Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Hari ini (2 Mei 2008), jam 11.00 pagi, Nizar Jamaluddin (MB Perak - PAS) dipanggil menghadap Duli YTM Raja Muda Perak untuk menyembah maklum arahan pertukaran serta-merta Pengarah JAIP beberapa hari yang lalu.

Baginda Raja Muda Perak melalui titahnya yang disampaikan oleh:

Y.D.H. Toh Raja Diraja
Kol. Dato’ Abd. Rahim Mohamad Nor
Setiausaha Sulit kepada
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak
2 Mei 2008

...menekankan 6 perkara asas bagi memperingatkan MB Perak (PAS) itu supaya mematuhi peraturan, prosedur dan syarat pentadbiran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang mana sekian lama cukup dihormati oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya.

Oleh itu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengarahkan Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Perak - PAS) agar "menarik balik arahan" tersebut "serta-merta" dan menekankan supaya beliau menghormati Istana Perak yang mengetuai pentadbiran Hal-Ehwal Agama Islam Perak. "DAULAT TUANKU!"

Rumusannya:

Suka saya mengatakan bahawa golongan pemimpin Pakatan Rakyat bukanlah mereka yang layak untuk diberi kuasa mentadbir kerajaan kerana pemimpin-pemimpin pembangkang semuanya tidak tahu melaksanakan tugasan sebenar secara beretika selain hanya pandai "mencarut, memaki, memfitnah, memutarbelit fakta dan memurtadkan Islam lain" sahaja. Golongan ini "tiada sebarang idea-idea bernas" untuk memajukan negeri tetapi sekadar tahu "mencari silap" serta "mengkhianati" orang lain.

Apabila situasi seperti ini berlaku, saya yakin dan percaya Istana Perak pasti kesal dan juga lebih kesal lagi apabila di hari keputeraan yang lalu, Banginda Sultan Perak telah tidak sengaja dan terburu-buru menganugerahkan pingat yang membawa gelaran "Dato' Seri" kepada "si pemimpin kaki lima" ini yang melangkaui gelaran "Datuk" sepertimana prosedur kebiasaan.

Oleh yang demikian, saya syorkan kepada Istana Perak agar "menarik balik pingat dan gelaran" yang telah diberikan kepada MB Perak (PAS) itu "demi menjaga nama baik Istana Perak dan juga MAIAMP" kerana pemimpin PAS itu "tidak layak" untuk dianugerahkan apa-apa pingat dan gelaran disebabkan...

1 Response
  1. Anonymous Says:

    SORI YE! TERSILAP MASUK RUANGAN NI!DAH TERBACA TU..SAYA NAK JUGA PENJELASAN MENGENAI KEADAAN UMNO YANG SEMAKIN TENAT KINI.SUARA RAKYAT SEMAKIN JELAS MENGGAMBARKAN SITUASI INI.PEMIMPIN2 UMNO LEBIH BANYAK BERDEBAT MENGGUNAKAN EMOSI DAN IDEA SEMPIT SENDIRI TANPA BUKTI-BUKTI YG KUKUH MENGENAI APA SAHAJA ISU. MENGAPA BERLAKU SEDEMIKIAN?

    CHACHA