Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Sila klik pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas

Kebelakangan ini penduduk kampung di Kelantan gempar apabila dilanda "hujan batu". Malam kelmarin keadaan penduduk Kampung Kulim di Jeli, Kelantan kebingungan dan terkejut apabila dilanda "hujan air batu" sebesar penumbuk (klik untuk berita penuh).

Fenomena ini adalah satu kejadian yang benar-benar berlaku sejak kebelakangan ini di negeri Kelantan. Sebelumnya ia berlaku di daerah Pasir Mas.


Apakah "musibah" sebenar yang Tuhan cuba isyaratkan kepada "Ulamak" di Kelantan agaknya?

Fikir-fikirkanlah wahai "Tuan Guru Ulamak PAS" sekalian jika mahu "insaf dan sedar" dengan "petanda awal" berkenaan. Memanglah "hujan" sinonimnya dikaitkan sebagai "rahmat Allah swt" namun "hujan batu" tidak harus dianggap sebagai satu rahmat yang serupa tetapi sebaliknya bakal membawa "satu musibah besar" sebagai "peringatan Allah swt" kepada hamba-hambaNya yang munafik, yang telah nyata "menyongsangkan akidah Islam" dan pemimpin-pemimpin PAS telah "tersasar jauh" daripada landasan perjuangan Islam yang sebenarnya.

Saya amat yakin dan percaya bahawa "petanda awal ini" adalah satu "isyarat dan peringatan Allah swt" kepada kaum-kaum Ulamak PAS yang baru-baru ini telah sanggup bersekongkol "menghalalkan apa yang haram" berkaitan "isu ternakan babi" sepertimana kenyataan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat (MB Kelantan - PAS) itu.

Tetapi kenapa Kelantan yang Tuhan pilih? Kerana Kelantan pernah menganggap negeri itu sebagai "Serambi Mekah" dan sepatutnya berkali ganda lebih arif soal selok-belok agama Islam sebelum "Ulamak PAS Kelantan" mahu "menyokong soal-soal isu haram" dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas "tanpa apa-apa dalil yang sahih" yang boleh membenarkannya.

Allah swt banyak berfirman di dalam Al-Quranul Karim, "WAHAI HAMBA-HAMBAKU, BERFIKIRLAH JIKA KAMU ADALAH GOLONGAN KAUM YANG MAHU BERFIKIR..."

Jika "tahu takpe"... Pemuda Pelapis sekadar berpesan dan menyokong "isyarat Allah swt"... Berjihad di jalan kebenaran. Wallahu'alam!

4 Responses
  1. Jeng Says:

    boleh anda terangkan dengan lebih mendalam mengenai halal n haram menurut dalil sahih?saya budak baru belajar n kurang faham menegenai agama..


  2. Saudara,

    Saya tidak tahu samada saudara Islam pada keturunan atau "muallaf" kerana penggunaan nama samaran tersebut.

    Soalan saudara boleh dianggap 2 maksud, samada "ikhlas tidak faham" atau "sengaja buat-buat tidak faham".

    Tidak perlu pergi jauh untuk membincangkan soal "halal dan haram" ini kerana setiap hamba "beragama Islam" tidak kira apa bangsa pun mestilah mengetahui "asas dan dasar hukum hakam" yang sepatutnya.

    "Halal, Haram, Harus, Makruh, Sunat dan Wajib" diajar pada peringkat awal "fardhu ain" maka saudara rujuklah perkara tersebut. Itu tanggungjawab setiap Islam sejati.

    Ini merupakan "pakaian asas umat Islam" di mukabumi Allah swt. Jika ini pun kita tidak tahu dan tidak mahu menitikberatkan maka kita sendiri yang "ingkar dan menderhakai Islam agama suci" dan sebab itulah saya tegaskan dengan berani bahawa "Ulamak PAS" hari ini telah jauh "songsang dan tersasar" di dalam memperjuangkan Islam.

    Jika faham apa kandungan artikel saya (sila rujuk artikel-artikel berkaitan) maka soalan tentang dalil sahih sesuatu yang tidak harus dikemukakan disebabkan "tiada dalil" yang mengatakan Islam boleh berniaga "khinzir" dan sumber pendapatan itu "halal" untuk dijadikan darah daging sepertimana kenyataan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sebelum ini.

