Kredibiliti Hishammuddin Mula Diragui
Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein telah berkelibat baru pula untuk dikenali sebagai "Talam Dua Muka" sejak akhir-akhir ini apabila telah mula mencongak "kuasa lebih tinggi" akan digenggamnya sedikit masa lagi.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein telah berkelibat baru pula untuk dikenali sebagai "Talam Dua Muka" sejak akhir-akhir ini apabila telah mula mencongak "kuasa lebih tinggi" akan digenggamnya sedikit masa lagi.
Beliau begitu mudah melatah untuk menghukum orang lain tanpa mahu mengkaji sedalam-dalamnya sebab musabab dengan lebih teliti sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan media.
Sebelumnya saya, Pemuda Pelapis amat menyanjung tinggi beliau sebagai pemimpin tertinggi Pemuda Umno tetapi apabila telah mula menampakkan sikap mahu "mengampu" pucuk pimpinan sekarang di bawah teraju Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah menjerumuskan kehancuran parti dan kerajaan, maka saya mengisytiharkan "hilang kepercayaan secara total" terhadap Hishammuddin.
Selagi beliau tidak memohon maaf dan menarik balik segala kenyataannya yang mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bertindak keluar Umno dan kemudiannya Dato' Mukhriz Mahathir yang sekali lagi mendesak PM, saya tidak akan memaafkan beliau sampai bila-bila.
Saya juga amat yakin dan pasti lebih ramai ahli-ahli pemuda di peringkat akar umbi akan turut hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap perjuangan Hishammuddin. Kita khuatir pemimpin sebegini akan terus mempelopori warisan perjuangan yang hanya berkepentingan peribadi menjaga "temolok dan perut" sendiri semata-mata.
Di sini saya memberikan satu contoh yang amat mudah sahaja untuk kita semua fahami, ucapan Hishammuddin sebelum ini dan dibandingkan pula dengan ucapan beliau sekarang ini. Selepas semua orang membacanya, saya minta semua pengunjung blog Pemuda Pelapis supaya memikirkannya. Bukankah kenyataan Hishammuddin itu telah jelas bercanggah daripada pendirian awal beliau?
Apakah budak Johor ini sudah begitu angkuh atau telah diserang penyakit "epilepsi" atau "terencat akal" dan telah mula menunjukkan sikap "tamak dan gila kuasa" sepertimana pemimpin-pemimpin lain juga? Atas dasar apa perlu membawa kenyataan desakan Dato' Mukhriz itu kepada pengurusan disiplin Umno?
Saya tidak nampak ianya satu kesalahan besar atau melanggar tatatertib parti. Secara tidak langsung, ini mengesahkan bahawa kita di dalam Umno tidak lagi ada demokrasi dan tidak bebas untuk membuat saranan yang baik ke arah menyelamatkan parti. Sebab itulah Tun Dr Mahathir telah memilih jalan keluar daripada parti. Tidakkah tindakan Tun itu memberi satu keinsafan kepada Hishammuddin untuk memikirkannya secara waras kenapa dan mengapa?
Apa bezanya desakan yang terbaru supaya PM meletakkan jawatan dengan desakan yang sama yang sebelumnya pernah dibuat oleh Mukhriz? Cukup mudah untuk kita semua fahami dengan jelas. Mukhriz memberi maksud yang begitu "simple" di mana budak-budak sekolah rendah pun mampu untuk memahaminya tetapi kenapa akal Hishammuddin sebegitu bodoh sekali sehingga tidak sampai kefahaman terhadap apa yang dimaksudkan Mukhriz? Apakah akibat sudah terlalu cerdik sehingga kini kembali menjadi dungu?
Mukhriz hanya memberi "kata dua" kepada PM (Abdullah), jika desakan beliau masih tidak diendahkan sehingga Julai 2008 maka biarlah beliau sahaja yang memilih jalan untuk berundur serta meletakkan semua jawatannya di dalam Umno dan sebagai Ahli Parlimen Jerlun. Ini membawa mesej sebenar bahawa mana-mana satu pihak perlulah mengalah dan Mukhriz menegaskan yang beliau sedia mengalah jika sekiranya PM tidak mahu mengalah. Bukankah itu satu cadangan penyelesaian yang baik dan begitu berhemah?
