Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Secara umumnya, matlamat utama seseorang wakil rakyat parlimen dipilih oleh rakyat di kawasan masing-masing adalah bertujuan membawa usul-usul kepentingan rakyat untuk dibahaskan ke arah mencari penyelesaian demi pembangunan dan kemajuan rakyat setempat.

Itulah sepatutnya yang lebih utama daripada yang lain-lainnya tetapi puak-puak Ahli Parlimen gagasan PR ini lain pula yang ditimbulkannya.


Mereka menjadikan Dewan Rakyat sebagai "sarkas" dan tempat untuk mencungkil serta mengorek segala kesalahan di pihak lain (kerajaan). Yang sepatutnya dibangkitkan tidak dibahaskan tetapi mewujudkan suasana perbalahan adalah menjadi agenda penting kepada mereka.

Yang tertonggeng salah toksah ceritalah, dah tentu mereka haruk berminggu-minggu, berbulan-bulan, malahan ada sesetengah isu itu sehingga bertahun-tahun lamanya tetapi yang tak salah pun akan direkaciptakan oleh puak-puak mereka sehingga seolah-olah isu itu benar-benar kelihatan sebagai satu kesalahan nyata. Itulah dasar "putarbelit" pemimpin-pemimpin PR yang kerjanya asyik mengelirukan rakyat.

Apabila suasana sebegini diwujudkan, sudah tentu perdebatan tidak akan tertumpu kepada soal-soal rakyat kerana kedua-dua pihak akan saling berhujah untuk "mengiyakan serta menidakkan" apa yang sebenarnya. Masa terus berjalan ke depan dan tidak undur ke belakang, maka akhirnya isu-isu kepentingan rakyat akan terus terabai begitu sahaja.

Siapa yang rugi? Sudah tentulah rakyat merasa rugi dan kesal memilih wakil mereka ke parlimen jika ini yang dibahaskan. Kenapa mesti masuk ke Dewan Rakyat membawa "dendam kesumat" dan tidak mahu membawa "otak dengan idea-idea yang bernas" demi rakyat? Lagi banyak "puak-puak bahlul dan bodoh sombong" ini berhujah, lagi nyata politik "korup" yang mereka perlihatkan.

Sejak kebelakangan ini, itulah isu-isu semasa yang ditimbulkan oleh puak-puak PR kepada pihak kerajaan. Di antaranya mereka mempertikaikan soal-soal elaun 3 penasihat kerajaan. (Sila rujuk berita HarakahDaily oleh mereka dan juga di blog ini di mana kami berbincang).

Pendekata orang lain semuanya salah belaka, hanya mereka sajalah di pihak yang benar dan pandai. Itu belum lagi "panjang yang kata", kalau panjang dah mula nak mengata maka hancurlah parlimen kerana alasannya tidak kukuh untuk dijadikan fakta apabila selalu sangat kita dengar ayat, "saya dimaklumkan... saya dimaklumkan..." tapi sebenarnya siapa yang maklumkan? Sesiapa pun boleh cakap macam itu.

Apa yang saya maksudkan dengan "panjang yang kata" itu adalah kemeleretan cerita yang dipanjang-panjangkan atau diperbesar-besarkan oleh puak-puak mereka (gagasan PR).

0 Responses