    Beliau bercakap "tanpa dalil naqli mahupun dalil aqli" dan sepatutnya soalan saudara ini lebih sesuai diajukan kepada beliau untuk dijawab kerana beliau "terlebih pandai" meletakkan hukum sendiri.

    Apakah "Ulamak Islam PAS-PKR" berani memberi jaminan 1000% (seribu peratus) bahawa sumber pendapatan dari usaha tersebut diasingkan dan tidak digunapakai oleh umat Islam walau satu sen pun?

    Jika jawapannya "Ya" ataupun "Tidak", kedua-duanya ada dalil yang saya boleh terangkan, di sudut kebaikan dan keburukan kepada umat Islam Malaysia seluruhnya.

    FIKIR-FIKIRKANLAH...
    RENUNG-RENUNGKANLAH...
    CERDASKAN OTAK ANDA...
    CARILAH JAWAPANNYA...

    Wassalam!


  3. fitri Says:

    Salam Pemuda Pelapis,

    Saya sering membuat survey mengenai coretan saudara pada rakan2 dan teman dalam PAS,PKR dan UMNO sendiri.Pertanyaan saya kepada mereka kenapa tak ada comment dalam ruangan saudara.Nampak macam tak ada sambutan.Jawapan yang saya terima rata2 mengatakan malas nak layan idea yang sama dari dulu,kini dan selamanya.
    Tetapi bagi saya,saudara adalah sahabat sesama Islam dan merupakan tanggungjawab kita bersama memperbetulkan keadaan sekiranya ada kepincangan dan sebagainya.
    Dalam isu yang saudara utarakan ini,minta maaf saya rasa saudara terlalu cepat membuat aidaian dan menghukum mengikut emosi.Yang sebaik2nya sebelum kita membuat aidaian atau menghukum sesuatu perkara terlebih dahulu kaji dan selidiki dari banyak pihak dan jangan hanya terima dari satu pihak sahaja.Dan yang paling utama tunaikan sembahyang sunat dua rakaat minta pertunjuk dari Allah.
    Kadangkala yang disangka Bala rupanya nikmat dan kadangkala juga yang disangka nikmat rupanya Bala dari Allah.Kita sebagai manusia bersifat lemah disisi Allah Yang Maha Agung dan Perkasa.Sentiasalah meminta petunjuk dan hidayah dariNya.Jangan kita sangka yang kita dapat masuk ke syurga dengan banyak amalan yang kita buat di dunia tetapi hanya dengan Rahmat dan belas Kasihan serta Keredhaan dari Allah itu yang kita harapkan.

    wassalam,


  4. Salam saudara,

    Agak panjang sikit saya mahu mengulas kepada komen saudara.

    Saya menyediakan blog dan menulis artikel bukan mengharapkan sambutan sesiapa untuk memberi komen atau ulasan tetapi jika ada yang berminat dan sudi mahu berkongsi idea, itu saya anggap sebagai "bonus" kepada saya. Tapi sehingga kini "alhamdulillah" rezeki blog saya tak putus-putus dikunjungi saban hari tidak kurang 150 hingga 200 pengunjung tetap dan baru melalui semakan yang saya buat di "stat counter".

    Matlamat utama saya adalah memperjuangkan "hak dan kebenaran" yang kian hari kian pudar dan kita takut soal ini akan terus diluputkan oleh pemimpin serta penyokong mana-mana parti demi kepentingan diri masing-masing dan parti mereka. Saya melihat hanya beberapa kerat sahaja yang berani mahu menegur pemimpin baik di pihak kerajaan atau pun pembangkang.

    Saya juga amati penyokong PAS-PKR-DAP langsung tidak pernah kedengaran berani mahu menegur pemimpin mereka malahan ikut segala-galanya "membuta-tuli" seolah-olah apa pemimpin mereka lakukan semuanya benar belaka. Saya pernah dicabar oleh penyokong Pakatan Rakyat ini di MyKMU.Net atas artikel penulisan saya berkenaan teguran terhadap kepimpinan ini. Rata-rata bangga mengatakan pemimpin Pakatan Rakyat bersih daripada kesilapan dan dosa. Astaghfirullahal'adzim... benarkah? Kalau begitu semua pemimpin Pakatan Rakyat adalah "Ulul Adzmi" sebagaimana Rasulullah saw ke?

