Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Istilah “bapa borek, anak rintik” boleh membawa 2 makna berbeza, kebaikan dan juga keburukan namun apa yang mahu disebutkan di sini adalah sifat terpuji saudara Datuk Mukhriz yang berani dan tenang mengharungi cabaran sepertimana ayahanda beliau.

Laporan sebuah akhbar tempatan, "Mukhriz pelawa bertanding Ketua Pemuda".

Mengulas kenyataan Ahli Parlimen Jerlun yang juga Exco Pemuda Umno dan Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda Umno itu, saya melihat beliau sebagai seorang pemimpin muda Umno yang cukup telus, bersifat terbuka dan berani menghadapi pertandingan sihat, yang seharusnya dicontohi oleh pemimpin-pemimpin lain.

Datuk Mukhriz seolah-olah gembira sekiranya lebih ramai ahli-ahli Umno menawarkan diri untuk turut bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Umno agar gelanggang pertandingan dapat dibuka seluas-luasnya supaya ahli-ahli parti berpeluang menilai untuk memilih calon pemimpin yang difikirkan benar-benar berjiwa pejuang, berkelayakan, berwibawa dan mampu menerajui Pergerakan Pemuda Umno itu.

Ini adalah satu sifat terpuji dan sikap beliau itu tidak ubah sepertimana bapanya (Tun Dr Mahathir) yang begitu tenang tetapi bernas dan tidak mudah "panik" di dalam apa jua situasi pun serta tidak gentar menghadapi pertandingan.

Maka itu, pepatah, "bapa borek, anak rintik" (like father, like son), adalah amat sesuai dikaitkan dengan beliau pada maksud kebaikan.

Itulah sebaik-baiknya pendirian pemimpin yang kita semua mahu tengok kerana jika berkeupayaan memenangi sesuatu pertandingan itu barulah boleh diangap pemilihan yang sihat dan telus, di samping mampu mengukur kekuatan pengaruh seseorang pemimpin untuk menjadi peneraju sesebuah pergerakan. Hanya secara ini sahaja Umno dapat diperkukuhkan kembali dan bukan sepertimana cara Khairy dinobatkan oleh Pak Lah.

Juga sudah tiba masanya Umno dipulihkan untuk kembali kepada dasar perjuangan asalnya. Perubahan ini perlu dilakukan di semua peringkat bermula dari akar umbi dan tidak hanya di peringkat tertinggi sahaja. Sikap "bida'ah" pucuk pimpinan haruslah dikikis segera.

0 Responses