Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak keluar daripada Umno kelmarin 19 Mei 2008, sebenarnya membuatkan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semakin kecut perut dan menjadikan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pula di dalam situasi yang semakin gabra menggelabah. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein kenapa pula mesti melatah?

Kedua-dua pemimpin tertinggi (Abdullah dan Najib) ini kian tidak tentu hala jika diamati daripada riak wajah dan kenyataan ucapan mereka. Pak Lah tahu siapa Tun dan Pak Lah juga tahu kekuatan pengaruh Tun. Najib pula yang sebelumnya agak liat untuk berjumpa dengan Tun, kini tanpa malu mengeluarkan kenyataan media pada lewat petang hari pengumuman Tun keluar parti, untuk menawarkan dirinya berjumpa dengan Tun sekembalinya beliau dari Mesir nanti bagi membincangkan perkara ini dengan Tun.

Adakah kedua-dua pemimpin tertinggi ini merupakan pemimpin bermaruah? Saya tidak nampak mereka sebagai pemimpin yang ada maruah diri. Seorang daripadanya amat jelas tidak mahu akur dengan kehendak majoriti rakyat dan seorang lagi pula bijak berperanan mengipas sehingga sanggup dibiarkan dirinya dicucuk hidung menjadi "Pak Turut" sepanjang zaman. Maklumlah, nak "play safe" lah katakan. Tak apalah jika begitu, kenapa perlu merasa goyang tanpa Tun di dalam Umno?

Bilamana Tun telah keluar parti sepatutnya kedua-dua ini semakin tenang dan tidak usahlah mengganggu Tun yang telah pun memilih jalan untuk keluar daripada Umno. Sepatutnya keputusan Tun itu harus diraikan dengan penuh kesyukuran. Bukankah itu yang kedua-dua pemimpin ini mahukan? Hishammuddin pun kelihatan sudah pandai tumpang sekaki. Sejak bila Hishammuddin belajar "mengipas dan mengampu" pucuk pimpinan?

Apabila Tun bersuara lantang memberi pandangan dan nasihat, dianggapnya Tun sebagai musuh. Jadi benarlah kenyataan Tun bahawa pemimpin-pemimpin Umno yang ada hari ini majoritinya tidak tahu menilai jasa dan budi Tun selama ini serta tidak tahu menghormati Tun sebagai Negarawan yang berpengalaman luas. Jika semuanya sudah begitu bijak pandai, teruskanlah usaha mentadbir negara dengan cara tersendiri tanpa perlu bersusah-payah memujuk dan meminta apa-apa lagi pandangan daripada Tun.

Jika mengikut kata Pak Lah, kenapa dia harus tunduk kepada desakan Tun sedangkan beliau ada banyak tugas untuk diselesaikan. Sebelumnya Najib juga dikatakan terlalu sibuk sehingga tidak mampu meluangkan masa berjumpa dengan Tun sehingga membiarkan Tun menunggu terlalu lama. Kedua-dua pemimpin tertinggi ini terlalu banyak dalih dan alasan yang membosankan untuk kita semua dengar.

Amboi! Pak Lah sibuk sangat katanya banyak tugas nak dilaksanakan. Tugas apa tu Pak Lah? Nak pastikan semua projek Scomi dan lain-lain projek mega Kamaluddin "secure" dulu ke? Masih belum "achieved target" lagi ke Pak Lah? Si Najib pula tiba-tiba mahu tunjuk baik dan sopan dengan Tun sehingga sanggup menawarkan diri tanpa segan untuk menjadi "messenger" Pak Lah bagi meredakan keadaan, kenapa agaknya?

Dato' Seri Hishammuddin pula kenapa ni... dah mula pandai nak melatah dan tunjuk sikap biadab? Kenapa mesti ulas kata Tun tidak bertanggungjawab dengan mengambil keputusan begitu? Tun punya diri, maka dia punya sukalah nak pilih jalan mana pun. Amboi! Hebat sungguh masing-masing cuba menjaga "temolok dan perut" sendiri. Ada apa-apa ke ni Hishammuddin? Semua orang tahulah Hishammuddin dengan Najib sepupu tapi janganlah nak mula tunjuk biadab dengan orang tua.

Soal "Isu Keris Panca Warisan" bukan main tunduk dengan pembangkang sehingga sanggup menggadai maruah bangsa Melayu dan tergesa-gesa memohon maaf secara terbuka di media. Kalau tahu masih ada perasaan dan rasional, saya menggesa anda memohon maaf kepada Tun Dr Mahathir dengan segera.

Selama ini saya cukup hormat dengan anda dan jangan sampai saya serta lebih ramai barisan pemuda mula memboikot dan mengecam anda sepedas-pedasnya. Jangan terlalu mudah bersikap "lupa daratan" atau "kacang melupakan kulit" apabila telah mula nampak "ambang kekuasaan" semakin hampir. Tun tidak pernah biadab terhadap anda (Hishammuddin) dan juga sepupu anda (Najib).

-------Pemuda Pelapis memberi peringatan awal kepada Hishammuddin-------

0 Responses