Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Mengulas balas tembakan "peluru penabur" yang dilepaskan oleh beberapa pemimpin lain di dalam Umno terhadap tindakan Tun Dr Mahathir keluar parti, suka saya mengatakan bahawa mereka yang terlibat mengecam ini sama sekali tidak bermaruah serta tidak bermoral.

Dengan menghamburkan kata-kata biadab yang melabelkan Tun Dr Mahathir sebagai "duri dalam daging" amatlah keterlaluan serta tidak berkeperibadian sama sekali. Apa pun saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Mohd Shafie Apdal yang pantas menegur balas terhadap Tun Musa Hitam yang "tidak lagi siuman" itu.

Kita sedia maklum adat manusia yang mempunyai rekod yang tidak baik maka sudah pasti dia suka mencari salah orang lain sedangkan pada kenyataannya beliaulah makhluk sebenar "duri dalam daging" atau juga "gunting dalam lipatan". Tidak perlu pergi jauh, kita ambil contoh mudah saja. Jika Musa Hitam itu bagus dan baik orangnya, apakah mungkin sebegitu rupa kesudahannya era politik beliau?

Hati beliau cukup busuk... sebusuk dan sehitam nama beliau. Musa Hitam adalah jenis manusia yang terlalu biadab yang amat jarang mahu mengenang budi sesiapa yang pernah menolongnya. Samalah juga dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang tidak sedar diri. Ini jenis golongan makhluk yang amat pelik dan sungguh luar biasa perilakunya. Cuma sedikit elok daripada Anwar yang bertabiat songsang itu sahaja. Mereka lupa jasa-jasa Tun Dr Mahathir terhadap mereka.

Sementara itu, Dato' Seri Rafidah Aziz pula tidak seharusnya menggambarkan peribahasa "kerana marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar". Tidak betul lah bagai apa yang diucapkan Rafidah itu kerana saya tidak nampak Tun Dr Mahathir memusnahkan Umno, sebaliknya Dato' Seri Abdullah lah pemimpin yang harus bertanggungjawab menghancurkan Umno dan BN.

Jika Rafidah mempertikaikan soal kepentingan peribadi yang kononnya dikejar oleh Tun, maka saya mahu mendengar ulasan lebih lanjut lagi. Apakah maksud sebenar kenyataan Rafidah itu? Apakah lagi yang diimpikan atau dicita-citakan Tun? Siapa yang menjadikan parti umpama tebusan? Pak Lah atau Dr Mahathir yang telah mencagarkan parti demi kepentingan diri? Cubalah waras sedikit di dalam berbicara dan berfikiranlah secara lebih rasional.

Saya kira buktinya sudah cukup jelas pada hari ini sejak negara berada di bawah kepimpinan Pak Lah. Apakah perlu lagi untuk saya ulaskan sedangkan hakikat hari ini semua orang tahu apa yang sudah berlaku. Sindrom apakah semua ini? Adakah kerana Pak Lah sudah kembali "membelai manja" Rafidah setelah insiden penyingkiran beliau daripada Kabinet selepas PRU12 yang lalu? (Oh! no wonder Jeanne dah tak ikut buntut Pak Lah lagi)

Tun telah menegaskan secara jelas bahawa beliau terlalu sayangkan parti dan sebab itulah beliau keluar parti kerana bertanggungjawab tidak mahu menyokong kepimpinan yang membawa rebah dan kehancuran kepada parti dan negara setelah sekian lama Tun menabur bakti memperjuangkannya dan memajukan negara. Tiba-tiba sahaja dapat kepada Pak Lah, segala-galanya menjadi lintang-pukang dan huru-hara.

Oleh itu sesuailah jika saya melabelkan Pak Lah ibarat "beruk diberikan bunga". Tidakkah semua orang nampak betapa Pak Lah merobek rabak di sana sini? Yang kenyang hanya dia, keluarganya dan kroni-kroninya sahaja. Yang bodohnya siapa? Anda-anda semualah yang menyokong tanpa otak. Sesiapa yang terus menyokong Pak Lah sebenarnya adalah "corrupted".

Inilah semuanya spesis makhluk perosak yang wajib disembur dengan racun supaya tidak membiakkan generasi baru. Jika dibiarkan berleluasa, apa yang telah disemai dan dibaja selama ini pasti akan terus musnah.


Mulai sekarang, hentikanlah "tohmahan buta" dengan melepaskan "peluru penabur" membabi-buta. Teladanilah "penembak tepat" sepertimana Tun Dr Mahathir. Apabila beliau nak kata pada sesiapa, beliau pastikan sentiasa "tuju tepat" dengan "peluru padu" yang lengkap berfakta.

Masing-masing cubalah cermin diri sendiri dahulu. Bagus sangatkah kita? Cerdik sangatlah kita? Lebih berkaliber daripada Tun kah anda semua? Ini semua bukan apa tetapi kenyataan penuh emosi yang bercirikan cemburu hati dan hasad dengki yang menebal terhadap pencapaian dan kecemerlangan usaha Tun.

Tidak ada apa-apa salah dan dosa pun untuk Tun Dr Mahathir keluar parti tetapi kenapa semua makhluk-makhluk ini mahu mempertikaikannya? Jika sesiapa mahu karam dengan kapal yang dikemudikan Pak Lah, teruskanlah duduk dalam kapal Pak Lah. Kenapa mesti mengheret orang lain turut serta?

Tun sedaya-upaya cuba mahu menyelamatkan keadaan daripada karam tetapi jika semua masih juga tak nampak, kenapa marah apabila Tun membawa pengikut-pengikutnya menyelamatkan diri? Inilah yang sebenarnya dinamakan perjuangan. Malang sungguh... dunia makin hampir nak kiamat, fikiran manusia pun sudah menjadi tunggang terbalik pemahamannya. Astaghfirullahal'adzim!

Insaflah wahai manusia, jika kamu daripada golongan kaum yang mahu berfikir.

0 Responses