Dua pemimpin Pakatan Rakyat ini tidak ubah "bagaikan kadok naik ke junjung" yang cuba mahu tunjuk hebat berbuat keputusan sendiri seolah-olah memiliki "kuasa veto" di tangan dan akhirnya malu sendiri kerana terpaksa akur bahawa Malaysia ini masih ada Sultan dan Agong yang mengetuai Hal-Ehwal Agama Islam di semua negeri-negeri.
Jika kemelut pelantikan MB Perlis dan MB Terengganu dulu, golongan Pakatan Rakyat (PKR-PAS-DAP) begitu lantang bersuara untuk mengingatkan pemimpin BN bahawa Malaysia masih ada Sultan dan Agong, kali ini saya pula mahu "lebih lantang" menyuarakan kepada "si gelojoh-si gelojoh" ini agar turut sama akur perkara tersebut tanpa berkecuali.
Umpama pepatah, "ketuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih".
Cermin-cerminlah diri sendiri dan ukurlah keupayaan diri sebelum menunjuk pandai atau bersikap "bodoh sombong" mengubah keputusan sesuka hati tanpa mahu merujuk kepada Ketua Hal-Ehwal Agama Islam terlebih dahulu. Akhirnya siapa yang malu? Bukankah ibarat, "menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri?"
Hari ini, Nizar Jamaluddin (MB Perak - PAS) akui bersalah dan memohon maaf kepada semua atas tindakan "bahlul" beliau setelah Sultan Perak mendesak "menarik balik arahan tersebut", dan apakah Mohammad Fairus Khairuddin (Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang - PKR) itu masih terus mahu bersikap "angkuh dan sombong?" sebagaimana Nizar sebelum ini?
Banyak lagi janji-janji manifesto yang perlu ditunaikan kepada rakyat dan tidak perlu bersusah-payah mempertikaikan soal siapa lebih layak mengisi jawatan Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang apabila Tuanku Mizan menolak peletakan jawatan Shabudin Yahaya, ADUN Permatang Berangan.
Adakah sengaja mahu mengalih tumpuan dan langkah "membuat sibuk" tentang hal ini sebagai usaha mengelak daripada menunaikan janji-janji manifesto Pakatan Rakyat?
Apa pula HarakahDaily mahu tuliskan di laman web mereka tentang isu kali ini? Takkan hanya "sepi membisu seribu bahasa" sahaja? Kalau sebelumnya bukan main lantang menyorak kepimpinan Umno/BN bagi memperingatkan kita masih ada Sultan dan Agong, macam mana dengan puak-puak Pakatan Rakyat yang bagaikan "kadok naik ke junjung" ini?
Saya mencabar penulis-penulis HarakahDaily tolong komen topik ini di sini jika kata benar-benar hebat sangat. Teringin juga saya mahu berdebat dengan kalian semua.
kesian tak da org nk komen ker kt blog ni?
agaknyer org skrg lebih berminat komen kt harakah daily kot..
WALLAHUALAM.
Salam,
Bukan soal komen yang patut menjadi isu besar di sini tetapi cukuplah manusia masuk membaca dan faham akan fakta sebenarnya yang hakiki untuk dimuhasabahkan.
Hakikatnya jika saudara mahu tahu, manusia yang masuk meneliti segala artikel di blog ini tidak termampu untuk memberi komen balas kerana apa yang dibicarakan adalah jelas berfakta sebagai rujukan. Blog ini bukan blog beromong-omong kosong sebagaimana Anwar Ibrahim dan semua kaum-kaum munafik Pakatan Rakyat.
Kejayaan di dalam menyampaikan maklumat yang berfakta sehingga mampu mewujudkan kesedaran pun sudah lebih daripada memadai dan sudah besar pahalanya di sisi Allah swt. Hanya manusia yang berakal waras sahaja yang sedia memikirkan segala kebaikan dan keburukan.
Apalah guna membaca Harakah yang penuh dengan cerita dongeng yang menabur fitnah serta penuh khayalan dan pembohongan saban hari tetapi tidak malu menceritakan perjuangan Islam.
Sesungguhnya itulah golongan manusia yang "amat munafik" yang pastinya mendapat seksaan dan azab Allah swt di akhirat kelak tanpa syak lagi.
Bacalah Al-Quran dan fahamilah terjemahannya. Jangan hanya sekadar tahu membaca tetapi tidak mahu memahami isikandungannya.
Janganlah takbur dengan perjuangan yang sia-sia. Letaklah kembali otak di tempatnya yang sebenar dan bukannya di tapak kaki.
Wassalam!
Salam
PKR & PAS juga dengan terang - terangan telah mengkhianati melayu kerana bersekongkol dengan DAP dan tidak berani mempertahankan hak - hak melayu. Yang penting sokongan untuk terus berkuasa. Betapa butanya mata mereka kerana kuasa.
ujangmuiz
Salam kembali,
Terima kasih saudara ujangmuiz. Soal PAS dan PKR buta segala buta memang telah lama kita nampak tapi malangnya masih juga ada Melayu dan Islam yang terus bersekongkol samada sedar ataupun tidak sedar. Benar kata saudara, mereka lebih mementingkan kuasa daripada asas perjuangan mereka yang sebenar. Yang HALAL diharamkan dan yang HARAM dihalalkan sesuka hati tanpa merujuk nas-nas Al-Quran dan Hadis.
Saya memerangi semua kebatilan secara adil dan saksama walaupun platform perjuangan saya di dalam Umno. Wadah perjuangan saya adalah menegakkan hak dan kebenaran demi agama, bangsa dan negara. Hari ini marilah sama-sama kita bersatu berkempen menyingkirkan sesiapa sahaja pemimpin yang tidak betul dan tidak jujur di dalam membela hak agama, bangsa dan negara. Ini juga adalah jihad kita sebagai umat manusia beragama Islam.
Wassalam!
DOAKAN KEJAYAAN DAN KEMENANGAN BERPIHAK KEPADA SEGALA KEBENARAN!