Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Salam bahagia dan salam hormat buat seluruh pengunjung dan pembaca setia blog Pemuda Pelapis. Saya akan kembali mengemaskini blog Pemuda Pelapis untuk menulis artikel-artikel terbaru sebagai perkongsian maklumat dan pengalaman-pengalaman menarik di sepanjang penjelajahan saya serta rakan-rakan ke utara semenanjung hinggalah ke selatan tanahair untuk beberapa hari yang lalu.

Sambil saya berurusan soal perniagaan, sambil saya mengutip segala pandangan dan pendapat umum masyarakat. Secara tidak langsung saya akan mendedahkan perkara sebenarnya kepengaruhan DS Abdullah dan DS Najib pada realiti hari ini tanpa perlu untuk rakyat memegang atau mendengar apa yang sering diperkatakan oleh kedua-dua pucuk pimpinan sebelum ini yang kononnya mereka terus disokong tanpa berbelah bagi. Apa yang pasti kenyataan mereka itu adalah satu pembohongan yang cukup besar terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Saya kira dengan usaha turun ke padang menemubual masyarakat bagi mengumpulkan sedikit maklumat adalah satu pengalaman yang sungguh menarik untuk dikongsikan dengan saudara dan saudari sekalian. Jadikan segala apa yang bakal saya paparkan nanti sebagai suatu bahan rujukan untuk kita sama-sama fikirkan dan menilainya dengan penuh pertimbangan yang waras.

Inilah baru dinamakan turun padang untuk menyelami kesengsaraan rakyat setelah berlakunya kekangan ekonomi yang amat membebankan rakyat secara keseluruhannya. Malangnya pemimpin-pemimpin kita yang ada pada hari ini hanya bijak bercakap sahaja daripada bekerja. Sebilangan besarnya tidak bertanggungjawab untuk mengambil tahu permasalahan rakyat yang tertekan dengan keadaan inflasi negara.

Oleh kerana baru sahaja pulang dan masih lagi kepenatan maka saya perlu mengambil sedikit masa untuk mencukupkan rehat diri terlebih dahulu sebelum saya mula menulis kembali seperti hari-hari biasa. Mohon semua pengunjung dan pembaca setia blog Pemuda Pelapis agar dapat bersabar sehinga artikel-artikel terbaru terpapar di laman ini.

Sekian semoga berjumpa lagi seterusnya.

0 Responses