Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Semalam DS Najib mengumumkan ganjaran hadiah Sukan Olimpik kepada ahli-ahli sukan negara. Kata beliau, mana-mana ahli sukan yang berjaya memperolehi pingat emas akan diberikan ganjaran sejumlah RM1,000,000 tunai (RM1 Juta), bagi pingat perak ganjarannya RM300,000 tunai, manakala bagi pingat gangsa pula ganjarannya tetap ada sejumlah RM100,000 tunai.

Begitulah hebatnya kepimpinan hari ini akibat terlajak pandai atau sengaja buat-buat pandai kerana nak tunjuk ego diri masing-masing. Ini tentulah bukan idea Najib seorang tetapi ia melibatkan idea berkumpulan termasuklah Ismail Sabri Yaakob, Menteri Belia dan Sukan yang baru (yang paling dungu) bersama DS Abdullah dan kroni-kroninya yang lain.

Seimbas lalu mendengar kenyataan Najib malam tadi pun sudah cukup untuk menjadi bahan ketawa isteri dan anak-anak saya. Secara spontan anak kecil pun tahu menilai keadaan semasa ekonomi negara di kala rakyat menderita untuk hidup. Janganlah buat lawak keterlaluan kalau nak meraih kembali populariti sekalipun setelah mengumumkan beberapa keputusan yang tidak popular sebelum ini. Gunalah akal sikit secara lebih waras dan janganlah berfikir macam orang gila yang sudah hilang akal. Ini sajakah kredibiliti pemimpin kita yang ada?

Dalam situasi panas sekarang ini, rakyat tetap tidak akan nampak apa-apa kebaikan untuk dihargai selagi masalah semasa tidak bijak ditangani oleh pucuk pimpinan. Apa yang jelas, pengumuman Najib itu mengesahkan lagi kerajaan pimpinan Abdullah dan beliau begitu terdesak mahu meraih kembali sokongan rakyat secara mendadak tanpa mahu berfikir panjang akan risikonya. Mereka fikir mereka sudah cukup bijak di dalam membuat apa jua keputusan tetapi sebenarnya itu merupakan ganjaran bodoh kerajaan yang ada pada hari ini. Rasa-rasanya ini juga atas nasihat dan salah satu idea budak-budak terencat akal di tingkat 4.

Secara logik akal, ganjaran tersebut sama sekali tidak munasabah untuk diumumkan di dalam suasana semasa kerana banyak sebab-sebabnya. Di antara sebabnya adalah sepertimana pandangan ramai rakyat yang di e-melkan kepada Buletin Utama tadi yang mengatakan ganjaran itu adalah satu ganjaran yang keterlaluan.

Di samping itu juga, ianya adalah tidak adil kepada sesetengah golongan lain yang pernah menjulang dan memartabatkan negara sebelum ini. Pada ketika itu ekonomi negara dalam keadaan baik dan stabil di mana rakyat tidaklah terbeban seperti sekarang ini, kenapa tidak diberikan ganjaran sedemikian rupa? Kenapa di ketika inflasi ini di mana rakyat amat terbeban, kerajaan mengumumkan ganjaran setinggi itu? Bodoh atau cerdik namanya tu? Sendiri jawablah!

Nampaknya begitu jelas dan ketara betapa biolnya barisan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Jika terus dibiarkan puak-puak "mala'un" ini mentadbir negara, habislah punah dan hancur segala-galanya. Tak habis-habis berfikir guna kepala lutut!

NAJIB dinasihatkan BALIK KAMPUNG tanam jagung. HENTIKANLAH niat NAK JADI PM selepas Abdullah. Perkara remeh pun tak reti nak guna akal.

0 Responses