Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Pemandangan Pulau Pisang dari udara, terletak di perairan Johor, kira-kira 15 kilometer dari Pontian Kecil. Bulatan menunjukkan rumah api yang diurus oleh Singapura sebagaimana di Pulau Batu Putih.


Inilah rumah api yang dibina oleh Singapura di Pulau Pisang pada tahun 1914 melalui satu perjanjian dengan Kesultanan Johor yang telah dipersetujui dan ditandatangani bersama pada tahun 1900.

Menyusul isu Pulau Batu Putih yang telah diberikan pemilikannya kepada Singapura, barulah ada pemimpin Johor mula mahu buka mata luas-luas. Sebelumnya di mana semua para pemimpin berkaliber negeri Johor? Adakah disebabkan "sudah terhantuk baru terngadah" setelah dikejutkan oleh keputusan ICJ tempohari ke atas Pulau Batu Putih?

Sekarang ini baru timbul pula keinsafan mahu menjaga kedaulatan Pulau Pisang di Pontian Kecil, perairan negeri Johor. Persoalannya semenjak silam lagi kita telah membiarkan penguasa Singapura membina rumah api di situ.

Memanglah bagus jika semuanya sudah mula timbul kesedaran tetapi masalahnya rumah api yang dibina oleh Maritim Singapura itu telah ada satu perjanjian kekal selama-lamanya di antara kerajaan British Singapura dengan Sultan Johor (Sultan Ibrahim) yang ditandatangani pada tahun 1900 dulu. Apakah kita pasti ia menjadi milik mutlak kita atau akan turut melalui proses perbicaraan yang sama juga sepertimana Pulau Batu Putih?

Semua pemimpin dah mula celik mata setelah sekian lama tahi mata berselepat tidak bercuci. Barulah sekarang ini mahu kembali menggilap otak (polish) yang dah lama berkarat. Lemah! Lemah! Memang lemah sungguh kepimpinan yang ada pada hari ini, tidak kira di mana negeri pun. Inilah akibat daripada tidak ambil peka fakta sejarah, yang akhirnya menjurus kerugian kepada generasi hari ini.


Kewujudan pulau-pulau di perairan Semenanjung, Sabah dan Sarawak bukan baru semalam timbul dari laut tetapi telah semulajadi wujud sejak zaman-berzaman lamanya. Kenapa baru sekarang semua pemimpin baru mahu menitikberatkannya? Selama ini masing-masing duduk buat apa?

Kenapa agaknya semua pemimpin yang ada tidak peka selama ini? Adakah semuanya turut hanyut dibuai mimpi-mimpi indah? Mungkinkah sudah terlalu selesa kerana negara kita sudah setengah abad merdeka? Tidak pernahkah semua terfikir bentuk penjajahan baru? Atau apakah telah dijangkiti sindrom kelembapan ketua? Mengapa perlu ikut seikut-ikutnya tanpa mahu berfikiran sendiri? Ikut sajalah apa yang baik dan tidak semestinya perlu ikut segala-galanya.

Mungkin akan ada kedengaran mana-mana pemimpin Johor yang marah dengan tulisan saya ini namun saya tidak bermaksud mahu menyalahkan keseluruhan mereka. Cuma siapa yang makan cili-lah yang pasti terasa pedasnya. Yang mana makan buah ceri tentulah merasa kemanisan buah ceri.

Nawaitu saya hanyalah untuk menyuntik sedikit kesedaran minda di kalangan pemimpin supaya lebih aktif dan peka, di samping berpemikiran yang melangkaui jangkaan masa depan. Itulah sebaik-baiknya yang harus digarabkan kepada semua pemimpin, samada wakil rakyat parlimen mahu pun wakil rakyat negeri masing-masing. Saling bantu-membantulah antara satu sama lain di dalam menyalurkan maklumat untuk diambil tindakan cepat.

Jika terus leka dan tiada sebarang tindakan segera, dikhuatiri akan banyak lagi pulau-pulau kecil di perairan Malaysia akan ditawan negara-negara jiran. Jangan hanya menumpukan di perairan Johor sahaja, jenguk-jenguklah juga perairan di sebelah utara, barat dan timur.

Jangan pula menjadi seperti "semut dan gula". Apabila ada satu-satu isu dibangkitkan maka barulah semua orang tertumpu kepada isu yang satu itu. Bijak-bijaklah bertanggungjawab di kawasan masing-masing. Apa guna menjadi wakil rakyat yang dipilih untuk mewakili kawasan masing-masing?

Dan janganlah juga bekerja mengikut rasmi "tukul dan pahat" yang hanya bertindakbalas setelah diketuk. Sendiri-sendiri mahu ingatlah!

2 Responses
  1. Inilah artikel paling berilmiah pernah dibaca saya sepanjang saya melayari blog-blog lain. Tahniah Pemuda Pelapis...Teruskan membongkar!

    Harimau : banyak rupanya rahsia dalam rahsia.


  2. Jangan puji sangat nanti marah Pak Lah dan semua kroni-kroninya sebab mereka pandai sejarahlah Pulau Batu Putih tergadai kepada Singapura.

    Berita semalam pulak MB Johor, Dato' Abd Ghani Othman kata dia yakin Pulau Pisang memang sah menjadi milik Malaysia. Berkeping-keping tahi telinga Pemuda Pelapis keluar jatuh ke lantai sebab terlalu kuat gema mendengar kenyataan tu. Itulah saja keupayaan pemimpin kita. Semua bercakap main ikut sedap mulut tanpa ada bukti sahih dan fakta bertulis.

    Semua orang pun boleh cakap bodoh-bodoh macam tu. Habis tu surat yang ditandatangani pada tahun 1900 dengan Sultan Ibrahim tu apa cerita? Lebih kuranglah juga kesnya dengan Pulau Batu Putih pun. Dalam mahkamah ICJ tempohari, ada disebut juga tentang Pulau Pisang ni. Tak kisahlah apa tujuan disebut pun tapi faham-fahamlah itu sebagai "hint" untuk tuntutan masa depan.

    Rais Yatim kata Singapura bermain fakta minda dan tidak ikut fakta sejarah. Tak ke terbalik bunyinya tu? Kan Singapura ada bukti surat perjanjian penyerahan dan perakuan? Siapa yang tak ikut fakta sejarah? Pemimpin Malaysia atau pemimpin Singapura? Alamak... susah cakap dengan pemimpin recycle macam ni.

    Tak lama lagi jangan terkejut jika Rembau pun turut dijualnya Khairy kepada Singapura. Satu hari esok tiba-tiba dalam peta geografi baru ada satu wilayah baru Singapura terselit dalam Negeri Sembilan. Maka barulah Undang Rembau betul-betul jadi Raja kat situ mewakili Singapura tolong jadi Jaga (Pak Guard) menjaga wilayah baru Singapura.

    Tak lama lagi bertompok-tompoklah peta baru Singapura kat Semenanjung di masa akan datang. Kat sana ciput, kat sini ciput.