Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Kedangkalan ilmu dan pengetahuan adalah punca utama golongan di pihak gagasan PR bersikap "bodoh sombong" di sepanjang zaman. Politik mereka dipercayai tidak akan mampu membawa apa-apa perubahan ke arah memajukan rakyat dan negara selain hanya tahu menghentam pihak lawan serta mencungkil segala kesalahan pemimpin-pemimpin parti lawan.

Gabungan gagasan PR yang terdiri daripada parti PKR-PAS-DAP adalah jenis manusia yang layak diistilahkan sebagai dangkal dan cetek ilmu pengetahuan yang tidak memahami keperluan dan kehendak serta tidak bijak menilai untuk membezakan kebaikan dan keburukan.

Pemikiran mereka tidak ubah seperti "manusia purba" di zaman batu dahulukala yang mengamalkan budaya berpuak-puak yang sungguh menebal sehingga langsung tidak boleh dicanggahi atau ditegur. Apabila teguran atau dakwaan dilemparkan kepada mana-mana ahli mereka, maka mereka akan terus menyerang semula dengan mencari kesalahan orang lain tanpa mahu memikirkan kebenaran dakwaan tersebut.

Jika benar mereka ini bijak sudah tentulah mereka ini menyelidiki terlebih dahulu terhadap segala dakwaan yang dibuat samada benar ataupun salah. Bukan dengan cara terus menerjah "membabit-buta" begitu. Saya merujuk perkara ini berkaitan apa yang didakwa oleh saudara Dato' Mukhriz Mahathir terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, mengikut laporan HarakahDaily.

Kenyataan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang mendakwa kononnya Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai mempunyai kaitan dengan anasir anti-Islam di Amerika adalah dangkal dan dibuat secara mala fide (berniat jahat), kata Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Salehuddin Hashim.

Yang membuat dakwaan adalah Mukhriz tetapi kenapa Salehuddin Hashim harus mengaitkan ayahanda beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad? Tidakkah tindakan Dato' Salehuddin Hashim ini hanya mencerminkan pemikiran "kebudak-budakan" dan adakah ini "mentaliti" pejuang-pejuang gagasan PR yang terlalu rendah moral? Kenapa persoalan lama mantan Perdana Menteri pula yang dibangkitkan untuk diserang?

Menurut Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Salehuddin Hashim, rakyat berhak berasa malu tatkala Mahathir ketika menjawat PM mengupah pelobi Amerika pro-Zionis, Jack Abramoff dengan bayaran RM4.6juta demi memastikan pertemuan antaranya dengan Presiden George Bush terlaksana.

Apakah saudara Salehuddin Hashim merasakan diri beliau itu benar dengan kenyataan serangan balas yang mengaitkan Tun Dr Mahathir Mohamad ini? Andaikata benar sekalipun, saya mahu bertanya kembali kepada beliau, besarkah jumlah RM4.6juta (jumlah ini berbeza-beza disebut oleh pemimpin mereka) ini jika dibandingkan gagasan PR di Selangor yang menyalahlaburkan "projek mega ternakan babi" sebanyak RM100juta sehingga gagal melunaskan janji-janji lain disebabkan duit telah habis ke situ?

Jika mahu menempelak ke muka orang pun, janganlah sampai tempias itu berbalik ke muka sendiri. Jika tidak tahu matematik pergi belajar semula, jika masih jahil ilmu agama Islam sehingga tidak tahu membezakan yang mana "haram dan halal" duduki semula kelas fardhu ain di mana-mana sekolah agama atau saya saja yang tolong mengajarkannya.

Perbelanjaan yang dibelanjakan itu adalah berkait isu politik antarabangsa dan sudah tentulah ada sebab-sebabnya kenapa ia menjadi keperluan. Tidak ada guna jika mahu dihuraikan berjela-jela panjang kepada puak gagasan PR yang sebodoh ini kerana dia tidak akan memahami situasi sebenar melainkan apabila dia berada di tempat itu untuk berurusan.

Jika manusia seperti Salehuddin Hashim inilah tergolong di kalangan pemerintah kerajaan persekutuan jika sekiranya gagasan PR berjaya mentadbir negara, rasanya lagi hancur Malaysia ini kerana tidak faham selok-belok politik antarabangsa.

Cuma apa yang boleh diperkatakan hanyalah puak-puak gagasan PR amatlah "dangkal dan cetek" ilmu serta pengetahuan. Perihal orang lain semuanya salah belaka. Yang benar hanyalah di puak mereka sahaja. Tahukah mereka hukum-hakam bersubahat menyokong Anwar Ibrahim yang mengamalkan kehidupan yang menyongsang agama Islam? Itukah pemimpin yang mahu dimartabatkan sebagai Perdana Menteri?

Islam itu sebenarnya amat cantik tetapi hanya pandai "melalak" kononnya memperjuangkan Islam tetapi tiada sebarang tindakan. Paling ringkas untuk mengetahui "kemunafikan atau kesesatan" Anwar amatlah mudah sekali. Islam mengajar kita, jika kita merasa was-was maka tunaikanlah "Solat Istikharah" memohon petunjuk Allah swt, dan pasti akan diberikan petunjuk. Apakah masih mahu menafikan juga kaedah yang difirmankan Allah swt ini? Di samping itu rajin-rajinlah menunaikan "Solat Tahajjud" supaya lebih beristiqamah.

Saya ada dihubungi beberapa individu yang menyampaikan maklumat dan saya berharap semoga puak-puak pemimpin dan penyokong gagasan PR yang masih buta mata, buta hati dan buta akal yang belum mengenali sebenar-benarnya siapa Anwar, harap dapat merujuk kepada 5 siri video berikut bagi menyokong dakwaan saudara Mukhriz itu dan sekaligus menjawab balik "sangkaan jahat" Salehuddin Hashim tersebut.

Setelah menonton kesemuanya, berfikirlah sejenak dan tunaikan kaedah yang difirmankan Allah swt tadi supaya diberikan petunjuk, kemudian nilailah sendiri dengan akal yang waras. Siapakah sebenarnya membuat dakwaan yang berniat jahat? Adakah Dato' Mukhriz Mahathir yang jahat atau Dato' Salehuddin Hashim sendiri yang sememangnya lebih jahat dan hina kerana terlalu memuja perjuangan Anwar yang sudah terlalu jauh songsang itu?

0 Responses