Syabas dan tahniah! Itulah yang ingin saya ucapkan kepada seluruh pemimpin dan juga penyokong PR hari ini kerana 16 atau 17 ahli-ahli parlimen BN di Sabah dan Sarawak kelihatan telah menyeberang (lompat masuk) ke gagasan PR... tapi sayang, Pemuda Pelapis menyampaikan ucapan ini hanya di dalam mimpi di siang hari tadi.
Saya menunggu hingga ke lewat petang ini untuk mengeluarkan artikel ini. Bukan dengan penuh debaran tetapi dalam keadaan gelaktawa yang amat "menggelikan hati" seolah-olah digeletek.
Hari ini bertarikh Rabu, 14 Mei 2008 yang menjanjikan kononnya "lompatan parti beramai-ramai" oleh ahli-ahli parlimen BN di Sabah dan Sarawak ke gagasan PR menjadi realiti tapi masih juga lagi umpama "mengharapkan buah yang tidak akan gugur" ke bumi. Saya kira ianya benar menjadi kenyataan mengikut apa yang diharapkan Ketua Umum PKR yang sering berangan-angan tinggi itu, malangnya puak-puak mereka terus "tertipu" tanpa henti. Apakah tarikh 16 September 2008 ini pula sebagai hari penentu yang baru?
Oleh yang demikian saya mohon fakta kebenaran ini oleh puak-puak gagasan PR dan saudara Anwar Ibrahim haruslah berani tampil sekali lagi untuk membentangkannya sebagai bukti sahih. Jika gagal berbuat demikian maka rakyat seluruhnya tahu untuk menilai sejauh mana "kredibiliti pembohongan" Anwar Ibrahim.
Kita di barisan Umno/BN telah bosan mendengar desas-desus khayalan "keluarga Anwar Mat Jenin" serta seluruh barisan gagasan PR terutamanya parti PAS dan PKR yang suka menggembar-gemburkan isu ini sedangkan ianya entahkan benar, entahkan tidak. Nampaknya mereka masih terus "dilamun fantasi" dan "menolak realiti" bahawa kerajaan persekutuan masih di bawah tampuk pemerintahan BN.
Telah banyak ucapan-ucapan Anwar Ibrahim sebelum ini yang tidak menjadi kenyataan dan apakah puak-puak PR ini masih dilamun sindrom "Angan-angan Mat Jenin" yang begitu serius dan kronik sekali?
Dengan ke"tidakberlaku"an ini, harap rakyat semua sudah boleh membuka mata dan celik seluas-luasnya serta dapat meletakkan semula "otak" di kepala (tempat asalnya yang betul) yang mana sebelum ini telah "disalah-alihkan" ke telapak kaki masing-masing kerana terlalu ghairah mahu menyokong Anwar menjadi PM baru.
Media HarakahDaily yang menjadi benteng dan penggembar-gembur segala isu tanpa usul periksa haruslah menanggung ke"malu"an yang amat serius ini supaya tidak lagi menulis apa-apa berita atas dasar "syok sendiri" sekadar mahu memenuhi ruangan blog mereka.
Muatkanlah berita kebenaran daripada terus bersubahat merekacipta "berita fantasi dan isu-isu putarbelit" jika benar telus dan bertanggungjawab mahu memperjuangkan Islam kerana Islam tidak pernah mengajar penganutnya "berbohong" di sepanjang zaman. Sikap "berbohong" itu adalah jelas "munafik".
Sebelum ini HarakahDaily terlalu banyak menyiarkan "pembohongan" yang lebih dahsyat daripada "media arus perdana". Media pembangkang itu langsung tidak mencerminkan sebuah "perjuangan Islam" yang sebenar.
Syabas HarakahDaily di atas "kebodohanmu" itu yang terlalu ampuh untuk dipergula-gulakan oleh pemimpin anda yang tidak bertanggungjawab itu. (Fahamilah bahawa artikel ini satu penghinaan buat HarakahDaily dan semua di pihak gagasan PR).

Okay lah Tuan;
Saya makin keliru. Tuan side mana? Saya neutral. Lagi satu, tulisan Tuan jelas tapi kasar. Tak cuak?
Saya tanya secara ikhlas. Harap Tuan menjawab kalaupun tidak di sini, mungkin di personal email.
Salam,
Apa yang menjadi kekeliruan di pihak saudara?
Saya kira saya jelas berada di pihak yang memperjuangkan hak dan kebenaran meskipun saya Umno/BN.
Previously saya pernah menyatakan bahawa kita berani kerani benar dan kenapa harus merasa cuak atau khuatir?
Hanya dengan ketegasan dan keberanian sahaja yang mampu menegakkan hak dan kebenaran.
Kritikan dan kecaman yang pedas dan tajam bukan bermakna kita mengundang permusuhan tetapi kadangkala ianya menjadi satu keperluan apabila suara teguran yang lebih puitis tidak diendahkan.
Dengan dendangan yang merdu dan
lunak hanya akan lebih melenakan mereka di dalam khayalan. Maka kita wajib mengejutkan puak-puak ini supaya tidak terus hanyut dibuai mimpi-mimpi indah sedangkan realitinya bertentangan sama sekali.
Itu sahaja pandangan yang mampu saya terjemahkan kepada saudara.
Wassalam!
Salam kembali,
Terima kasih di atas perkongsian maklumat daripada saudara. Semoga video-video tersebut dapat ditontoni ramai oleh semua pengunjung dan sama-samalah kita menilai kesyirikan serta kemunafikan Anwar Ibrahim.
Berjuanglah semua umat Islam Sejati untuk menyingkirkan Anwar daripada persada politik tanahair kita yang tercinta ini. Ketahuilah bahawa beliau lah parasit paling utama yang wajib kita hapuskan sebelum terlambat.
Wassalam!