Salam hormat dan selamat sejahtera kepada seluruh sahabat-sahabat bloggers dan pengunjung blog Pemuda Pelapis.
Saya ingin mengajak anda semua sama-sama merenung dan menilai dengan penuh kematangan dan positif isu semasa penindasan terhadap Tun Dr Mahathir yang merupakan satu kesilapan besar di mana ianya pasti menggugat perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia kerana pengaruh Tun Dr Mahathir amatlah besar sekali, bahkan jauh lebih besar daripada pengaruh pucuk pimpinan negara hari ini. Meneruskan usaha-usaha jahat penindasan terhadap Tun bermakna kerajaan pimpinan DS Abdullah Badawi memang sengaja mengundang kucar-kacir dan huru-hara yang lebih besar lagi. Jangan ingat rakyat hanya memandang sepi isu ini.
Menyingkap kembali di zaman kegemilangan Tun, sepertimana kita seluruh rakyat memahami bahawa Tun adalah seorang Negarawan (bekas Perdana Menteri ke-4) yang terlalu banyak budi dan jasanya kepada rakyat dan negara Malaysia. Segala usaha dan jasa-jasa Tun tidak terbalas oleh kita semua. Kepintaran beliau amat dihormati di mata dunia sehinggakan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Rusia, Britain dan Israel turut akur akan kehebatan Tun Dr Mahathir sebagai seorang pejuang tanahair yang amat berani dan pintar dalam sejarah kepimpinan negara Malaysia.
Beliau telah banyak membawa perubahan besar serta kemajuan bertaraf antarabangsa kepada Malaysia dengan memperkenalkan pelbagai dasar ekonomi, sosio-budaya dan sebagainya di sepanjang pemerintahan beliau selama 22 tahun mentadbir negara. Beliau merupakan seorang pemimpin agung yang ulung dan terbilang di peringkat antarabangsa serta dikagumi oleh pemimpin-pemimpin kuasa besar dunia.
Sejak tahun 1981-2003 beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, sesuatu yang mahu dilakukan beliau akan terlebih dahulu dikaji dan dirancang dengan penuh teliti dengan mengambilkira di segenap sudut risiko dan kebaikan sebelum melaksanakan sesuatu usaha dan agenda. Apabila didapati kecenderungannya lebih menepati ke arah segala aspek kebaikan maka barulah beliau memulakannya. Pemuda Pelapis adalah insan yang amat mengagumi kredibiliti Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir tidak pernah gopoh di dalam melakukan apa jua usaha pembangunan negara malahan beliau amat berhati-hati di dalam menentukan segala keputusan yang diambil. Kecekapan serta kepintaran beliau yang bijak mengimbangi pembangunan dan kemajuan negara tanpa mengabaikan kepentingan rakyat berbilang kaum telah terbukti kepada seluruh rakyat negara. Kelebihan dan keistimewaan yang ada pada diri Tun ini dilihat tidak ada pada pemimpin-pemimpin hari ini khususnya DS Abdullah Badawi yang terlalu lemah. Tun sentiasa mengotakan segala janji-janjinya terhadap rakyat.
Jika dinilai, saya berani meletakkannya sebagai "jauh langit dengan bumi" atau juga "jauh panggang dengan api". Begitulah perumpamaan yang paling ketara dan amat jelas sekali dapat dilihat. Pendekata, kepupayaan dan kemampuan Tun amatlah sukar ditandingi oleh mana-mana pemimpin lain dan tidak ada pun pada sesiapa.
Ini juga merupakan suatu anugerah Ilahi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad secara semulajadi. Keistimewaan yang ada pada diri Tun amat dicemburui oleh pemimpin-pemimpin pengganti seperti DS Abdullah Badawi, DS Najib Tun Razak, DS Hishammuddin Hussein, Tun Musa Hitam, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, DS Mohd Ali Rustam, Dato' Shahrir Samad serta beberapa lagi pemimpin-pemimpin kaki ampu yang lebih mementingkan diri sendiri untuk menyelamatkan kedudukan dan pangkat mereka semata-mata.
Hari ini, Tun begitu aktif menulis di blog beliau www.chedet.com disebabkan katanya, media arus perdana yang diperalatkan oleh kerajaan pimpinan DS Abdullah Badawi telah menyekat kebebasan media terhadap beliau. Beliau secara jelas dan terbuka dihalang untuk bersuara dengan pelbagai cubaan jahat yang menggagalkan beliau ke arah menyuarakan sebarang pandangan dan pendapat.
