Jika benar DS Anwar bersalah maka sahlah beliau bukan umat Rasulullah saw dan amat dimurkai Allah swt. Nescaya bala dan malapetaka lebih besar dan dahsyat bakal menimpa diri beliau sekeluarga tanpa syak.

    Buat masa ni tak boleh lagi nak katakan YA atau pun TIDAK kerana kita juga harus ingat gelagat 2 BUDAK JAHAT iaitu Ezam dan Khairy yang mungkin ada konspirasi nak menyelamatkan Dolah Bodohwi dengan mencipta apa-apa sahaja kemungkinan. Apa mereka nak takut undang-undang... bukan ke undang-undang negara BAPAK MERTUA dia yang pegang? Kat N9 pun dia pegang 4 Undang Luak. Politik Malaysia sebenarnya dah banyak tercemar.

    Sebagai penutup komen ini, apa pun saya memang faham selama ini perlakuan luar tabii itu memang satu kegemaran DS Anwar dan sebab itulah beliau "bisexual". Ikut kata Melayu saya sebut sebagai 2 HALA atau jenis spesis yang minat kedua-dua ekzos. Masya'Allah! Na'uzubillah!