Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Mengulas laporan Dato' Ismail Sabri Yaakob semalam, 30 Mei 2008 yang juga Menteri baru Kementerian Belia dan Sukan yang menggesa Dato' Mokhzani Mahathir meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Sepang International Circuit (SIC), saya menganggap Ismail Sabri ini sebagai satu manusia yang berpemikiran sempit yang berakalkan otak keldai.

Hari ini (31 Mei 2008) pula seorang lagi Menteri baru Kementerian Pelancongan, Dato' Azalina Othman Said turut membuat gesaan yang sama terhadap Dato' Mokhzani Mahathir. Yang satu itu senang dikategorikan sebagai "keldai jantan" tetapi yang satu ini sedikit sukar untuk dikenalpasti samada betina atau pun jantan. Mungkin sesuai jika dilabelkan sebagai "keldai tomboy".

Inilah mereka di antara golongan kaki ampu dan pembodek DS Abdullah Badawi. Majoriti Menteri dan Timbalan Menteri di bawah kepimpinan DS Abdullah hanya dipenuhi oleh pembodek-pembodek yang dipelihara DS Abdullah untuk mempertahankan kedudukannya sahaja. Sesiapa yang dirasakan tidak menyukai beliau maka akan diketepikan awal-awal lagi. Oleh itu terbentuklah sebuah "kerajaan Abdullah" yang menjadi milik mutlak DS Abdullah dan bukannya kerajaan Malaysia milik semua warganegara merdeka.

Pada hemat saya dan sebilangan besar rakyat Malaysia hari ini, golongan pengampu dan pembodek ini adalah spesis-spesis yang tidak berpendirian serta jauh sekali mempunyai wawasan perjuangan. Inilah sebenarnya "duri-duri dalam daging" yang utama yang wajib dihapuskan dengan kadar segera jika Malaysia mahu terus maju dan dihormati sebagai sebuah negara membangun.

Tiada sebab dan alasan munasabah untuk menggesa peletakan jawatan itu bagi mengaitkan apa-apa jawatan dalam kerajaan jika sekiranya tidak menjadi ahli Umno atau anggota BN. Jika betul-betul mahu bertindak menggesa sesiapa yang memegang jawatan di dalam kerajaan, saya percaya jawatan-jawatan lain seperti Ketua-ketua Pengarah itu dan ini, Pengarah-pengarah di mana-mana jabatan, Pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan sebagainya, juga ada tergolong daripada mereka yang tidak menjadi ahli Umno malahan ramai yang secara terang-terangan tidak menyokong kerajaan.

Andaikata mahu bertindak menggesa Dato' Mokhzani, saya menyarankan supaya turut dibuat gesaan serupa kepada semua pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang lain yang tidak menjadi ahli Umno dan yang menentang kerajaan. Malahan lebih buruk lagi ramai di antara mereka menjadi ahli parti pembangkang. Kalau mahu diikutkan, saya yakin jumlahnya melebihi daripada separuh penjawat awam.

Maka sejumlah besar kakitangan dan pegawai di sektor kerajaan ini haruslah segera dikosongkan oleh mereka yang tidak menyokong kerajaan dan dengan ini banyaklah kekosongan jawatan kerajaan akan berlaku. Kenapalah sebodoh dan sesempit itu akal kedua-dua menteri baru ini? Jadi tidak salahlah saya melabelkan kedua-dua menteri ini sebagai "keldai jantan dan keldai tomboy" kerana itu yang selayaknya buat mereka.

Mereka tidak perlu mengatakan Sepang International Circuit (SIC) bukan milik Dato' Mokhzani kerana sudah tentulah semua orang tahu. Begitu juga Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pelancongan bukanlah hakmilik kedua-dua menteri berkenaan. Jadi janganlah bersikap "tepuk dulang paku serpih, mengata orang awak berdua yang lebih-lebih". Siapakah mereka berdua ini untuk membuat gesaan sedemikian?

Kedua-dua keldai ini juga sebenarnya masih terus kelabu mata dan kelabu otak disebabkan tidak nampak kerajaan Malaysia telah disalahjadikan sebagai "kerajaan Abdullah" di mana kedua-dua keldai ini juga adalah tunggangan DS Abdullah supaya menjerit dan melalak apabila ada percanggahan angin pendapat. Baguslah jika sanggup dan bersedia dijadikan jentera tunggangan Abdullah. Syabas dan tahniah!

0 Responses