Setelah beberapa hari isu "pengkhianat parti" kembali terjun ke dalam Umno, akhirnya barulah Tun Dr Mahathir mahu membuat sedikit ulasan ringkas. Berita laporan ini dipetik daripada sumber Bernama kerana ianya ada kaitan dengan ulasan Pemuda Pelapis untuk beberapa artikel penulisan di blog ini sebelumnya yang bertajuk Abdullah dan Najib Pendek Akal, Bukti Terkini Abdullah Terus Berbohong dan Parti Tupperware atau Parti Tong Sampah.
Di samping itu beliau turut menyentuh sedikit berkenaan kenyataan Menteri Belia dan Sukan berkaitan isu jawatan anaknya, Mokhzani sebagai Pengerusi Sepang International Circuit (SIC) yang dilihat sebagai tidak profesional kerana mencampur-adukkannya dengan isu-isu politik semasa.
Itulah ringkas sahaja kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat ulasan. Kita semua haruslah ambil tahu dan peka dengan setiap apa yang diperkatakan oleh beliau kerana Tun tidak pernah bercakap tanpa fakta. Apa sahaja kenyataannya selalunya telah dianalisa sebelum diucapkan dan tidak seperti Abdullah dan Najib yang selalu sangat kita lihat merapu-rapu apabila berucap di khalayak ramai, khususnya Najib yang gemar bercakap "ala-lucah" seperti dalam Perhimpunan Agung Umno yang lalu.

PETALING JAYA, 31 Mei (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor yang melompat masuk ke dalam Umno seperti katak.
Beliau berkata tidak mustahil tindakan Mohamad Ezam keluar masuk parti akan berulang kerana beliau pernah keluar Umno dan menyertai PKR dan kini keluar PKR dan menganggotai Umno semula.
Dr Mahathir berkata demikian pada program Suntikan Semangat Satria di sini Sabtu. Program itu antara lain menumpukan perkara berkaitan pembangunan semangat golongan Melayu selain permasalahan yang dihadapi Umno kini.
Program itu turut dihadiri Exco Pemuda Umno Datuk Sazmi Miah, anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Datuk Ruhanie Ahmad.
Dr Mahathir juga berpendapat permohonan kemasukan semula Mohamad Ezam ke dalam Umno kali ini merupakan "batu loncatan" terhadap Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin menyertai Umno semula.
"Anwar menggunakan Ezam untuk menyertai Umno semula kerana dia (Anwar) sedar satu cara yang dia boleh jadi Perdana Menteri ialah dengan disokong oleh Umno.
"Dari situ apa juga cara untuk mendapatkan sokongan Umno akan diusahakan oleh Anwar. Sebab itu kena berhati-hati apabila Ezam lompat masuk dalam Umno di waktu ini," katanya.
Mengenai anaknya, Datuk Mukhriz, yang kini dilihat semakin lantang bersuara, Dr Mahathir berkata: "Kalau dahulu ahli politik boleh mengkritik, kenapa sekarang tidak boleh?"
Beliau juga enggan mengulas panjang kenyataan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob yang menggesa seorang lagi anaknya, Datuk Mokhzani supaya meletak jawatan sebagai pengerusi Sepang International Circuit (SIC).
"Kalau saya di tempatnya (Mokhzani), saya tidak akan meletak jawatan. Saya akan melepaskan jawatan sekiranya saya nak berbuat begitu, tanpa paksaan kerana saya lebih suka 'ditendang'," katanya.
-- BERNAMA
Itulah ringkas sahaja kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat ulasan. Kita semua haruslah ambil tahu dan peka dengan setiap apa yang diperkatakan oleh beliau kerana Tun tidak pernah bercakap tanpa fakta. Apa sahaja kenyataannya selalunya telah dianalisa sebelum diucapkan dan tidak seperti Abdullah dan Najib yang selalu sangat kita lihat merapu-rapu apabila berucap di khalayak ramai, khususnya Najib yang gemar bercakap "ala-lucah" seperti dalam Perhimpunan Agung Umno yang lalu.
Salam kembali,
Terima kasih saudara. Seperti sebelumnya saya dah maklumkan saya dah ada siri 1 hingga siri 5. Apa pun siri 6 dan siri 7 telah saya simpan dan akan saya "publish" kan nanti.
Wassalam!