Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Kita faham bagaimana keadaan seekor beruk apabila diberikan sekuntum bunga. Si beruk ini akan meragut, merobek, dan meleraikan kuntuman demi kuntuman sehingga hanya meninggalkan tangkai bunga yang kemudiannya dihumbankan ke tanah. Beruk tidak akan memahami nilai seni keindahan sekuntum bunga itu sebab itulah dia berkelakuan sedemikian. Lebih-lebih lagi kita tahu dia seekor haiwan.

Juga tiada beza keadaannya seekor khinzir apabila mula menyondol maka segala apa yang nampak pelik di hadapannya pasti akan disondolnya tanpa mempedulikan risiko ke atas muncungnya sendiri apatah lagi untuk memikirkan kerosakan harta benda orang lain. Apa yang pasti, perlakuan menyondol itu memberi satu kepuasan kepada seekor khinzir kerana itu sememangnya tabiat semulajadi binatang berkenaan.

Hari ini kita dapat melihat keadaan manusia yang seumpama beruk dan khinzir bertindak lebih ganas.

Dunia politik pembangkang begitu ketara keterlaluannya dan amat sesuai untuk dikaitkan dengan kedua-dua perumpamaan tersebut kerana tidak sesuai jika saya mahu menggunakan perumpamaan lain.

Bangsa pembangkang ini tidak mahu menerima teguran-teguran baik yang membina sekiranya dinasihati dengan bahasa-bahasa yang lebih puitis disebabkan "alah bisa tegal biasa" kerana telah "lali" diasuh dan dididik sedemikian rupa oleh Tuan Guru mereka.

Mengkhianat, mencaci, mencela, memfitnah, mengaibkan dan mengkafirkan sesama Islam lain pun mereka tergamak dan ini sememangnya sesuatu yang "amat biasa" kepada golongan "munafik" ini (PAS-PKR).

Mereka seolah-olah termangu ke"JAKUN"an setelah diberikan kuasa memerintah beberapa buah negeri. Apa jua yang tercapai untuk dirobeknya maka tidak dilepaskan peluang itu dan apa jua yang mampu disondolnya maka terus disondol, sekalipun keadaan sekeliling masih berpagar.

Samalah situasinya apa yang baru terjadi di Perak sehari dua ini apabila Pengarah JAIP, Datuk Jamry Sury (klik untuk rujuk) diarahkan mengosongkan pejabatnya dengan notis 24 jam sedangkan kita semua tahu pagarnya ialah Sultan Perak dan Raja Muda Perak yang masih berkuasa ke atas segala urusan hal-ehwal agama Islam negeri.

Namun MB Perak yang baru itu, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin (PAS) tidak mempedulikan apa alasan pun dan tetap mempertahankan keputusan angkuh beliau (klik untuk rujuk) dan juga (klik untuk rujuk). Malahan tiada rasa hormat kepada Institusi Kesultanan Perak itu. Beliau lebih mengutamakan "nafsu serakah" beliau untuk membalas dendam apabila orang tidak menyokong untuk memberi kerjasama. Begitulah juga halnya keangkuhan sikap Dewan Pemuda PAS Perak (klik untuk rujuk) sebagai "batu api".

Lebih mengecewakan kerana Pengarah JAIP tersebut tidak diberi peluang langsung untuk bersuara menjelaskan apa-apa bagi membela diri. Adakah betul cara tindakan pemimpin PAS itu?

Kepada golongan Melayu beragama Islam, khususnya para pemimpin serta penyokong "fanatik" Pakatan Rakyat, anda fikir-fikirkanlah secara waras dan matang, tanpa mempengaruhi elemen ke"TAKSUB"an dalam diri anda terhadap mana-mana fahaman politik. Bebaskan benak fikiran untuk menilai dengan baik.

Tindak tanduk pemimpin Islam dari PAS dan PKR kian hari kian nyata melampaui batasan agama Islam dan perjuangan mereka ketara bertentangan dengan tuntutan Islam sebenar. Banyak percanggahan yang dilihat secara jelas yang "mendekatkan" mereka dan "menjuruskan" mereka kepada soal-soal tindakan "haram" yang mengenepikan Islam sama sekali.

