Terbaru pada 24 Mei 2008, Dato' Seri Hishammuddin mula menzahirkan sikap bodoh beliau yang melampau apabila mempertikaikan 3 soalan bodoh untuk diajukan kepada Mohamad Ezam Mohd Noor, bekas Ketua Pemuda PKR yang dikatakan berura-ura mahu kembali kepangkuan Umno.
Mohon seluruh pengunjung blog Pemuda Pelapis membaca laporan Utusan Online itu dengan penuh pengamatan dan fikirkan kemunasabahannya. Tidakkah persoalan yang mahu ditanya beliau itu kepada Mohamad Ezam sebagai pertanyaan budak-budak? Inikah nilai kualiti seorang Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan juga ketokohan seorang Menteri Pelajaran Malaysia? Sungguh memalukan...
Jika Pemuda Pelapis lah berada di tempat beliau, pastinya soalan "Gred A+" yang akan diajukan. Tidak perlu sampai 3 soalan. Dahlah 3 soalan, dah tu semuanya soalan "low class" pulak tu. Apa ni? Macam ni sajakah akal Menteri Pelajaran Malaysia?
Mungkin Pemuda Pelapis hanya bertanya 1 atau 2 soalan sahaja tetapi padat dan padu. Jika Hishammuddin mahu tahu apakah soalannya, janganlah "malu-malu kucing" untuk bertanya melalui e-mel Pemuda Pelapis. Tetapi sebelum diberitahu, kena tadahlah telinga dulu sebab Pemuda Pelapis akan berkhutbah panjang kepada Hishammuddin. Setakat hantar wakil untuk bertanya, Pemuda Pelapis langsung tak akan layan.
Ini pula ada berita sensasi disebalik tabir setelah sekian lama sanjungan diberikan oleh barisan pemuda Umno selama ini terhadap Hishammuddin. Beliau juga begitu megah mengatakan bahawa beliau yang berjaya membawa Pergerakan Pemuda Umno lebih stabil jika dibandingkan ketika mula-mula beliau mengambil-alih jawatan tersebut 10 tahun yang lalu ketika Umno sedang bergolak. Tepatlah tu... diambil ketika bergolak dan nak dilepaskan pun di waktu sedang bergolak. Genaplah satu pusingan yang akhirnya kembali bercantum kepada bergolak juga.
Apa pun cerita ini hasil penulisan rakan blogger yang lebih tahu sejarah dan latarbelakang Hishammuddin. Kata beliau, jangan membaca untuk menafikan dan tidak pula untuk dipercayai bulat-bulat tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai sejauh mana kebenarannya.
Selepas selesai mentelaah tulisan tersebut, saya mengajak anda semua berfikir. Tanya beberapa soalan ini dan cari jawapannya. Hebat sangatkah Hishammuddin yang sebenarnya? Karier politik beliau bertapak dari mana dan sejak bila? Apakah kerana memang ada ketokohan atau takdir yang menyebelahi beliau daripada warisan dan keturunan? Adakah disebabkan pengaruh datuk dan bapanya? Bagaimana jikalau beliau hanya orang biasa seperti kita? Rasa-rasanya sampaikah beliau ke tahap sekarang ini? Pengaruh siapakah pula yang beliau cuba berpaut sekarang ini? Apakah hubungan Najib dengan beliau?
Yang terakhir adalah soalan-soalan "cepu emas" yang sungguh menarik untuk kita semua sama-sama menilai Hishammuddin. Siapakah insan istimewa yang pernah mengangkat Hishammuddin di dalam "piring emas" untuk dimartabatkan sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Ledang dan menaikkan beliau di dalam politik sejak dulu hingga ke tahap kini kalau bukan Tun Dr Mahathir Mohamad?
Kenapa jasa insan tersebut kini tidak dikenang, malahan dicemuh dan dicaci pula akibat bercanggah sedikit pendapat akhir-akhir ini? Tidak puas membelasah Tun dengan kenyataan beliau yang lebih berbau hasutan, anak Tun, Datuk Mukhriz pula turut menjadi mangsa untuk dibelasahnya sekali. Apakah tujuan sebenar Hishammuddin? Adakah dia mahu naik dengan jalan pintas dan sanggup mencantas orang lain? Inikah sikap manusia yang patut diangkat sebagai pemimpin?
Soalan "bonus cepu emas" pula, benarkah Hishammuddin "kaki botol" dan "kaki perempuan" sejak dulu hingga kini? Dikhabarkan kononnya beliau suka kepada wanita-wanita separuh umur yang berpengalaman. Sejauh mana kebenarannya, wallahu'alam, saya tidak pasti tetapi saya akan cuba menyelidik dahulu sebelum mengesahkannya.
Saranan sahabat blogger itu, katanya:
Hishamuddin Hussein lebih baik berhenti sahaja jadi ahli UMNO dan bertugas sepenuh masa untuk menjaga kepentingan orang Melayu dalam projek Danga Bay di Johor Bharu, yang semua orang tahu dia ada kepentingan dan tunjukkan orang China sebagai proksi orang yang berkuasa di situ. Apa Melayu dapat dalam projek yang berbilion itu. Jawab dahulu kemudian baru jadi Naib Presiden UMNO atau hendak berpatah balik jadi Ketua Pemuda.
Pendekata, Hishammuddin kini diekori ramai kerana kelantangan bodoh beliau bersuara sumbang kebelakangan ini yang telah dihidu hanya untuk kepentingan peribadi beliau. Tindakan beliau sudah mirip kelakuan Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai apa yang dicita-citanya. Tetapi janganlah pula melenting apabila rakyat turut membongkarkan apa sahaja keburukan beliau.