Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Setelah hangat darah semua orang Umno/BN dicabar "si benggali" dan "si apek" barulah akhirnya Mursyidul Am PAS mula nak bersuara. Ada kemungkinan juga gamaknya setelah terbaca kecaman saya di blog ini yang membangkitkan soal "kemunafikan" kaum Ulamak yang hanya berdiam diri dan membisu.

Alhamdulillah, sikap cepat-cepat beringat itu amatlah terpuji dan seharusnya dipupuk kepada semua pemimpin Islam mereka supaya menentang kejahilan dan kebatilan itu. Bukan hanya sokong membuta-tuli yang membawa rebah dan kehancuran kepada umat Islam dan bangsa Melayu sendiri.

Semoga selepas ini kita semua akan turut mendengar pemimpin-pemimpin lain mereka tampil menyatakan kekesalan yang serupa sebagaimana langkah murni yang diambil Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat. Sekurang-kurangnya sejuk sedikit hati saya untuk memaafkan MB Kelantan ini dan juga memohon maaf di atas kecaman saya sebelum ini.

Berikut ini adalah kenyataan beliau pada lewat petang (9 Mei 2008) setelah posting saya dikeluarkan di sebelah pagi, hari yang sama.

KUALA KRAI 9 Mei - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury secara terbuka adalah tidak betul dan boleh dianggap sebagai derhaka.

Nik Aziz berkata, tindakan menegur secara terbuka kepada umum dianggap tidak bermoral dan tidak patut dilakukan terhadap seseorang sultan.

"Daripada segi undang-undangnya saya tidak tahu, daripada segi moral, moralnya (perbuatan Karpal itu) tidak betul," katanya.

Mursyidul Am Pas itu berkata, pemimpin parti politik, terutamanya Pengerusi DAP itu, mestilah menghormati institusi raja dan menganggap sultan seperti ibu bapa ketika di rumah.

Katanya, perbuatan tidak menghormati orang tua boleh dianggap sebagai derhaka dan ini bertentangan dengan semangat Malaysia dan budaya Melayu yang sentiasa menghormati orang lain.

"Dalam negeri, raja ketuanya dan di rumah, ibu bapa, dan raja seperti ibu bapalah di rumah. Apa-apa masalahnya, kalau dia ada masalah berundinglah dengan baik," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas merasmikan Projek Mini Hidro Lata Rek, 40 kilometer dari sini.

Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas isu Karpal yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung pertukaran Pengarah JAIP oleh kerajaan negeri baru-baru ini.

sumber Bernama melaporkan

1 Response
  1. Buat pertama kali, Husin menyokong tindakan Pak Lah.

    Tetapi jangan salah faham, Husin belum cium tangan lagi.