Syabas! Tun Dr Mahathir telah mula membongkarkan sedikit demi sedikit membalas tembakan "peluru penabur buta" yang dilepaskan kepadanya. Fitnah dan hasutan Musa Hitam serta beberapa lagi pemimpin Umno yang tidak bertanggungjawab wajib ditentang. Jangan dibiarkan "beruk-beruk" itu "bermaharajalela" sesuka hati mak bapak dia orang.
Semua pemimpin wa'imah Abdullah sekali pun kenalah berhati-hati bila mahu bercakap sebelum anda semua diaibkan secara terbuka. Ini baru "chapter" yang Tun Dr Mahathir cuba bongkarkan tapi jika semuanya melampau sehingga "sudah lebih-lebih sangat" nanti tak mustahil "full contents" akan dipaparkan di "blog chedet.com". Apa nak jadi pun jadilah. Pemuda Pelapis dah naik meremang bulu roma dan tetap yakin akan berjaya menyingkirkan kepimpinan "Gagasan Si Dolah Pengkhianat". (keyakinan ini akan diperjelaskan dalam topik berikutnya nanti)
Rafidah, Hishammuddin dan ramai lagi pemimpin-pemimpin Umno juga turut ada ceritanya masing-masing. Maka jagalah mulut kalian semua, jangan sampai "terjerat dengan perangkap sendiri" nanti menyesal tak sudah.
Katanya Tun Dr Mahathir...
Tun Musa Hitam dakwa saya adalah "duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan"
Tun (Musa), apakah Tun (Musa) lupa Tun (Musa) jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun (Musa) jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun (Musa) telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun (Musa). Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun (Musa) kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO. Rupa-rupanya Tun (Musa) masih punyai niat untuk jatuhkan saya.
Oleh itu Tun (Musa) menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun (Musa) supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun (Musa) kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun (Musa) bertanding Presiden, dan Tun (Musa) jadi Timbalannya; Tun (Musa) sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun (Musa) untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.
Akhirnya pecahlah UMNO dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun (Musa) tidak menyertainya. Tun (Musa) selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada UMNO Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun (Musa). Syabas Tun (Musa). Saya tak tahu sekarang Tun (Musa) ahli UMNO atau tidak.
Tepuk dulang paku serpih,
Katakan orang, awak yang lebih.
(petikan ulasan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Tun Musa Hitam)
Pemuda Pelapis sebagai "Insan Di Sebalik Tabir" pasti sentiasa tetap taat dan setia di belakang Tun Dr Mahathir untuk membantu pembongkaran yang lebih dalam jika dirasakan amat perlu. Jangan takut dan khuatir Tun, "berani kerana benar" kerana kita ada maruah dan harga diri. Depa semua itu pemimpin-pemimpin yang tiada maruah dan tiada moral.
Asalamualaikum,
kami tetap menyokong dari depan dan belakang.
salam dari
ashar
angkatan lancang kuning nusantara
kepulaun melayu nusantara
Wa'alaikumsalam,
Terima kasih saudara Ashar di atas sokongan anda. Teruskan perjuangan menentang kejahilan dan kebatilan politik Umno hari ini.
Kita bukan menentang parti tetapi kita memerangi sebahagian pemimpin parti yang menjadi pengkhianat parti dari dalam khususnya ketuanya Abdullah Badawi. Lebih merbahaya lagi sekarang apabila semakin ramai kaki ampu bermaharajalela mementingkan diri sendiri.
Saya sedang mengumpulkan maklumat dan fakta untuk membongkarkan lebih ramai ahli-ahli parti yang jelas menyeleweng dan akan disusuli dengan laporan polis di masa akan datang supaya mereka-mereka ini disiasat mengikut undang-undang.
Umno sekarang rosak bukan berpunca daripada unsur luaran tetapi lebih utama adalah daripada dalamannya sendiri. Tidak perlu menunggu parti lawan menyerang sedangkan dari dalam pun sudah rapuh.