Kenapa Hishammuddin mesti menyalahertikan kenyataan "kata dua" Mukhriz itu dan dijadikan sebagai satu isu besar untuk dipropagandakan? Atau adakah unsur-unsur "konspirasi yang berniat jahat" di belakang tabir untuk "mencalit arang" ke muka pemimpin "dua beranak" ini? Saya nampak jelas bahawa saudara Mukhriz berada di pihak yang benar dan sebab itulah Mukhriz menyatakan beliau bersedia menghadapi tindakan serta tidak takut dengan ugutan Hishammuddin untuk membawa perkara ini kepada pengurusan parti.
Siapa sebenarnya yang bersikap mengugut di sini? Hishammuddin atau Mukhriz? Siapa yang mempertaruhkan parti sebagai sandaran atau tebusan untuk berselindung? Hishammuddin atau Mukhriz? Fikir-fikirkanlah saudara-saudari semua. Sama-samalah kita mencari kebenaran yang hakiki dan haramkanlah diri kita daripada terus bersekongkol atau bersubahat di dalam usaha-usaha kebatilan. Sesungguhnya Allah swt amat murka kepada golongan kaum yang suka berdusta.
Saya teramat sedih apabila ini sahajalah kepimpinan Umno dan BN yang tinggal pada hari ini, yang tidak boleh hindar atau lari daripada bersikap mengampu pemimpin tertinggi. Rasa macam tidak percaya sejahat ini hati Hishammuddin dan sehina ini sikap beliau sejak kebelakangan ini.
"Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang... Maha suci Allah, hanya Engkau sajalah yang lebih Maha mengetahui segala-galanya dan berikanlah petunjukMu kepada kami semua demi menepati setiap segala kebaikan seluruh rakyat dan negara Malaysia tercinta pada hari ini. Sesungguhnya Engkau sahajalah yang Maha berkuasa ke atas segala sesuatu yang telah Engkau ciptakan. Amin" - doa Pemuda Pelapis.
Moga-moga Allah memakbulkan doa-doa hamba-hambaNya yang teraniaya dan menurunkan bala kepada seluruh kepimpinan jahil yang telah mengkhianati rakyat dan negara. Wassalam!
NOTA: BERFIKIRLAH DENGAN LEBIH WARAS MENGGUNAKAN OTAK DAN AKAL FIKIRAN YANG MULIA. BUKAN BERFIKIR DENGAN KEPALA LUTUT ATAU KEPALA "ANU" SEPERTIMANA PAK LAH DAN MEREKA YANG SEWAKTU DENGANNYA. JIKAKALAU TAK RETI-RETI JUGAK NAK FAHAM NASIHAT ORANG, ESOK LUSA KALAU KENA MAKI HAMUN JANGAN PULAK NAK MELENTING.
Salam kembali saudara,
Terima kasih atas maklumat tapi saya tengok sama saja dengan siri 1 hingga siri 5. Sila klik pada blog ini untuk rujuk semula di ruangan video "Anwar Yang Sebenarnya".
APA PUN SAUDARA SUDAH TERSILAP KOMEN DI RUANGAN YANG TIDAK SESUAI KERANA TIDAK MENEPATI TOPIK SEBENAR. NEXT TIME HARAP DAPAT MASUK RUANGAN "KOMEN AM" UNTUK BINCANGKAN APA SAHAJA TOPIK TANPA TERBATAS. LIHAT "MENU BAR" SEBELAH KANAN DAN KLIK MASUK KE RUANGAN KOMEN AM.
MOHON JASABAIK SAUDARA SUPAYA MESEJ INI DIPINDAH-ALIHKAN KE SANA DENGAN USAHA SAUDARA SECEPAT MUNGKIN KERANA SAYA AKAN MEMADAMKANNYA KEMUDIAN NANTI.
TERIMA KASIH. WASSALAM!