Memetik kenyataan akhbar laporan Bernama, apa yang dibentangkan ini hanyalah ranting yang tidak begitu penting dan kurang sesuai di dalam situasi semasa ini. Pokoknya perlu diselesaikan segera supaya kukuh dan stabil barulah dahan serta rantingnya mampu bercambah dan tumbuh dengan baik.
Apa pun yang dibentuk dan ditubuhkan tidak ada guna dan tiada memberi apa-apa makna serta manfaat selagi asas dan dasar perjuangan Umno yang ada sekarang di bawah kepimpinan Abdullah-Najib masih tidak diperbetulkan secara total melalui reformasi besar-besaran di semua peringkat. Walau bagus macam mana sekalipun usaha-usaha baru yang mahu diaplikasikan dan diserapkan kepada seluruh ahli-ahli serta rakyat, dipercayai tidak akan kesampaian.
Keperluan utama dewasa ini yang harus digembeling secara permuafakatan adalah mengembalikan wadah perjuangan asal parti Umno untuk membela agama, bangsa dan negara setelah Umno/BN berada di ambang maut pada ketika ini. Isu-isu yang dibangkitkan ini hanyalah cabang-cabang dahan dan ranting kecil sahaja tetapi dasarnya (pokok) harus terlebih dahulu berada di dalam keadaan yang benar-benar kukuh barulah matlamat apa pun akan mampu dicapai dengan jaya.
Sementelah pula Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan Ketua Pemuda Umno Perak sendiri sudah tidak lagi jelas prinsip perjuangannya. Hak dan kebenaran sebagai landasan asas perjuangan telah diketepikan tetapi begitu tertonjol dengan sikap "ampu, bodek dan talam dua muka" maka sudah tentulah "cakap tidak serupa bikin" yang bakal berlaku. Maka buat seketika ini, semua ini hanya membuang masa sahaja.
Jika masing-masing yang mengeluarkan kenyataan ini secara jujur mahu membuktikan komitmen bagai apa yang diperkatakan, perbetulkan dahulu perkara pokok yang sedang dituntut oleh majoriti rakyat dan ahli-ahli di akar umbi supaya menunaikan dahulu reformasi menyeluruh sebagai komitmen paling utama.
Tidak perlu melalak jauh-jauh mengusulkan itu dan ini dalam keadaan semasa ini kerana kami semua di akar umbi dan majoriti rakyat sudah jelak dan muak dengan dendangan wayang kulit anda-anda semua. Cermin-cerminlah diri sendiri masing-masing sebelum mahu tunjuk hebat. Jangan sampai mengiyakan kata pepatah, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran". Utamakanlah apa yang lebih utama!
HISHAMMUDDIN HARUSLAH TERLEBIH DAHULU MELUNASKAN KATA-KATA AWAL BELIAU TENTANG REFORMASI MENYELURUH DI DALAM UMNO JIKA MAHU MELIHAT UMNO TERUS RELEVAN.
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Pemimpin Pergerakan Pemuda Umno hari ini menyambut baik pengumuman pembentukan lima sekretariat khas dan sebuah sekretariat tetap oleh ketua pergerakan itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, semalam.
Anggota exco Pergerakan Pemuda Umno Harrison Hassan berkata penubuhan kesemua sekretariat itu bakal menjadi nadi penting kepada Pemuda Umno untuk sentiasa menjadi segar, dinamik dan relevan kepada anggota Umno dan keseluruhan rakyat.
"Langkah ini adalah bukti Umno yang sentiasa peka dan terbuka terhadap semua pandangan, luahan dan kritikan yang membina. Berasaskan formula kesinambungannya sejak (Umno ditubuhkan) 62 tahun lalu, Umno sentiasa bersedia bermuhasabah dan berubah demi kepentingan ramai," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.
Semalam, Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan pembentukan enam sekretariat itu sebagai agenda bertindak Pergerakan Pemuda Umno bagi memacu usaha mengembalikan keyakinan golongan muda terhadap parti.
Sekretariat khas yang ditubuhkan ialah Sekretariat Permuafakatan, Sekretariat Peremajaan Umno, Sekretariat Pembelaan Rakyat, Sekretariat Pembinaan Negara Bangsa dan Sekretariat Perhubungan Media, dan Sekretariat Tetap.
Hishammuddin berkata setiap sekretariat mempunyai rangka kerja sendiri melalui terma rujukan yang ditetapkan untuk menentukan visi, misi dan objektif dalam merealisasikan hasrat itu.
Harrison seterusnya melahirkan rasa syukur atas kepercayaan Hishammuddin yang melantiknya (Harrison) mempengerusikan Sekretariat Peremajaan Umno.
"Sekretariat ini akan mendekati golongan sasar bagi memastikan Umno tetap diminati oleh generasi muda," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Perak Zainol Padzi Paharuddin berkata penubuhan sekretariat itu membuktikan komitmen Pemuda Umno untuk melihat gerakan menyeluruh anggota-anggota Pemuda dalam mendokong dan meneruskan agenda parti, terutamanya dalam memartabatkan institusi Raja-Raja Melayu.
"Usaha harus digerakkan ke arah memperkukuhkan kembali kuasa Raja-Raja Melayu supaya kedaulatan dan kekuasaan orang Melayu sentiasa terjamin.
"Kita tidak mahu Raja-Raja Melayu hanya sekadar menjadi simbol sebaliknya mahu mereka (raja-raja Melayu) berada dalam kedudukan untuk menjadi penjaga kelangsungan politik Melayu," kata Zainol.
-- BERNAMA