Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Mukaddimah Pemuda Pelapis: Adakala bila kita tembak, nak kena tuju tepat. Ada masa kena tembak sipi-sipi. Ada ketika kena main-main tembak lantun. Apa pun jua istilahnya, maksud sebenar adalah untuk mengajak anda semua membuka minda dan berfikir tentang hak dan kebenaran ke arah mengembalikan kebaikan sejagat.

Kali ini untuk julung-julung kalinya saya tembak cara melawak sikit. Lawak "ala-Husin Lempoyang" sekali-sekala. Siapa nak faham, fahamlah! Pada yang tak faham-faham, tolong baca ulang-ulang kali sampai faham. Kalau masih tak faham jugak, gali je lubang, tanam diri sendiri lagi baik daripada menyusahkan orang lain.

Saya ni bukanlah gemar sangat nak bercerita soal budak nakal yang kerjanya keluar-masuk parti macam keluar-masuk tandas. Puas kencing kat tandas awam DBKL dia masuk kencing kat tandas hotel jadi nampaklah ada kelas sikit. Pendekata, kerja lain tak ada melainkan minum sampai buncit lepas tu kencing merata-rata.

Sebut saja tandas kat mana pun, semua dia dah kencing. Kat tandas hotel 3 bintang ke, tandas hotel 5 bintang ke, semuanya dah masuk, malahan kat tandas bangunan pejabat JPM pun dia dah kencing. Ada ketika dulu pernah terkencing pun kat tandas lokap sampailah ke tandas di Kamunting. Fuh! Hebat sungguh budak nakal ni. Merata-rata tempat dia dah pergi kencing. Dia bukan peduli orang lain pun, yang penting dapat redah dia main redah saja asalkan dapat lepaskan hajat dia.

Cuma mungkin dalam banyak-banyak tandas tu, ada satu tandas yang belum sempat digunakan si budak nakal ni iaitu tandas pejabat MB Selangor yang baru. Dengar cerita budak nakal ni tak lalu nak kencing kat situ, apa sebabnya? Oh... ya... tak ya jugak! Hancing sangat katanya. Dari lif "ground floor" pun dah tak tahan nak hidu baunya yang menusuk hidung katanya.

Mengeluhlah si budak nakal ini dalam hatinya. "Alahai! Khalid... yang hang pi bela "body guard" si gemuk kaki pendek suruh jaga pejabat tu apasal? Kalau bela "bull dog" pun cantiklah sikit, walaupun hidungnya sama "terjueh" tapi taklah tertonjol-tonjol macam tu".

Kemudian budak nakal ini menjawab sendiri, "Oh ya! yang kaki pendek ni hebat menyondol, maka tak ada can-lah aku nak masuk balik "join" semula. Aku tak reti nak sondol, nak bandingkan kencing aku pun, si pendek ni punya bau lagi hancing. Apa patut aku buat? Hilanglah power aku".

"Nampaknya mati akal aku nak fikir sorang-sorang. Kalau bertindak "lone ranger" pun boleh sampai ke mana sangat? GERAK? Gerak sorang-sorang tak boleh jugak bergerak sampai dah kaku dah ni. Silap haribulan ke Kamunting balik aku nampaknya. Tak boleh jadi ni..." begitulah keluhan budak nakal ini.

Akhirnya datang satu akal "ala-Nalla Karuppan" beliau teringatkan bapak angkat lama "Pak Dolah" yang kini dah besar pangkatnya. Seingat budak nakal ni kalau tak silaplah, katanya Pak Dolah dulu pernah nak belajar tunggang kuda dengan bos lamanya "Si Nuar".

"Apa kata kalau aku saja-saja buat lembik tengkuk pi melutut kat dia minta maaf dan "declare" sanggup jadi kuda untuk Pak Dolah tunggang. Janji Pak Dolah boleh terima aku. Dah 10 tahun aku taat kat bos lama aku Si Nuar tu pun, apa yang aku dapat? Akhirnya terkurung buta-buta saja kat Kamunting dengan kawan-kawan aku".

Siang malam sehinggalah berminggu-minggu budak nakal ini berfikir untuk bawa "hadiah istimewa" buat Pak Dolah. "Aku pasti Pak Dolah mesti suka tapi "apa ka nama..." yang aku nak gunapakai kalau dah aku sendiri yang jadi hadiah untuk Pak Dolah? Tak apalah esok-esok pulaklah aku fikir, mata pun dah tak boleh celik lagi dah malam ni".

Teruslah budak nakal itu tertidur. Dalam tidurnya beliau termimpi "Dr M" iaitu bos lama Pak Dolah sebelum Pak Dolah naik pangkat dulu. Katanya Dr M, "hang ni dah berapa lama tak mandi? Seluar hangpa pun hancing sungguh. Tu lah pasai suka kencing merata-rata pastu tak cuci, sapa suruh? Pagi esok bangun, pi beli sabun Trojan cuci seluar dulu kalau rasa nak pi jumpa Pak Dolah sangat". Mimpi budak nakal hanya setakat itu sahaja, terawang-awang kebingungan bila terjaga di pagi hari.

Dalam hatinya memuji, "baik pulak Dr M nasihatkan aku walaupun aku pernah derhaka pada dia dulu-dulu. Tapi sayangnya Dr M dah pencen, kalau tidak dekat dia lah jawabnya aku kena buat-buat lembik tengkuk. Bagus jugak Dr M suruh aku guna sabun Trojan buat cuci seluar, bila jumpa Pak Dolah tentulah hilang bau hancing seluar aku ni".

"Tapi apa kaitannya mimpi aku dengan niat aku nak korbankan diri aku jadi hadiah istimewa Pak Dolah sebagai kuda tunggangannya? Mesti ada kaitan, kalau tidak... tak mungkin Dr M datang dalam mimpi aku bagitahu sesuatu. Oh ya! kuda lumba pun ada nama... ini mesti Dr M bagi aku "hint" pasal nama kuda-lah kot. Oklah, "Trojan Horse" pun cantik jugak nama tu".

Haa... haa... haa... selain jadi kuda tunggangan DS Abdullah, dalam masa yang sama pun dia bertindak jadi "virus" dalam Umno sebagai "batu loncatan" bos lamanya. Makna lainnya turut berperanan sebagai "serampang dua mata".

Itulah al-kisahnya politik si Ezam yang suka kencing sana, kencing sini yang akhirnya terpaksa buat-buat lembik tengkuk minta simpati diberikan ruang dalam Umno sehingga sanggup menyatakan jika dirinya diperkudakan pun beliau tak kisah. Dah puas kencing sana, dia kencing sini, tak mustahil suatu hari esok, Umno pun dikencingnya balik lagi sekali. Kalau tak percaya, sama-sama umur panjang, kita tunggulah sama-sama tengok.


Maka itu, parti Umno pimpinan DS Abdullah pun dah turut dijadikan macam tandas persinggahan budak nakal bernama Ezam dan juga kawan-kawannya saja. Begitulah rendahnya maruah Umno di pandangan mata rakyat hari ini yang dipergadaikan oleh pucuk pimpinan yang tidak bertanggungjawab. Sama-samalah kita fikir dengan waras dan sama-samalah kita bangkit untuk sedar supaya semua kembali ke pangkal jalan bagi mengusir yang satu atau dua demi menyelamatkan semua orang.

BANGKITLAH SEMUA DENGAN SEBUAH PERJUANGAN YANG JUJUR DAN IKHLAS DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

0 Responses