Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Si bengap HarakahDaily melaporkan berita yang kononnya nak berbangga tapi sebenarnya hanya layak ditafsirkan sebagai menghina diri puak-puak mereka sendiri.

Berbangga diri itu sendiri sudah dianggap "riak, angkuh, ujub dan sombong". Itulah berkali-kali saya katakan PAS tidak faham apa itu agama Islam sebenarnya. Tak apalah kita biarkan mereka dengan berita "bodoh sombong dan keangkuhan" yang ingin mereka tonjolkan itu.

Nak salahkan mereka pun kesian jugak sebab selama ini dah puas "mengemis" minta duit daripada pengunjung ceramah-ceramah haram, bila dah jadi kerajaan, barulah mula nak merasa ada duit. Bila bersedekah mestilah mereka nak kena umumkan, kalau tidak macam mana orang nak tahu mereka baik hati. Ya tak ya jugak!

Kerajaan Selangor (Pakatan Rakyat) bagaikan ayam "bertelur sebiji, riuh sekampung" mengumumkan mereka menghulurkan bantuan RM1Juta kepada mangsa "Taufan Nargis" di Myanmar. Yang jauh mereka nampak tapi yang depan mata buat-buat tak nampak. Inilah kata pepatah, "gajah di depan mata mereka tak nampak, tapi kuman di seberang lautan yang mereka nampak".

Kebetulan pulak bunyi nama taufan tu pelik... apa ke nama... apa ke nama...

"Nargis"...? dekat-dekat bunyi "najis" jugak! Dah rezeki puak-puak Pakatan Rakyat asyik berusaha ke arah hal-hal "najis" sajalah tapi yang ni dapatlah sikit saguhati "pahala" daripada Allah swt sebab menolong mangsa yang memerlukan bantuan.

Usaha membantu itu memanglah mulia namun sebelum bersedekah kepada orang lain, bersedekahlah kepada rakyat sendiri dahulu. Tambah-tambah pula memang dah berjanji awal-awal lagi untuk bersedekah 20% cukai pintu agar dikurangkan.

Pernahkah kita semua dengar Pakatan Rakyat Selangor berjanji untuk bantu mangsa di negara luar? Tidak! Tak pernah dengar pun...

Pernahkah kita semua dengar Pakatan Rakyat Selangor berjanji macam-macam dalam manifesto mereka dulu kepada rakyat Selangor? Sudah tentu sekali, dan tak akan lupa! Banyak sangat lagi yang belum tertunai. Harap-harap, janganlah buat-buat lupa atau sengaja melupakannya.

"Tak baiklah macam ini" kata Dr Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor. Jadi tak perlulah saya mengulas panjang, baik kita baca apa kata Dr Khir Toyo mengenai janji penurunan cukai pintu 20% oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu.

Oleh itu semua orang tolong pandai-pandailah menilai "pembohongan demi pembohongan" yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Tak sampai pun 100 hari memerintah "dah macam-macam mereka bohong itu dan ini".

Bagaimana kalau berterusan diberi kuasa? Fikir-fikirlah sendiri jikalau rasa masih ada otak kat kepala. Kalau otak tu dah beralih ke bawah tapak kaki, tak tahulah pulak.

0 Responses