Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Pulau Batu Putih (Pedra Branca)

Menyentuh sedikit isu keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih (Pedra Branca) yang disiarkan secara langsung oleh RTM1 pada jam 4.00PM semalam (23 Mei 2008) dan laporan berita Bernama tepat jam 12.09AM masuk awal pagi 24 Mei 2008.

Sekali lagi rakyat telah dikecewakan. Kita akur dengan keputusan tersebut tetapi kekecewaan di sini bukan ke atas keputusan itu tetapi kecewa dengan pemimpin-pemimpin yang terlibat di dalam proses tuntutan tersebut. Mereka gagal menghalusi dan meneliti fakta-fakta secara jelas untuk memikirkan implikasi keputusan. Pemimpin hari ini hanya bijak membazirkan masa rakyat, bijak menghabiskan duit rakyat dan bijak bersandiwara dengan rakyat.

Apa yang saya fahami dan dapati bahawa keputusan penghujahan di pihak Singapura yang membuat tuntutan bersama dengan Malaysia ke atas kedaulatan Pulau Batu Putih (Pedra Branca) itu sudah jelas, nyata dan cukup kuat untuk berpihak kepada mereka dan mereka lebih berhak berdasarkan segala bukti surat yang pernah dikeluarkan oleh kerajaan negeri Johor sejak dahulu lagi yang menyatakan bahawa Johor tidak pernah menuntut hak kedaulatan ke atas pulau itu.

Surat itu sudah boleh dilihat sebagai "satu perakuan" yang pernah dibuat oleh kerajaan Johor. Termasuklah juga fakta-fakta lain yang dihujahkan Singapura yang tidak perlu diulangbicara di sini. Kenapa bijak pandai yang terlibat di dalam isu tuntutan ini masih cuba mahu menjadi "pahlawan bodoh" yang hanya mampu ditertawakan oleh dunia luar? Apakah benar Malaysia mempunyai "hujah-hujah konkrit" sepertimana yang pernah disebutkan sebelum ini atau hanya sengaja digembar-gemburkan sahaja? Jika benar kita ada hujah-hujah yang cukup konkrit itu, kenapa kalah perbicaraan?

Di mana semua pemimpin-pemimpin hebat daripada Johor? Di mana Hishammuddin yang berkelulusan undang-undang dan memegang jawatan Menteri Pelajaran? Kenapa anak kelahiran Johor ini tidak membantu menyalurkan maklumat lengkap sebelum pergi berlawan atau sememangnya tidak mengetahui sejarah sebenar? Sungguh memalukan rakyat Malaysia. Apa pula pandangan Peguam Negara yang bersungguh-sungguh berhujah? Atau Peguam Negara juga turut diperalatkan?

Jelas Malaysia hari ini hanya mempunyai pemimpin-pemimpin yang berfikiran sempit serta dangkal ilmu. Istilah mudahnya, lebih teori daripada praktikal. Lebih banyak cakap daripada pelaksanaan sebenar. Mereka berfikir tanpa menggunakan akal fikiran (otak), sebaliknya rata-rata berfikir menggunakan kepala lutut mereka. Inilah satu sindrom baru yang parah, "penyakit terlalu merasa lebih bijak daripada orang lain" yang akhirnya merugikan diri sendiri, rakyat dan negara.

Begitulah juga nasib politik Malaysia hari ini. Umno dan BN telah pupus, yang tinggal hanya "Parti Dolah Badawi" yang dipuja-puja oleh seluruh kaki ampu dan pengikut bontot Abdullah. Bau kentut Abdullah pun dikatakan wangi semerbak kerana kepentingan peribadi masing-masing. Jika kata Abdullah suruh hisap ibu jari kaki dia macam kanak-kanak hisap puting pun saya percaya mereka sanggup lakukan mengikut telunjuk Abdullah.

Pandangan baik-baik yang disarankan bekas Perdana Menteri pun turut diperlekehkan yang akhirnya semua orang menjadikan Tun sebagai musuh walhal Tun berniat murni mahu menyelamatkan keadaan. Masing-masing merasakan diri sendiri sudah cukup bijak pandai. Saya amat yakin dan percaya, jika sekiranya Tun Dr Mahathir masih menjadi PM sudah semestinya beliau terlebih dahulu meneliti perkara ini semasak-masaknya sebelum membuat tuntutan berkenaan.

Itulah hakikatnya sikap manusia yang "amat bodoh sombong". Inilah yang dikatakan bahawa, "cerdik tidak boleh diikut dan bodoh tidak boleh ditegur". Rakyat pada realiti Malaysia hari ini, sememangnya benar-benar merasa kecewa dengan kepimpinan yang ada.

Perubahan ke arah segala kebaikan masih lagi kabur dan tidak nampak adanya tanda-tanda positif meskipun pemberontakan rakyat semakin jelas. Apakah dengan berlakunya rusuhan besar-besaran nanti barulah kerajaan mahu menyelesaikan segala kemelut yang melanda negara hari ini? Sesuatu yang pernah dilaungkan sebagai bukan budaya rakyat Malaysia, janganlah pula diundang supaya ianya bakal menjadi satu kejutan budaya baru.

0 Responses