Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Golongan pemimpin Islam dari Pakatan Rakyat (PAS-PKR) adalah golongan yang tidak tahu menghormati undang-undang dan hak orang lain. Perjuangan mereka "tiada mengikut prosedur" bahkan mereka tidak memahami "apa itu erti prosedur" pada hakikat yang sebenarnya.

Mereka tetap dengan "adegan sondolan" yang "membabi buta" untuk memenuhi "kepuasan dendam" semata-mata. Mereka adalah "pengkhianat agama, bangsa dan negara" jika tuan-tuan dan puan-puan mahu "halusi" sebenar-benarnya.


"Putarbelit" dan "sandiwara" golongan ini cukup hebat sehingga mampu mempengaruhi "si pemikir - si pemikir yang tidak bijak" bagi menyokong "perjuangan sia-sia" parti mereka.

Dulu ketika PAS memenangi pilihanraya umum ke-10 di Terengganu pada tahun 1999, dan membentuk kerajaan negeri Terengganu, habis tadika dan tabika Kemas ditutup di seluruh Terengganu. Kanak-kanak yang tidak berdosa dan tidak tahu apa-apa pun mereka sanggup khianati. Kali ini setelah memenangi beberapa negeri lain, tentulah mereka lebih mampu "mengkhianati" apa sahaja tetapi mujurlah kita masih ada Sultan dan Agong.

Oleh sebab itu saya menyarankan supaya Sultan-sultan negeri dan Agong tidak menyebelahi fahaman politik mana-mana pihak sebaliknya haruslah bersikap "berkecuali" dan hanya bertindak sebagai "Ketua Agama Islam" semata-mata dan memperjuangkan "hak dan kebenaran" yang hakiki demi kestabilan serta kemakmuran negara yang tercinta.

Usaha menggantikan imam-iman masjid di Perak adalah sesuatu yang telah dijangkakan daripada awal lagi. Malahan di negeri-negeri lain yang dimenangi mereka akan disusuli kemudian nanti. Hanya tunggu dan lihat kebenaran kenyataan "saya (Pemuda Pelapis)" ini.

Sikap "fanatik" dan "taksub" puak-puak mereka amat keterlaluan sekali. Di Kelantan dan Terengganu telah dijadikan tradisi di mana orang-orang Islam PAS tidak akan menunaikan solat di surau-surau atau masjid-masjid yang berimamkan "Imam BN", sehingga kematian pun mereka sanggup "memulaukan" jenazah Islam lain kerana pada ketika hidupnya jenazah itu adalah ahli Umno maka tidak akan disempurnakan dan tidak disembahyangkan oleh puak-puak mereka.

Bukankah jelas dan nyata, mereka ini sanggup mengenepikan "hukum-hakam agama Islam" yang telah ditetapkan Allah swt? Renung-renungkanlah wahai tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian!


Pada bulan lalu, satu kejadian di Kuala Berang, Terengganu di mana seorang bapa tergamak "tidak mahu mewalikan" pernikahan anak perempuannya sendiri akibat "bakal besan" tersebut ialah penyokong Umno dan mengundi BN pada pilihanraya ke-12 yang lalu.

Begitulah betapa "dangkal" dan "cetek"nya pemikiran puak-puak PAS-PKR di dalam memahami Islam yang sebenarnya yang "mencampur-adukkan" fahaman dan ideologi politik ke dalam soal-soal agama Islam.

Hari ini mereka memperjuangkan segala yang "haram" dan mempertikaikan "hal-ehwal agama Islam" kononnya mereka sahaja yang lebih arif bab-bab agama Islam.

"Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya... biarkan! biarkan!"

Kebesaran Allah swt tidak boleh "dinafikan atau ditidakkan", dan tidak mustahil suatu hari Allah swt memberi petunjuk "bayangan khinzir melintas di dalam masjid ketika solat" untuk menyedarkan puak-puak yang "angkuh dan sombong" ini supaya "insaf" atas "pengkhianatan" yang melampaui batasan dan berharap tidak terlambat untuk mereka kembali ke pangkal jalan.

2 Responses
  1. Anonymous Says:
    This comment has been removed by a blog administrator.

  2. Komen yang dipadamkan itu tiada apa-apa isi hanya meletakkan pautan "virus".

    Saya padamkan supaya pengunjung blog "Pemuda Pelapis" tidak menjadi mangsa apabila "klik".

    Sekian dimaklumkan!