Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Setelah berlarutan isu klip video V.K. Lingam tentang pelantikan Ketua Hakim di "zaman tondan dahulukala" yang mengaitkan 6 individu termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, maka baru hari ini saya ingin menyampuk sedikit. Bukan soal isu klip video itu tetapi "tabiat dan perilaku" Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Disebabkan isu ini telah ramai yang berpandangan memberi ulasan maka biarlah saya sekadar membaca sahaja. Apa yang menarik minat saya adalah sikap Pak Lah yang menjadi-jadi suka mengacah Tun Dr Mahathir. Sebelum ini kita telah lihat dan pernah mendengar beberapa kes rasuah yang dikaitkan oleh Pak Lah terhadap Tun Dr Mahathir tetapi setelah siasatan dibuat, hasilnya didapati tiada sebarang kes untuk didakwa.

Apakah sebabnya Pak Lah bersikap demikian? Adakah kerana marah, sakit hati, dendam dan sebagainya terhadap mantan Perdana Menteri ke-4 itu atau berniat tidak baik sengaja mahu mencalar maruah Tun Dr Mahathir? Mungkinkah juga Pak Lah mahu menutup kelemahan dirinya sendiri?

Atau di sebaliknya Pak Lah rindukan hubungan baik dengan Tun seperti dahulu dan terpaksa menggunakan taktik "acah-mengacah" ini bagi mendapat perhatian Tun? Sekali imbas perilaku Pak Lah ini tidak ubah bagaikan perangai budak-budak.

Letih juga Dato' Seri Najib nak kena melayan perangai Pak Lah. Lepas puas "dicucuk hidung" jadi "Yes Man" nampak gayanya dah terpaksa pulak jadi "messenger" Pak Lah untuk menjawab soalan wartawan dan mengulas semula isu tersebut setelah Tun secara berani dan berterus-terang menyatakan beliau bersedia untuk disiasat dan didakwa di mahkamah.

Kata Tun, hanya dengan pendakwaan terhadapnya di mahkamah sahaja akan memberi peluang kepadanya untuk menerangkan tentang pelbagai perkara yang dilakukan oleh hakim-hakim termasuk berkenaan usaha melobi. Tun juga berharap agar siasatan terhadapnya tidak hanya ditamatkan di atas alasan tiada kes.


Jikalau begitu saya tiada peluang untuk menerangkan apa yang berlaku.

Sebaliknya jikalau didakwa di mahkamah, maka saya dapat menerangkan apa yang saya lakukan dan apa yang orang lain termasuk hakim telah lakukan di dalam perkara lobi.

Saya hendak cerita berkenaan hakim-hakim yang melobi saya. Jikalau melobi adalah salah, maka hakim-hakim ini sepatutnya disiasat, kata bekas Perdana Menteri itu.

Nampaknya ayat Pak Lah "saya pantang dicabar" lebih berpihak kepada Tun, cuma Tun tidak menyebut ayat yang sama sahaja tetapi maksud beliau yang bersedia dibicarakan itu, ke situlah juga. Tun lebih berhemah dan lebih beretika di dalam menyahut cabaran. Nada bahasanya sungguh menarik dan di situlah keunikan Tun Dr Mahathir Mohamad.


Jadi, adakah Pak Lah dan Najib telah mula merasa kecut? Jika berpandukan penjelasan Najib semalam di media elektronik, begitulah kira-kiranya.

0 Responses