Kita sebagai rakyat juga tahu bahawa 14 majlis ucapan Tun telah dibatalkan oleh pihak kerajaan pimpinan DS Abdullah Badawi dengan menyalahgunakan kuasa untuk memperalatkan PDRM bagi bertindak menghalangnya seolah-olah ianya dianggap sebagai perhimpunan haram sedangkan rakyat semua tahu dan sedar ianya diadakan secara tertutup sekadar mahu berkongsi idea serta pandangan setelah kemelut politik yang melanda negara hari ini. Ahli-ahli Umno dan BN serta pemimpin-pemimpin kerajaan turut dihasut agar tidak menghadiri majlis-majlis di mana Tun Dr Mahathir diberitakan berucap.
Apakah sebab-sebab dan motif sebenar kerajaan pimpinan DS Abdullah Badawi bertindak sebegini melayan seorang bekas Perdana Menteri Malaysia? Inilah isu semasa yang harus kita sama-sama fikirkan dengan teliti bagi membongkar segala pengkhianatan kerajaan pimpinan DS Abdullah Badawi yang keterlaluan di dalam usaha menyekat kebebasan bersuara terhadap rakyat serta bekas-bekas pemimpin. Apakah benar kita berada di dalam sebuah negara merdeka yang dikatakan demokrasi? Fikir-fikirkanlah dan sama-samalah kita berjuang menentang pengkhianatan ini.
Namun begitu mujurlah hari ini teknologi zaman telah membuka peluang baru kepada seluruh masyarakat dunia dengan menjadikan laman web dan blog sebagai satu medium dan media alternatif di dalam menyampaikan segala info dan berkongsi maklumat sesama kita. Pada dasar dan hakikatnya, kuasa internet adalah lebih hebat jika dibandingkan dengan media arus perdana kerana kita telah lihat serta akur bahawa keputusan pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 yang lalu telah membuktikan peranan dan pengaruh laman web serta blog sehingga berjaya mengubah keputusan yang amat memeranjatkan yang mana sekaligus menjadikannya catatan "Hari Ini Dalam Sejarah" di dalam politik tanahair.
Jika medium ini turut diganggu-gugat oleh kerajaan pimpinan DS Abdullah Badawi dikhuatiri pemberontakan besar-besaran akan tentulah berlaku. Sekiranya ini terjadi maka kerajaan tidak harus menuding jari kepada rakyat atau bekas-bekas pemimpin kerana ianya bukan kehendak rakyat tetapi adalah undangan istimewa daripada pihak kerajaan sendiri. Maka itu, berpada-padalah dalam bersikap khianat terhadap rakyat dan kembalilah ke pangkal jalan kerana rakyat sudah teramat bosan dan meluat terhadap pucuk pimpinan negara yang ada pada hari ini.
Berbalik kepada soal penindasan terhadap Tun Dr Mahathir, kita nampak DS Abdullah dan kroni-kroninya sedaya-upaya cuba berusaha untuk menghapuskan pengaruh Tun dengan pelbagai helah serta taktik kotor, namun segala apa pun pekong jahat DS Abdullah tetap dapat dihidu oleh rakyat. Akhir-akhir ini DS Abdullah serta barisan kepimpinannya cuba "mencalit arang" ke muka Tun dengan mengarahkan siasatan rasuah terhadap Tun, kes pita rakaman VK Lingam dan sebagainya.
Tidak cukup dengan itu, DS Abdullah mengarahkan pula seluruh "tali barut" nya bertindak ke atas anak lelaki Tun, Dato' Mukhriz Mahathir, Exco Pemuda Umno yang juga Ahli Parlimen Jerlun untuk dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno atas isu desakan supaya DS Abdullah berundur. Masih juga tidak puas hati di situ, dibabitkan pula Dato' Mokhzani Mahathir, seorang lagi anak lelaki Tun supaya melepaskan jawatan Pengerusi Sepang International Circuit (SIC) yang langsung tiada kaitan yang munasabah untuk dibangkitkan.
