Sambil ronda-ronda tengok kawasan bloggers, terbaca satu berita menarik di blog Kuda Kepang oleh Datuk Ruhanie Ahmad, bekas wakil rakyat dan juga orang kuat politik Johor. Berita ini datangnya daripada laporan "mStar Online (The Star)" mengikut kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid.
Ini berita baik, rungut Pemuda Pelapis dalam hati dan kemudiannya berbincang dengan ahli keluarga. Kenapa agaknya Pemuda Pelapis kata ini satu berita baik? Jawapannya, baguslah kalau benar-benar menjadi kenyataan sebab barulah kali ini kita betul-betul dapat menguji kekuatan sebenar kata-kata Dato' Seri Anwar Ibrahim dan juga kata-kata Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Bukan ke... masing-masing duduk kata mereka terus disokong? Si Dolah begitu ego mengatakan akar umbi masih menyokong beliau manakala Si Anwar Jenin pulak duduk kata akan ada ahli-ahli parlimen BN lompat parti kepada gagasan PR sebab Anwar bercita-cita tinggi mahu menjadi PM. Jadi kita tengok sajalah parti mana sebenarnya yang "confirm" tergolek kali ini. Nasiblah... Dato' Seri Najib, kalau BN menang dapatlah duduk takhta PM ganti Pak Lah tapi kalau PR yang menang, melopong sajalah sambil diejek Anwar.
Mengikut penilaian Pemuda Pelapis, situasi sekarang berada pada kedudukan 50:50 jika benar-benar berlaku "PRU Mengejut" kalau berdasarkan apa yang bergolak di dalam Umno dan BN sekarang ini, sementelah pula Tun Dr Mahathir telah keluar daripada Umno. Sementara gagasan PR pula dilihat telah jelas membohongi rakyat setelah tidak mampu untuk menunaikan segala janji-janji manifesto mereka. Maka itu, kedua-dua pihak ini ada peluang yang samarata. Pak Lah dah berbohong kepada rakyat dan Anwar juga turut berbohong kepada rakyat. Kiranya samarata-lah tu.
Ada orang kata BN akan dapat balik majoriti 2/3 tetapi Pemuda Pelapis lebih percaya ramalan Tun Dr Mahathir berdasarkan cerita sebelumnya. Tun amat jarang melakukan kesilapan di dalam ramalan tentang politik. Itu adalah satu anugerah Tuhan kepada beliau (gifted) yang tidak boleh kita nafikan. Perpecahan pengikut di dalam Umno pada situasi semasa ini perlu juga kita ambilkira. Jangan buat-buat tidak tahu. Ramai yang sudah keluar mengikut jejak Tun cuma media sahaja yang tidak mendedahkannya demi kepentingan politik keluarga dan kroni "Parti Dolah Badawi".
Apa pun keadaannya, Pemuda Pelapis tetap berpendirian teguh bersama perjuangan Tun Dr Mahathir. Jika kata Tun tubuhkan parti baru, pastinya Pemuda Pelapis akan menyahut cabaran itu untuk menyertainya. Tapi jikalau Pak Lah turun takhta sebelum "PRU Mengejut" ini dan Tun kembali semula masuk Umno, pun Pemuda Pelapis akan ikut serta. Daripada ikut bontot Pak Lah, jauh lebih baik ikut bontot Tun Dr Mahathir.
Kata orang tua-tualah, jika kita berkawan atau bergaul dengan orang yang cerdik pandai (pintar) maka kita juga pasti akan menjadi pintar sepertinya. Tapi kalau kita berkawan dengan orang bodoh dan lembap otak, kita pun akan turut jadi bodoh dan lembap jugaklah. Begitu jugalah sekiranya kita bersahabat dengan perompak atau lanun, maka kita akan sama ikut jadi perompak atau lanun jugalah (rompak duit rakyat dan duit negara).
Itu sebablah gamaknya pemimpin-pemimpin kerajaan sekarang majoritinya tidak berpemikiran pada tahap kualiti "Gred A" sebab sudah dekat 5 tahun bernaung di bawah Pak Lah. Sedikit sebanyak kelembapan otak ketua telah diserapkan oleh Pak Lah kepada mereka semua. Jadi kenalah cepat-cepat kita balik ke pangkal jalan sebelum Malaysia turut hancur atau tergadai macam Pulau Batu Putih jugak.
Akhbar baru City Examiner melaporkan muka baru "Pemuda Pelapis" sedia menyahut cabaran untuk bertanding 3 penjuru di Parlimen Ampang (P99) dalam "Pilihanraya Umum Mengejut" yang akan diumumkan SPR nanti sekiranya terpilih untuk dicalonkan atas tiket "Parti Komuniti Dr Mahathir".
Pemuda Pelapis: Jika benar Tun Dr Mahathir tubuhkan parti baru serpihan Umno untuk menyahut cabaran "PRU Mengejut" ini, agak-agak logo apa ka nama... yang Tun nak gunapakai? Tapi jangan lupa Tun, "reserve" kan P99-Ampang untuk Pemuda Pelapis menyahut cabaran mengejut ini untuk bertanding 3 penjurulah nampaknya. Soal menang kalah belakang cerita tapi lawan tetap lawan dulu. Biar putih tulang, jangan putih mata.
kah kah kah...macam kenal je akhbar tu...
Kalau Tuan tercalon, biar Harimau yang jadi orang kuatnya.
Dah baca ke? Baguslah...
Tolong kempen/melobi pada rakan-rakan untuk ajak lebih ramai barisan pemuda dan pemudi. Sama-samalah kita gegarkan politik tanahair untuk mengambil tempat veteran-veteran recycle yang menghampakan.
Edar-edarkanlah naskah percuma kepada semua sebagai promosi awal.
Salam perjuangan!