    Alasan lain yang diberikan, kononnya media arus perdana tidak adil terhadap pembangkang dan tidak menyiarkan teguran yang dibuat oleh penyokong terhadap pemimpin mereka. Benarkah? Bukankah mereka ada Harakah dan blog-blog sendiri? Jika kita "jujur dan ikhlas" memperjuangkan kebenaran, di blog dan media Harakah kita boleh suarakan ketidakpuasan hati tetapi amat sedih apabila media pembangkang juga hanya menulis segala yang manis di pihak sendiri dan mengecam keburukan pihak lain di media tersebut.

    Apabila sesuatu isu mengenai tepat batang hidung sendiri, kenapa media pembangkang "membisu seribu bahasa" dan langsung tidak mahu menulis berkenaan isu tersebut? Sebab itu saya mencabar penulis-penulis di media pembangkang supaya tampil ke sini dan komen kepada saya jika betul berdiri di pihak yang benar.

    Kepada teman-teman saudara yang mengatakan idea saya sama "dulu, kini dan selamanya" itu adalah "fitnah besar" kerana mereka sebenarnya emosi pada diri sendiri dan golongan ini sebenarnya "terkena batang hidung sendiri" atau mungkin "takut pada bayang-bayang sendiri" sahaja. Golongan teman-teman saudara ini hanya gemar pada kenyataan-kenyataan yang manis didengar sahaja tetapi tidak terbuka dan bersedia untuk dikecam. Saudara dikurniakan "akal dan fikiran" yang mulia maka renungkanlah sendiri apa yang saya cakapkan di sini.

    Ertikata lain mereka ini adalah kumpulan "hipokrit" dan saya amat membenci sesiapa sahaja yang ada memiliki sifat "hipokrit". Berdosa jika kita terus bersubahat dengan makhluk yang bersifat sedemikian. Saya menulis berdasarkan isu semasa yang bergolak tanpa menokok tambah, hanya membuat sedikit ulasan bagi "menyedarkan kaum-kaum yang mahu berfikir" sepertimana Allah sering berfirman di dalam kebanyakan ayat suci Al-Quranul Karim.

    Tohmahan saudara kononnya saya bersikap emosi juga tidak benar kerana saudara belum pernah mengenali siapa saya yang sebenarnya. Saya juga tidak mahu "tersua-sua" untuk menonjolkan siapa saya selagi belum tiba masanya yang sesuai. Biarlah saya bersikap "low profile" atau merendah diri untuk dikenali sebagai "insan di sebalik tabir" sahaja dulu. Tidak semestinya seseorang yang tidak dikenali ramai tidak mampu untuk tampil berjuang soal hak dan kebenaran. Sebagai rakyat Malaysia, saya akan terus bercakap dan menyuarakan apa sahaja untuk memberi pendapat serta pandangan.

    Saya kira balasan komen saya kepada saudara sebelum ini pada tajuk-tajuk lain telah sedikit-sebanyak membuatkan saudara mahu berfikir matang, malangnya soal agama tetap mahu dibangkitkan kepada saya. Kalau kita tunaikan segala tanggungjawab yang wajib dan sunat sebagai seorang Islam sejati, cukuplah antara kita dengan Tuhan. Sebaik-baik amalan kita, biarlah saja Allah swt yang maha mengetahui tanpa perlu kita "iklankan" kepada sesiapa. Itu adalah juga "riak dan sombong" secara tidak langsung, tanpa saudara sedari. Menggenggam rukun iman 6 perkara dan rukun Islam 5 perkara adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang Islam sejati. Itu sahaja yang boleh saya nasihatkan pada saudara.

    Saya fikir saudara masih belum dapat "menangkap maksud" siapa diri saya sebenarnya. Biarlah saya jelaskan secara ringkas dengan sebaris dua ayat di sini. Kaedah pertama, sila rujuk semua artikel penulisan saya di blog ini. Keduanya, saya mahu mengakui bahawa saya hanya takut kepada Allah swt sahaja dan tidak takut kepada sesiapa pun selagi ada yang bergelar apa sahaja makhluk Allah.

    Prinsip dan pendirian saya amat tegas, dan saya tetap akan menyelar serta menghentam sesiapa sahaja, tidak kira "kerajaan mahupun pembangkang" walaupun saya mendokong perjuangan Umno. Kita mesti bersikap "adil dan benar" kepada diri sendiri dan semua pihak tanpa berkecuali.