Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Perkembangan terkini daripada sumber dalaman Pergerakan Pemuda Umno melalui laporan laman web Malaysiakini yang memetik kenyataan salah seorang Exco-nya, Dato' Sazmi Miah yang berkata bahawa sepertiga Exco Pemuda Umno tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan yang ada. Berikut ini adalah sebahagian daripada petikan kenyataan beliau.

Kira-kira sepertiga daripada pemimpin dari kalangan Exco Pergerakan Pemuda Umno, tidak pernah setuju dengan pucuk pimpinan utama parti itu sekarang, kata Exconya Dato' Sazmi Miah.

Ketika mendedahkan perkara itu, beliau berkata, ini menunjukkan pemimpin-pemimpin pergerakan itu bukan dayus.

Sebaliknya, kata bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, "masih ramai singa dalam Pemuda Umno".

Tiga Exco Pemuda Umno sokong Mukhriz. Baru-baru ini tiga ahli Exco Pemuda Umno - Harisson Hassan, Kamarulzaman Kamdias dan Azizul Nizam Bidin menghadiri sidang akhbar seorang lagi Exco Pergerakan itu, Datuk Mukhriz Mahathir yang mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan.

Baca laporan penuh di sini...

Pemuda Pelapis mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato' Sazmi Miah, saudara Harrison bin Hassan, saudara Azizul Nizam bin Bidin dan saudara Kamarulzaman bin Kamdias yang berani menyatakan pendirian dengan jelas, masih berpemikiran waras dan tidak mudah diperdaya oleh golongan kaki ampu dan puak-puak pembodek di dalam Umno.

Saya mendoakan semoga lebih ramai lagi golongan Exco Pemuda Umno cepat-cepat sedar supaya tidak terus dihanyutkan oleh dendangan wayang kulit Dato' Seri Abdullah serta kroni-kroninya yang mementingkan diri sendiri daripada perjuangan jujur terhadap agama, bangsa dan negara.

Memandangkan hanya baru sepertiga sahaja yang dikenalpasti, saya amatlah berharap agar usaha jihad kebenaran dari dalam harus digandakan lagi demi mencapai sasaran minima dua pertiga ke arah menyedarkan lebih ramai barisan pemuda supaya bergegas segera kembali ke pangkal jalan kerana masa terlalu singkat untuk kita bertindak memperbetulkan parti dan kerajaan seandainya kita tidak mahu karam bersama-sama pucuk pimpinan yang terlalu lemah dan dayus.

Kita haruslah berani bertindak dengan lebih agresif dan lebih proaktif meskipun terpaksa mengenepikan Ketua Pergerakan Pemuda yang dilihat akhir-akhir ini telah tersasar jauh daripada landasan perjuangan yang sebenar akibat pengaruh kuasa yang lebih tinggi yang telah dicongak beliau.

Barisan Pemuda tidak perlu lagi akur dengan segala arahan ketua yang telah menganut perjuangan songsang. Bersatulah dan berdiri teguhlah di atas landasan kebenaran dengan penuh yakin dan tabah di dalam melawan arus perjuangan yang sesat di bawah kepimpinan Dato' Seri Abdullah.

TANPA KEBERANIAN, TANPA KETABAHAN DAN TANPA KEYAKINAN MAKA USAHA KITA TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN. BERSATULAH... INSYA'ALLAH KITA PASTI BERJAYA! - pesanan Pemuda Pelapis

0 Responses