Sukakah anda dan sokongkah anda serta rakan-rakan jika sekiranya Tun Dr Mahathir mengetuai satu angkatan baru sepertimana Semangat 46 dulu untuk merebut balik takhta Umno supaya dapat diperbetulkan? Bawa semua rakan-rakan anda berbahas di sini untuk membincangkannya.
Sekian, salam perjuangan.
Wassalam!
Tun Dr Mahathir,
Semoga terus tabah memperjuangkan nasib orang melayu daripada pemerintahan yang lemah lagi melemahkan.
Saudara tetridz,
Terima kasih di atas sokongan anda. Saya berharap lebih ramai lagi yang menyokong perjuangan Tun Dr Mahathir sepertimana saya dan anda.
Sama-samalah kita berkempen memperjuangkannya demi memperbetulkan keadaan semasa ke arah pemulihan secara total.
Assalamualaikum Pemuda Pelapis,
Tahniah kerana mengwujudkan ruangan ini. Saya telah berbincang bersama-sama rakan-rakan dan kami sebulat suara bersetuju menyokong segala usaha untuk menyelamatkan negara tercinta ini dari musuh-musuh dalam selimut yang semakin lama semakin terserlah. Adalah kenyataan bahawasanya ahli UMNO semakin menjauhkan diri daripada UMNO bukan kerana mereka bencikan UMNO akan tetapi semakin banyak pembodek-pembodek ini membelasah TUN MAHATHIR untuk membela Pak Lah semakin benci dan jauh ahli dan orang Melayu kepada UMNO. Nescaya sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan hanya satu-satunya parti Melayu demi Bangsa Melayu dan masa depan Bangsa Melayu serta warisan Bangsa Melayu. TUN M yang dikenali bukan bercakap tanpa analisa, fakta atau sembrono seperti Pak Lah. Dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan "I don't know, I'm not involve". Tun completely in control dalam apa saja keadaan. Ini baru kena gertak dengan Temasek dah menggelupur. Jangan kata Temasek, baru kena acah dengan Teresa Kok melompat hantar Azmi Khalid kononnya untuk minta maaf yang kesudahhannya membuktikan dan tertulis dalam sejarah bahawa Malaysia memiliki seorang PM paling bodoh dalam sejarah 50 tahun merdeka.
Sehingga ke hari ini, rakyat masih ternanti-nanti apakah ada jawaban dari Pak Lah berhubung soalan atau kenyataan-kenyataan berani dan berterus terang dari TUN. Ayuh TUN..kita sama-sama berjuang menyelamatakan hanya satu-satunya negara Melayu di dunia ini dari terus pupus dari peta sejarah dunia...Amin
Wa'alaikumsalam saudara Sukhoi,
Terima kasih atas sokongan bersama untuk memperjuangkan kebenaran kenyataan Tun Dr Mahathir di dalam mengembalikan kedaulatan agama, bangsa dan negara kepada Malaysia tanahair tercinta kita ini.
Bergabunglah kita beramai-ramai menyahut cabaran ini untuk menyingkirkan DS Abdullah Badawi dan konco-konconya termasuklah pemimpin nombor 2 di bawahnya, DS Najib yang dilihat cukup merbahaya kepada perjuangan parti di dalam membela agama, bangsa dan negara kerana Najib jelas tidak berpendirian. Lancarkan kempen secara lebih meluas bagi mengumpulkan suara-suara tidak percaya kepada Najib sebagai pengganti Abdullah.
Saya amat-amat kecewa dengan kepimpinan "pendek akal" yang tinggal pada hari ini hanya mementingkan jawatan dan temolok sendiri daripada membela hak rakyat dan memperjuangkan kedaulatan negara. Gunapakailah pepatah orang-orang tua yang sering berpesan, "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh", maka bersatulah kita semua menentang kepimpinan yang jahil segala-gala jahil pada hari ini.
JANGAN UNDUR!
TERUS MARA KE HADAPAN!
JANGAN KENDUR!
TEGAKKAN KEBENARAN!
Wassalam!