Apakah dengan penindasan serta pengkhianatan terhadap Tun ini harus dibiarkan saja oleh rakyat? Apakah DS Abdullah dan kroni-kroninya beranggapan tiada rakyat yang akan bangkit mempertahankan Tun Dr Mahathir? Jika itulah pemikiran di benak akal mereka, maka amatlah besar kesilapannya. Rakyat hanya menunggu masa sahaja untuk bertindak ke atas kerajaan zalim DS Abdullah andaikata pengkhianatan yang melampaui batasan dilakukan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad. Pemuda Pelapis sedia berputih tulang, namun berputih mata tidak akan sekali-kali.
DS Abdullah serta seluruh kroni-kroninya haruslah terlebih dahulu mencermin diri masing-masing sebelum bertindak melulu terhadap Tun. Saya amat yakin dan percaya, Tun Dr Mahathir lebih tahu serta arif apa yang dilakukannya. Tun amat matang di dalam segala tindakannya dan tidaklah sedangkal atau sebodoh DS Abdullah yang bertindak membuta-tuli tanpa menggunakan kewarasan akal. Sebenarnya DS Abdullah dan kroni-kroninya menempah nasib malang jika berterusan menindas dan mengkhianati Tun kerana Tun juga adalah manusia biasa seperti kita, maka sudah tentulah had kesabaran beliau juga turut tercabar.
Sejak kebelakangan ini Tun Dr Mahathir telah mula membongkarkan sedikit demi sedikit pekong serta tembelang DS Abdullah serta lain-lain menteri yang dilihat cuba mencemarkan maruah beliau. Janganlah sampai Tun mendedahkannya sehabis-habisan yang hanya bakal mengaibkan diri DS Abdullah sendiri, semua menteri-menteri terbabit dan juga lain-lain pemimpin yang bersubahat. Oleh itu DS Abdullah dan semua mereka yang bersubahat perlu tahu bahawa anda-lah di kalangan puak-puak hina yang wajib diusir dan dihapuskan, bukannya Tun Dr Mahathir. Saya merayu serta memohon supaya seluruh rakyat memahami dengan sebenar-benarnya.
Maka itu, saya Pemuda Pelapis menyeru seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum, marilah sama-sama kita bersatu hati dan bergabung idea serta tenaga memperjuangkan hak dan kebenaran di dalam menegakkan keadilan buat seluruh rakyat demi mengembalikan kedaulatan Malaysia sebagaimana aman dan tenteramnya negara kita di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir dahulu. Tidakkah anda semua rindukan situasi kemakmuran seperti sebelumnya? Saya percaya sudah tentulah anda semua amat merinduinya. Renung-renungkanlah!
Oleh yang demikian kita haruslah mengusir dan menyingkirkan DS Abdullah Badawi serta seluruh kroni dan barisan kaki ampu DS Abdullah di dalam menjayakan misi mengembalikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, makmur dan tenteram serta kembali dihormati di mata dunia. Hari ini kita amat malu mempunyai barisan pucuk pimpinan yang teramat lemah dan dangkal segala ilmu mahupun di sudut pemikiran yang tidak produktif.
Ayuh! Sama-sama kita bangkit menyokong perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih sudi dan bersedia menghulurkan tangan untuk membantu kita semua. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Bertindaklah sebelum terlambat. Salam perjuangan dan selamat maju jaya!
HIDUP TUN DR MAHATHIR! HIDUP TUN DR MAHATHIR! HIDUP TUN DR MAHATHIR!

Dah tak tahan ni. Bukan pelapis-pelapis lagi, tapi peralihan. Umur dah lebih 40 tahun, mana boleh sabar, serahkan aje kuasa pada kami.
Macam mana tuuu? Serah pada kami? Kami tu siapa? Saudara Azlan and the gang ke? BN, PAS, PKR, DAP atau BEBAS? Harap dapat komen dengan lebih jelas dan lebih berhemah.
Cara paling cepat, saudara and the gang pergi aje ke pejabat Pak Lah halau dia dengan penyapu jika cara itu boleh mempercepatkan proses.
Menyuruh tidak, menghalang pun tidak tapi semua orang sedang berusaha ke arah itu mengikut cara yang berhemah berlandaskan peraturan dan undang-undang.
Apa pun cara, asalkan Dolah Badawi serta kroni-kroninya diusir dan disingkirkan daripada Putrajaya.
Saya ucapkan Selamat Berjuang!