Maklum sajalah mereka ni golongan yang selama ini sekian lama duduk ditakuk pembangkang dan kerja mereka hanya tahu membangkang tak berkesudahan sehingga apabila mampu membentuk kerajaan pun mereka masih menganggap diri mereka sebagai pembangkang.

Cuma sedikit beza, hari ini mereka mampu menyalahgunakan kuasa di tangan kerana baru dapat sedikit kuasa maka pantang merasa tidak puashati terus sahaja bertindak "membabi buta" tanpa mahu berfikir. "Akal yang mulia ciptaan Tuhan" itu berada di "kepala (kalimah)" tetapi malangnya dialihkan sendiri ke "telapak kaki" mereka.

Sebab itulah sebelum ini, awal-awal lagi saya telah peringatkan mereka dalam bentuk protes (klik untuk rujuk) kerana telah nampak ke"KEMARUK"an tindak tanduk perjalanan mereka ini. Selepas ini, tidak mustahil akan banyak lagi tindakan-tindakan "BAHLUL" dan "SONGSANG" daripada pihak Pakatan Rakyat khususnya PAS-PKR (pemimpin Islam).

Sebelum ini kerajaan Pakatan Rakyat Selangor heboh meluluskan "projek Mega ternakan babi" berjuta ringgit dan dengan bangganya disokong pula oleh hamba Allah yang dianggap Ulamak Besar, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim, malahan seluruh pemimpin Islam mereka.

Mengejutkan lagi apabila Nik Aziz (MB Kelantan - PAS) kata "tidak salah kalau orang Islam mahu menternak binatang haram itu dan menjadikannya sumber pendapatan, asal tidak sentuh dan tidak makan tetapi apa yang pasti kita takkan bela".

Ayat Quran dan Hadis mana yang diikuti? Islam mazhab mana yang dianuti? Kalau begitu, bolehlah Islam ni berniaga kedai nombor ekor, membuka kasino, membuka kilang arak, membuka kedai arak, dan pusat-pusat pelacuran asalkan tidak turut berjudi, tidak turut minum arak dan asalkan melacurkan hanya perempuan-perempuan bukan Islam. Tak gitu ke maksud Tuan-tuan Guru ini semua?

Bukankah memakan hasil pendapatan daripada sumber yang haram itu adalah haram? Wang ringgit yang diperolehi dari sumber haram itu walaupun dibelikan makanan halal namun ianya tetap haram untuk dijadikan darah daging kita.

Adakah ini satu "FATWA BARU" daripada Nik Aziz pulak? Atau mungkinkah juga Tuan Guru ini sudah menjangkau "nyanyok" agaknya? Astaghfirullahal'adzim... bawalah mengucap wahai Tuan Guru.

Syabas! Banyak sungguh "fatwa-fatwa hebat" daripada Ulamak PAS. Moga-moga amatlah besar ganjarannya di akhirat kelak kerana kebijaksanaan Ulamak PAS ber"FATWA" untuk merujukkan garis panduan baru dan terkini kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Kita semua pun nak tunggu juga "FATWA" MB Perak (PAS), apa beliau nak keluarkan dengan tindakan "sondolan" beliau itu yang lebih bersifat "membalas dendam". Kemungkinankah "MEMBALAS DENDAM" akan diisytiharkan "WAJIB" oleh Islam daripada golongan pemimpin PAS-PKR dalam tempoh terdekat ini? Suatu masa dulu, Haji Hadi Awang (Presiden PAS) berani mengatakan "ALLAH ITU SAMSENG".

Demi menegakkan kenyataan songsang itu, Presiden PAS tersebut sanggup "memutarbelitkan fakta" menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis serta mengaitkan penggunaan "nahu Arab" dan bermacam-macam cara "auta keling" yang sama lebih kurangnya dengan sekutunya Karpal Singh.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat untuk menyemarakkan "DUNIA BARU ISLAM" di Malaysia berlandaskan "FAHAMAN SONGSANG PAS-PKR" dan kita perlu hadiahkan mereka satu tepukan paling gemuruh. Mereka ini segalanya "BENAR BELAKA" dan orang lain "SALAH BELAKA".

1 Response
  1. This comment has been removed by the author.