Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Selepas menimbulkan kemarahan rakyat di awal-awal pengambil-alihan kuasa kerajaan negeri Selangor daripada BN, dengan isu penternakan babi besar-besaran bernilai RM100juta, diikuti pula pembohongan demi pembohongan oleh kerajaan PR Selangor di dalam usaha menunaikan janji apabila gagal menurunkan 20% cukai pintu dan gagal melunaskan pemberian saguhati RM1,000 seorang kepada semua anak-anak Selangor yang layak dan berjaya ke pusat pengajian tinggi (dulu katanya semua tapi sekarang bersyarat), kini mereka cuba pula bermain wayang dengan isu air percuma 20 meter padu pertama.

Seperti yang pernah saya maklumkan sebelumnya bahawa media HarakahDaily cukup munafik membohongi dan menggembar-gemburkan apa sahaja isu-isu semasa, kali ini media itu cuba pula melobi rakyat Selangor supaya cepat-cepat menukarkan meter air pukal kepada meter individu dengan perbelanjaan sendiri khususnya bagi penghuni-penghuni rumah pangsa kos rendah yang melebihi 300,000 unit rumah.

Sebelumnya, bekas MB Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo meminta MB Selangor sekarang (PR) supaya menyatakan satu formula khas terhadap apa yang ditawarkan ini agar dapat dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Selangor dan adakah ini sebagai kaedah yang diminta itu? Sekali lagi rakyat Selangor cuba dikelirukan.

Semasa disoal-jawab wartawan melalui berita TV3 beberapa hari yang lalu berkenaan perkara ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kelihatan tergagap-gagap menjawab soalan yang bertalu-talu yang diajukan oleh wartawan kepadanya. Di sebalik air muka dan percakapan beliau itu, menggambarkan ada sesuatu yang tersembunyi yang sukar diperkatakan. Lebih meyakinkan lagi apabila gesaan ini dilobikan pula oleh HarakahDaily pada 16 Mei 2008.

Usaha ini sebenarnya tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mencari keuntungan di sebalik apa yang ditawarkan itu. Semasa berjanji dengan manifesto mereka pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu untuk memberikan air percuma ini, gagasan PR tiada pula mengatakan penukaran meter air perlu dilakukan sendiri oleh rakyat Selangor. Apakah agenda sebenar di sebalik tawaran air percuma 20 meter padu ini?

Adakah kerajaan PR di Selangor benar-benar ikhlas mahu melaksanakan usaha kebajikan sebagaimana yang dijanjikan atau cuba mengaut untung daripada rakyat? Boleh percayakah kita bahawa meter-meter air yang baru itu tiada apa-apa kepentingan kepada mereka? Jika benar mereka tidak memperniagakan meter air baru itu, kenapa mesti rakyat menanggungnya sendiri? Congaklah sendiri jika seluruh rakyat Selangor yang berjumlah jutaan rumah menukarkannya, berapa banyakkah keuntungan yang dijana kerajaan PR?

Saya mengajak anda semua untuk berfikir dan menyelidik di sebalik tawaran ini. Sekali lagi nampaknya rakyat Selangor cuba dipermain-mainkan dan diperbodoh-bodohkan oleh puak-puak PR yang tidak bertanggungjawab ini.

0 Responses